Peminjam meninggal dalam keadaan berhutang. Siapa perlu langsaikan, penjamin atau waris? Apabila seseorang meninggal dunia, sebelum arwah dibawa ke tanah perkuburan untuk pengkebumian, waris yang berucap akan memaklumkan begini. Seandainya arwah ada berhutang, halalkanlah atau bertemu kami selaku waris untuk menuntut hutang tersebut.
Jika hutang dalam jumlah kecil, mungkin kita akan menghalalkannya kerana tidak mahu menyusahkan arwah di alam barzakh. Tapi kalau jumlah hutang itu besar tambah-tambahlah lagi kita menjadi penjamin hutang banknya, sama ada kereta, rumah, pendidikan atau perniagaan, ini yang harus kita tahu.
Peminjam Meninggal Dalam Keadaan Berhutang
Waris tak akan mampu membayar hutang tambah lagi jika usia kecil dan isteri juga tidak bekerja sebelum ini
SIAPA YANG PERLU BAYAR HUTANG ARWAH, WARISNYA ATAU KITA YANG MENJADI PENJAMINNYA? ATAU ADAKAH HUTANG DI BANK SELESAI BEGITU SAHAJA?
Ramai menyangka bahawa apabila peminjam meninggal dunia, hutang mereka akan lupus secara automatik. INI SALAH! Kerana bank tak akan sewenang-wenangnya melepaskan hutang yang telah ditandatangani dan penjamin adalah orang pertama berisiko untuk membayar hutang tersebut.
Pertama perlu diketahui jika hutang arwah itu ada perlindungan insuran seperti MRTA/ MRTT. Hutang akan langsai kerana dilindungi insuran.
Kedua, jika peminjam tiada insuran. Institusi kewangan akan menuntut dari penjamin sepenuhnya. Amat jarang untuk bank menghalalkan hutang sedia ada kerana ia termaktub dalam undang-undang sah.
Seandainya arwah mempunyai harta pusaka, maka waris wajib menggunakannya untuk langsaikan hutang agar tidak menganiaya penjamin.
Sebelum jadi penjamin, fikirlah implikasinya? Nampak mudah kerana mahu menolong kawan dan kita hanya perlu tandatangan sahaja tapi risikonya sangat besar.
Siapa Perlu Langsaikan, Penjamin Atau Waris?
Hutang Orang Lain Menjadi Beban Sendiri
Ads
Salah satu risiko paling besar ialah penjamin terpaksa membayar hutang yang bukan milik kita. Beratnya beban memikul hutang kerana nama kita mungkin akan disenarai hitam jika tidak membayarnya pula.
Jika penjamin tidak mampu membayar baki hutang peminjam, nama mereka boleh dimasukkan dalam senarai hitam CCRIS/CTOS dan dianggap sebagai peminjam yang gagal. Ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk:-
i) Memohon pinjaman peribadi atau perumahan pada masa hadapan
ii) Menggunakan kad kredit atau mendapatkan pembiayaan lain
iii) Membeli kenderaan secara ansuran
Kesannya, penjamin boleh terperangkap dalam masalah kewangan sendiri hanya kerana ingin membantu orang lain.
Lebih teruk, penjamin juga boleh diganggu oleh pihak bank dan pemungut hutang, walaupun mereka tidak pernah menggunakan wang pinjaman tersebut.
Ads
Risiko kehilangan aset peribadi kerana menjadi penjamin.
Jika pinjaman bernilai besar seperti pinjaman perumahan atau perniagaan, dan penjamin tidak mampu membayarnya, institusi kewangan boleh mengambil tindakan lebih agresif seperti:
Menyita aset penjamin seperti rumah, tanah, atau kenderaan.
Membuat potongan gaji melalui arahan mahkamah.
Memfailkan saman terhadap penjamin untuk mendapatkan bayaran penuh.
Akibatnya, penjamin bukan sahaja menanggung beban hutang peminjam, tetapi boleh kehilangan segala yang mereka miliki.
Kesimpulan
Ads
Menjadi penjamin hutang bukan perkara kecil – ia boleh membawa risiko kewangan yang besar, terutama jika peminjam meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan bayaran. Jangan kerana kawan, akhirnya menjadi lawan kerana ada banyak kisah penjamin menanggung hutang ditinggalkan oleh arwah.
i) Jika peminjam meninggal dunia, penjamin perlu membayar baki hutang sepenuhnya jika tiada perlindungan insurans.
ii) Jika penjamin gagal membayar, mereka boleh disenaraihitamkan atau berdepan tindakan undang-undang.
iii) Sebelum menjadi penjamin, fikirkan dengan serius dan pertimbangkan langkah perlindungan.
Berhati-hatilah sebelum bersetuju menjadi penjamin kerana ia bukan sekadar ‘bantuan kecil’ tetapi boleh menjadi beban kewangan seumur hidup!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) selepas selesai menyampaikan anugerah malam tadi.
Di atas pentas yang ditayangkan secara langsung di Astro Ria, Kamal melafazkan lamaran sambil menghulurkan sebentuk cincin dengan berlutut di hadapan Uqasha sambl bersaksikan penonton menerusi siaran secara langsung.
Kamal Melamar, Uqasha Terkejut
Kamal Adli sewaktu melamar Uqasha.Uqasha menerima lamaran daripada kekasih hatinya.
Ternyata dari riak wajah Uqasha kelihatan terkejut namun wanita ini kelihatan cukup bahagia. Walaupun agak segan namun Uqasha begitu tenang.
“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya” soal Kamal.
“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha kembali yang begitu terkejut dengan aksi spontan yang dilakukan oleh Kamal.
“Yes” itulah jawapan Uqasha selepas Kamal mengulangi sekali lagi soalannya.
Jawapan tersebut kemudian disambut dengan sorakan penonton.
Hubungan Semakin Rapat Sejak Bergandingan Dalam Drama
Difahamkan hubungan pasangan ini semakin erat dan menjadi perhatian selepas masing-masing bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.
Malah perhubungan mereka bertambah rapat sejak beberapa bulan lalu selepas bergandingan di dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
Tahniah diucapkan buat Uqasha yang bakal menjadi permaisuri hati Kamal Adli.
Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar! Mulia sungguh pengorbanan pemilik kucing-kucing ini, rela berkorban dan mengikat perut sendiri, asalkan kucing-kucing di bawah jagaannya mendapat makanan secukupnya setiap hari.
Krisis Kos Sara Hidup
Seorang wanita menganggur, Yasemn Kaptan hanya makan sekali seminggu supaya dia mempunyai cukup wang untuk memberi makanan enam ekor kucingnya semasa krisis kos sara hidup di Britain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Kaptan, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), makan seminggu sekali selama setahun kerana membelanjakan £60 (RM327.08) daripada elaun mingguannya sebanyak £69 (RM376.14) untuk haiwan peliharaannya.
Dia yang berasal dari Tottenham, juga menerima faedah hilang upaya bulanan sebanyak £400 (RM2,180) kerana penyakit menghidap penyakit osteoporosis. Dia membelanjakan wang itu untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti.
Tahan Lapar, Minum Teh Pudina
Wanita itu berkata, dia minum teh pudina untuk menahan lapar dan hilang berat 31.75 kilogram (kg) sejak mengurangkan pengambilan makanan serta menjaga kucingnya apabila dia bekerja sebagai pembeli peribadi.
Namun, wanita berkenaan terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada 2022 selepas disahkan menghidap osteoporosis, menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan wang tetapi dia tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu kerana haiwan tersebut membesar bersamanya.
Justeru, dia hanya makan sekali seminggu yang telah menyebabkan berat badannya berkurangan daripada 88.90kg kepada 57.15kg.
Mingguan Wanita: Mulianya hati wanita ini, sanggup menahan lapar mengikat perut, asalkan kucing-kucing tersayang dibawah peliharaannya dapat makan secukupnya.
Betullah orang kata, ‘Buat baik, dibalas baik, buat jahat jangan sekali’. Haa.. ini cerita orang baik hati. Baik sesama manusia atau makhluk ciptaan Allah yang lain, iaitu haiwan kesayangan nabi, kucing. Kerana nak beri makan kucing yang kelaparan, ibu ini, Sa’adiah Mohamadmelalui pengalaman ajaib tapi benar dalam hidupnya.
Dari rumah dia memandu, dan terkejut bila sampai pejabat dompetnya ada di wiper cermin depan keretanya. Ajaibnya tak jatuh walau dah menempuh jarak perjalanan sejauh 10km.
Terkejutnya tak hilang-hilang, sebab kehairanan macam mana dompetnya boleh ada dekat wiper, di luar kenderaan pulak tu? Siapa yang letak? Bila masa ada dekat situ. Satu-satu dia bongkar misteri dompetnya sampailah dia dapat jawapan yang sahih.
Eh! Ini Dompet Aku
Pagi semalam sebaik saja memarkir kereta di pejabat tiba-tiba saya terpandang sesuatu di cermin depan.
‘Eh, ini dompet aku,’ bisik saya dalam hati.
Saya keluar dan melihat lebih dekat. Betul itu dompet saya. Tapi kenapa kat sini? Macam magic pulak. Menggigil tangan saya ketika mencapai dompet itu. Rasa macam misteri pun ada.
Saya lebih terkejut kerana dompet itu tak jatuh sepanjang perjalanan saya dari rumah ke pejabat. Punyalah menempuh selekoh, bulatan dan lubang tapi tak jatuh. Pelik!
Sebaik duduk di kerusi pejabat, saya berfikir lagi kenapa dompet itu bukan dalam beg tangan? Apa yang saya buat sebelum pergi kerja tadi?
Baru Saya Ingat
Sebelum pergi kerja, saya masukkan beg tangan dan bekal makanan ke dalam kereta. Saya perasan seraut muka yang comot dengan tubuh kurus merenung saya.
Dan saya ambil dompet dan pergi ke restoran di depan rumah. Lalu saya beli dua ekor ikan goreng.
Balik ke rumah, saya letak dompet itu di cermin kereta. Kemudian ikan goreng tadi saya berikan kepada si comot tadi. Dimakannya dengan lahap. Saya letakkan juga sebekas air.
Kemudian saya start enjin dan bergegas pergi ke pejabat seperti kanak-kanak riang.
Saya berandaian, mungkin kucing itu mendoakan sesuatu untuk saya. Dan doanya telah Allah makbulkan.
Ameen…
Salam Ramadan 1439H
Sumber/Foto : Sa’adiah Mohamad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...