Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Bakul Biru Penuh Duit Syiling
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Ads
Pemilik Kedai Dobi
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Ads
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shahrulezad sayu tak boleh solat sempurna, seperti mana yang sedia maklum, Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak Sabtu lalu selepas paras oksigen dalam badannya berkurang akibat jangkitan Virus Covid-19.
Menerusi perkongsian Shahrulezad meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menunaikan solat seperti kebiasaannya.
Shahrulezad Sayu Tak Boleh Solat Sempurna
“Hari ni keadaan abam sedikit teruk. Tadi masa zuhur abam cuba solat secara normal. But I am struggling to finish it. Seksa sangat bila kita tak cukup nafas.
“Tetiba abam terasa sayu sangat. Sayu bila abam dah tak boleh solat dengan sempurna. Maybe benda ni sementara jer tapi still meninggalkan kesan emosi pada abam.
“Abam tak kisah kalau abam di duga Covid macam ni. I am fine. Tapi abam sangat kisah bila solat abam jadi macam ni. Ini lah satu satunya komunikasi abam dengan Allah.
“So bila abam terkial kial macam ni ofcoz buat abang rasa sayu when I cant perform my solat properly. Abang tak kisah kalau abang jatuh sakit but please not my solat. My solat is everthing to me. Abg lagi down kalau abg tak dapat solat.
Mohon Doakan Dapat Nikmat Solat Seperti Biasa
“Kawan-kawan sekalian mohon doa supaya setiap kali abam nak solat Allah pinjamkan sikit oksigen untuk abg yer. Abang just nak rasa nikmat solat macam biasa. Tu jer. Doakan sekali untuk semua pesakit pesakit Covid yang lain yer,
tulis Shahruelezad atau lebih dikenali dengan nama pena Budak Ijat di akaun Instagramnya.
Sebelum ini Shahrulezad dipindahkan dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ke HSB setelah paras oksigen menurun. Bagaimanapun dia memaklumkan keadaan dirinya semakin baik setelah mendapat rawatan di HSB.
Syukur Semakin Pulih, Praktikkan Teknik Pernafasan Yang Betul
Menerusi perkongsian terkini, Shahrulezad menerangkan keadaannya semakin baik berbanding hari sebelumnya. Malah dia boleh solat dengan sempurna apabila mempratikkan teknik pernafasan yang betul.
“Alhamdullilah. Keadaan abam lebih baik dari semalam. Apa yg buat abam happy abam dah boleh solat dengan sempurna balik.
“Tu pun bila abam praktikan teknik pernafasan dengan betul. Syukur. Cuma dada abam masih ada sempit sikit. Short breathing. Mudah tercungap but still manageable la.
“Abam okie jer sbb aku tengok katil depan kiri kanan aku semua pun sama dok tercungap cungap macam ikan. Kihkihkih so tak ler rasa abam ni teruk sangat. Anyway abam boleh terima hakikat nikmat yg ditarik sementara ini.
“Doktor cakap ianya bergantung kepada diri masing masing sama bila boleh pulih sepenuhnya like normal. Sometimes takes 6 months sometimes takes 2 years pun ada. Terpulang pada kita kalau kita rajin buat exercise lung kita.
Tekak Masih Payau
“Selera abam tak berapa cantik sangat. Tekak still payau. Tastebud ke laut dalam. Deria bau pun sama. But dont worry.
“Itu semua simptom yg perlu dilalui oleh semua pesakit Covid. Cuma lambat atau cepat jer deria tu pulih. So the only food yg boleh trigger selera abam ialah buah buahan saja,” terang Shahrulezad.
Paras Oksigen Semakin Baik
Bukan itu saja malah Shahrulezad juga menerangkan paras oksigennya juga semakin baik. Malah doktor juga memberitahu keadaannya tidak teruk kerana sudah mendapatkan dua dos vaksin.
“Doktor cakap keadaan abg tak seteruk mana sbb abg dah double dose. Skrg tgh tunggu kasik paru paru abg kuat sikit dan darah abam kena cantik balik. Baru derang akan release kan abam. Oh yer btw oksigen level abam hari ni dah naik 98.
“Guys! Terima kasih tau. Terima kasih sangat sangat sbb mendoakan abam. Message inbox abam penuh dengan kata kata doa kalian. Nak nangis abam baca. Huhuuu. Korang please jaga diri jugak ek. Abam sayang korang ketat ketat,” kongsi Shahrulezad.
Shahrulezad juga berasa cukup terbaru dan sangat berterima kasih kepada semua frontliners kerana mencurahkan khidmat kepada pesakit Covid-19.
“Kepada semua frontliners sama ada di Maeps atau pun di hospital Sg Buloh. Tak der ucapan yg mampu abam ungkapkan sebagai tanda terima kasih di atas khidmat kalian dalam korang melayani kami pesakit Covid ni.
“Dari seawal subuh sehingga ke lewat malam pasti kelibat kelibat mereka akan keluar masuk memastikan kami semua berada di dalam keadaan selesa.
“Terima kasih yg tak terhingga pada semua frontliners yg sanggup bersusah payah demi kami,” luah Shahrulezad.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shahrulezad Mohameddin
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Biasanya daun pisang ini terkenal sebagai pembungkus makanan saja kan. Rupanya daun pisang yang kita mudah jumpa dekat tepi jalan atau belakang rumah kita itu, besar manfaatnya kepada kecantikan wanita.
Menurut Dr. Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), hasil kajian menunjukkan daun pisang bertindak sebagai anti penuaan.
Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dan diterbitkan dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering pada tahun 2016. Yang mana, ia menyatakan tentang kebaikan daun pisang.
“Hasil kajian, daun pisang boleh bertindak sebagai anti kedut. Caranya kena rebus dan ekstrak dulu. Lalu tampal ke bahagian yang kedut itu. Ekstrak daun pisang ini tampal di muka. Dan ini telah dibuktikan secara klinikal. Selepas beberapa bulan nampak penurunan kedut yang ketara.”
Kenapa Daun Pisang Itu Ejen Anti Kedut Yang Baik?
“Ini kerana dengan aplikasi ekstrak daun pisang pada bahagian muka seseorang itu akan meningkatkan penghasilan pro kolagen. Kolagen ini sangat diperlukan untuk mengudangkan kedut.”
“Pada masa yang sama enzim MMP-1 dan enzim MMP-2 akan menurun. Enzim-enzim inilah yang akan menyebabkan kulit wajah seseorang nampak berkedut.”
“Daripada kajian juga mendapati terdapatnya satu bahan yang dikenali sebagai asid corosolic yang setakat ini hanya banyak terdapat dalam daun pisang.” Asid corosolic ini anti oksida yang kuat untuk membebas dan meneutralkan radikal bebas.”
Fungsi Lain Daun Pisang Yang Mak-mak Kena Tahu
Tambah Dr Suri lagi, daun pisang ini ada banyak kegunaan lain yang memberi manfaat besar kepada pengguna. Antara lain yang mak-mak boleh ambil tahu adalah :
1. Daun pisang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah terkena benda panas atau melecur. Jadi balut kesan lecur itu dengan daun pisang. Nanti haba dari tangan kita akan dipindahkan ke daun pisang.
2. Untuk turunkan suhu semasa demam. Salah satu teknik yang bagus adalah tidur atas daun pisang. Daun pisang ini nanti akan menyerap haba dari tubuh ke daun pisang.
3. Ekstrak daun pisang boleh turunkan glukosa dalam darah. Ada kajian menunjukkan ekstrak daun pisang boleh tingkatkan insulin dan juga menunjukkan aktiviti anti bakteria iaitu bunuh kuman.
4. Memandangkan daun pisang ini tak boleh dimakan, jadi untuk mendapatkan khasiatnya dalam makanan kita. Mak-mak bolehlah masak nasi beralaskan daun pisang. Begitu juga waktu nak makan, hidangkan dalam pinggan beralas daun pisang.
Bukan Saja Daun, Jantung Pisang Pun Kaya Khasiat
Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g/100g).
Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan mengandungi bahan berkhasiat alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.
Jantung pisang susu lebih tinggi.khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali
Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan dan pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.
Jantung membantu meningkatkan tahap progesteron dalam badan dan boleh mengurangkan pendarahan.
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pemberian ekstrak jantung pisang selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.
Ini Pula Khasiat Pisang Mentah
Pisang mentah yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%)
Kanji ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat.
Ia membantu kawal GULA DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang.
Pisang hijau mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetic.
Walau bagaimanapun memakan pisang hijau rebus pada kuantiti banyak boleh sebabkan kembung perut.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...