“Saya Jarang Bersuara Isu Semasa, Tapi Kali Ini…”-HAFIZ MAHAMAD

Share

Pempengaruh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina antara yang turut lantang menyatakan soladiriti terhadap saudara di Gaza, Palestin.

Kata Hafiz, sebagai individu yang punyai kelebihan pengikut di media sosial, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan wardah dengan cara berhemah dan menyuntik kesedaran kepada orang ramai.

Saya Jarang Bersuara Isu Semasa

“Berapa jumlah followers adalah bukan untuk kita bangga-banggakan sebaliknya itu jumlah yang kita bertanggungjawab untuk sebarkan perkara baik.

“Saya jarang bersuara tentang isu semasa, tetapi apabila berkaitan Palestin, saya rasa itu tanggungjawab sebagai orang Islam untuk terus sebarkan kesedaran,” katanya.

Justeru, Hafiz dan Aina tampil dengan sebuah video berjudul Message for P yang menggunakan perantaan bahasa Arab sebagai medium untuk menyebarkan mesej lebih meluas secara global.

“Harapan saya agar mesej itu didengari dan difahami secara terus oleh saudara Islam kita di Gaza.

 “Dalam video ini, tanda menghulurkan tangan sebagai simbolik soladiriri untuk mengajak semua pempengaruh dan pengguna sosial media untuk bersama-sama menyambut perjuangan ini,” jelasnya.

Hafiz yang juga pengasas Ainaa Beauty baru sahaja selesai menghasilkan 10 siri kisah transformasi pengguna Ainaa Beauty menyedari akan tanggungjawab sebagai influencer dan usahawan utk menyebarkan kesedaran solidariti palestin kepada seluruh dunia.

Seramai 70 orang yang terlibat dalam penghasilan video tersebut yang terdiri daripada kakitangan dan usahawan Ainaa Beauty. Perancangan video solidariti ini juga mengambil masa kurang daripada tiga hari.

Tapi Kali Ini….

Dalam pada itu, Hafiz turut mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh dan selebriti yang menikus dengan tidak menyatakan soladiriti terhadap Palestin di media sosial.

“Mungkin setiap orang ada cara tersendiri untuk membantu saudara kita disana. Ada yang hanya berdoa, ada yang beri sumbangan dan ada yang gunakan pengaruh media sosial untuk memberikan kesedaran.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/saya-hanyalah-lelaki-tumpang-rezeki-isteri-kejayaan-demi-kebahagiaan-buat-hafiz-mahamad/

 

“Saya tahu, bila bercakap soal Palestin ia sedikit sebanyak memberi kesan pada sistem algoritihm media sosial kita dan berisiko di-banned. Tapi saya percaya, banyak alternatif lain yang kita berjaya buat untuk terus sebarkan kesedaran ini.

“Contoh, dalam video saya. Saya namakan ia “Message for P”. Tidak menggunakan nama Palestin sebab video itu mungkin disekat & mesej yang kita nak sampaikan tu gagal,” tambah Hafiz seraya mengakhiri perbualan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu