Pempengaruh media sosial Kim Seri sah bergelar isteri. Personaliti media sosial, Kim Seri, kini sah bergelar isteri selepas melangsungkan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan warga Korea Selatan.

Pempengaruh Media Sosial Kim Seri Sah Bergelar Isteri

Berita bahagia ini telah diumumkan sendiri oleh Kim Seri menerusi akaun Instagram miliknya, @kimseri_eina, di mana beliau turut berkongsi gambar mesra bersama suami tercinta.

“Dua hati, satu janji, satu destinasi… Semoga ALLAH merahmati perkahwinan ini dan mengurniakan kami kehidupan sebagai pasangan yang bertakwa,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.

Selain itu, Kim Seri turut memohon doa agar perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT. Suaminya, Choi Amin, turut disebut dalam doa penuh pengharapan yang dikongsikan.

“Ya ALLAH, berkati hubungan antara Choi Amin dan Seri Azlina. Anugerahkanlah kepada mereka rezeki yang melimpah, penyelesaian bagi segala hutang, ketenangan dalam menghadapi cabaran, serta keberkatan dalam kehidupan dan perkahwinan mereka.

Ads

“Jadikanlah ikatan ini sebagai pintu kepada rezeki yang meluas, kebahagiaan yang berpanjangan, dan kejayaan dunia akhirat. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang,” tambahnya.

Kim Seri juga menyatakan harapannya agar perkahwinan ini menjadi titik permulaan baharu yang lebih bermakna dalam hidupnya. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan daripada para pengikut dan ahli keluarga.

Ads

Majlis pernikahan pasangan ini turut menerima reaksi positif dari para pengikut di media sosial, yang mendoakan agar mereka dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, sebelum ini Kim Seri pernah menjadi perhatian ramai apabila timbul isu berkaitan agensi pelancongan miliknya yang beroperasi di Korea Selatan. Beberapa individu mendakwa menjadi mangsa penipuan dengan kerugian mencecah hampir RM500,000.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berikrar untuk memulangkan semula wang pelanggan yang terkesan sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Ads

Sumber: Instagram Kim Seri 1 Kim Seri 2

Baca artikel lain juga: Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah– Luahan Anak Edika Yusof

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI