Peminat Masakan Jawa, Boleh Cuba Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Basah Ini!

Peminat masakan Jawa pasti tahu akan Sambal Goreng Jawa. Selain itu, sebut saja Nasi Ambeng, sambal goreng, pecal, ungkep, rempeyek, kolak, Bubur Abang (sekadar menyebut beberapa masakan), pasti ia akan dikaitkan dengan masyarakat Jawa.

Sejak dahulu, ramai keturunan Jawa yang sudah menetap serta bermastautin di Malaysia. Maka, tidak hairanlah makanan Jawa begitu terkenal dan mendapat sambutan. Di Malaysia, ramai di kalangan mereka yang tinggal di Johor dan Selangor, selain negeri-negeri lain di Malaysia.

Peminat Masakan Jawa, Boleh Cuba Resipi Sambal Goreng Jawa Versi Basah Ini!

Ramai Yang Suka…

Makanan Jawa juga digemari ramai, bukan saja di kalangan mereka yang berketurunan Jawa, malah rakyat Malaysia umumnya.

Ads

Topik Kenali Jawa Malaysia telah dipilih untuk dibincangkan di Mingguan Wanita Talkshow, dengan tetamu undangan Gme Screen, Abon dan Chef Sue M. Arukin.

Sedap Dan Mudah

Ads

Chef Sue berkesempatan mengadakan demo memasak Sambal Goreng Jawa yang tersohor di kalangan masyarakat Jawa. Memang sedap. Menurutnya, terdapat beberapa versi sambal goreng ini, bergantung pada tempat. Tapi kali ini, chef berkongsi sambal goreng ala Klang, Selangor dan agak basah. Sila cuba!

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan:

600ml santan pekat
200gram udang putih kecil – bersihkan
200gram hati/pedal ayam – potong kecil
100gram suhun – goreng dahulu
3 biji tempeh – potong dadu
3 biji ubi kentang – potong dadu
3 keping tauhu – potong dadu
10 tangkai cili kering – gunting nipis
12 biji bawang merah – mayang halus
8 ulas bawang putih – mayang halus
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula perang secukup rasa

Ads

Cara Memasak:

1. Udang, tauhu, tempeh, ubi kentang, hati/pedal ayam hendaklah digoreng garing secara berasingan. Ketepikan.
2. Cili kering, bawang merah dan bawang putih juga digoreng hingga garing secara berasingan. Ketepikan.
3. Panaskan tiga sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis cili kisar hingga cili benar-benar
masak.
4. Masukkan belacan dan air asam jawa. Tuang santan, tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Didihkan hingga santan menjadi pekat dan likat, menggunakan api yang perlahan.
6. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi lalu kaup-balikkan
rata. Tutup api.
7. Terpulang pada cita rasa, sama ada hendak basah atau boleh masak hingga betul-betul kering. Enak dinikmati bersama nasi putih/nasi impit.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI