Pemuda dakwa tertipu di hari nikah, sangka tunang anak dara rupanya isteri orang anak dua. Sejak semalam viral mengenai kisah seorang pemuda, Nurul Aiman yang berkongsi pengalaman pahit  di media sosialnya.

Pemuda ini mendakwa majlis perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada 10 November 2023 dan majlis bersanding pada 11 November 2023 tetapi dalam dakwaannya ketika hari bersanding tiada sebarang majlis di pihak perempuan.

Lebih mengejutkan,  dakwanya nama tunang berbeza dari semasa perkenalan. Tapi apa yang mengejutkan tunangnya itu bukan anak dara sebaliknya adalah isteri orang anak dua.

Pemuda Dakwa Tertipu Di Hari Nikah

Di sebalik kisahnya yang viral di media sosial, ada kalangan netizen  yang mendakwa pemuda ini membuat plot twist kerana ini kisah 8 tahun lalu dan tak boleh move on dari kisah silamnya namun dinafikan oleh kakak iparnya yang membuat hantaran kahwinnya dan orang terdekat kerana di media sosialnya, Aiman memuat naik resit mereka sekeluarga menyewa homestay di Daro, tempat majlis nikahnya bakal berlangsung. Dan tarikhnya adalah pada masa storinya disiarkan.

Ramai yang ternanti-nanti kisah sebenar di sebalik kisah viral ini kerana buat masa ini tiada sebarang kenyataan dari wanita didakwa isteri orang anak dua.  Waallahualam.

Baca kisah yang dikongsi Aiman di media sosialnya.

Pemuda Dakwa Tertipu Di Hari Nikah, Sangka Tunang Anak Dara Rupanya Isteri Orang Anak Dua

Perkongsian yang agak panjang untuk di ambil IKTIBAR & PENGAJARAN bersama. Hari ni baru ade masa aku nk post sebab masih terkilan lagi dengan apa yang berlaku.

Aku kenal dengan perempuan ni yang memperkenalkan diri dia dengan nama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong since 2021, kenal punya kenal dan dah kenal parents masing-masing (aku kenal ayah dia je sebab mak dia dah meninggal).

Dia ni selalu balik Kuching and habiskan cuti kat Kuching (rumah keluarga aku). Kita orang siap bertunang lagi tahun lepas 12/10/2022 (majlis pertunangan di Kuching sebab dia dan ayah dia request, so menumpang majlis kat rumah kakak ipar aku).

Hari yang seaptutnya menjadi hari yang paling bahagia untuk aku tetapii jadi MIMPI NGERI.

Kita orang sepatutnya melangsungkan MAJLIS AKAD NIKAH pada 10.11.23 & MAJLIS PERSANDINGAN pada 11.11.23 di MATU (Rumah pengantin perempuan).

Ads

(09.11.23) , Rombongan kami dari KUCHING berangkat pada jam 6 pagi & tiba di DARO pada lebih kurang  jam 5 petang. Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang dah di booking oleh SI PENGANTIN PEREMPUAN untuk rombongan kami yang berjumlah 22 orang (sebuah van 3 buah kereta).

Then, terkejut kami bila owner homestay cakap tak ade apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali-kali kali bakal pengantin perempuan tapi TAKDE RESPON.

Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa jugak bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya di uruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi main lagi bagitau kat mak aku yang homestay dah diurus semua tinggal nak datang je.

Waktu ni aku dah rase lain macam dah, macam ada yang tak kena sebab dia cakap semua dah diurus tapi aku cuba positif thinking lagi . Aku pun ambik masa berehat and siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari.

(10.11.23) pagi ni kami bergerak ke alamat yang diberi dengan rombongan beserta barang hantaran. Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam taka da apa-apa sambutan, KOSONG!!

Persiapan majlis langsung tak ada. Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dengan bapak dia, dua-dua tak boleh call. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak dah ada sesuatu yang tak kena.

Kita orang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kita orang bagitau la tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan.

Ads

Sangka Tunang Anak Dara Rupanya Isteri Orang Anak Dua

Kita orang tanya la sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu. Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia. (NORMAHAINI BINTI MAHARAM).

Yang lagi parah perempuan tu dah BERKAHWIN dan ada DUA ORANG ANAK. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ni, sebab tak jujur dari awal.

Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tau anak dia tu bini orang. Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dh aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.

Duit hantaran dah dibagi jugak. Maruah keluarga aku lagi. MANA NAK LETAK !! Sebab kita orang datang daripada jauh dan rasa tertipu. Aku dengan fmily decide pegi balai polis dulu untuk buat report.

Sekarang ni pun aku gagahkn diri untuk taip benda nie sebab  memang aku tak sangka jadi macam ni. NORMAHAINI BINTI MAHARAM,  Kau dah memalukan aku dengan keluarga aku.

Kau tu kerja BADAN BERUNIFORM tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu ?! Kau dah mencemar dan merosakkan imej Jabatan Imigresen Malaysia.

MOHON Jabatan Imigresen Malaysia, Komplek KDN Setia Tropika, Johor Bahru. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor untuk ambik tindakan yang tegas terhadap anggota ni.

Ads

Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota bernama NORMAHAINI BINTI MAHARAM… ape pun.. SEE YOU IN COURT.

*banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang kat sini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Padah PIKAT ISTERI Orang, Bekas Pegawai Kanan Tentera Didenda RM6,000!

Wanita Berstatus Isteri Orang Sanggup Tinggalkan Suami, Anak Gara-gara PUBG

Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Terjebak Virus Curang

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI