Pemilik Butik Pengantin Jelaskan ‘Pengantin’ Posing Di Tanah Perkuburan

Share

Sejak semalam, media sosial digemparkan dengan foto ‘pengantin’ bersongket berlatarkan lokasi tanah perkuburan bukan Islam. Dan foto yang dimuatkan naik itu mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Rata-rata warganet menganggap foto berkenaan keterlaluan dan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Malah merasakan pemiliknya berniat mahukan ‘viral’ semata-mata.

Menerusi Harian Metro, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26 mengakui akan kesilapannya itu.

Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.”

Ini Penjelasan Pemilik Butik Pengantin

Kata Nur Amirah, foto berkenaan dirakam pada hari Ahad yang lalu di kawasan perkuburan Kristian Batu Pahat.

Akuinya lagi, wanita yang memakai baju songket pengantin itu bukanlah pengantin sebenar, tetapi model. Untuk mendapatkan kelainan dalam fotografi itulah mereka mengambil inspirasi dari luar negara.

Bagi saya, ambil gambar dalam hutan, di tepi sungai atau pantai tu dah jadi kebiasaan. Saya mahu cari kelainan, lari daripada kebiasaan. Menerusi carian di internet, banyak gambar model pengantin dari luar negara di kawasan perkuburan. Jadi, saya ambil inspirasi daripada Mat Salleh yang buat fotografi macam tu. Kubur-kubur mereka pun nampak cantik untuk dijadikan lokasi pengambaran

.” jelas pemilik ini di Mstar.

Idea asalnya, mereka mahu membuat tema gothic tetapi tiada baju yang sesuai. Jadi, mereka meneruskan fotografi dengan menggunakan baju pengantin untuk menjimatkan kos.

Tolong jangan salahkan model itu.” Pintanya yang mengakui kesilapan yang berlaku berpunca dari dirinya sendiri.

Dia tidak pun ada niat untuk tujuan pemasaran, apatah lagi memainkan mana-mana agama. Sebaliknya, sekadar suka-suka ketika memuat naik gambar berkenaan.

Apa yang dilakukannya itu adalah untuk mencari pengalaman baru untuk kelainan. Sama sekali tidak ada perkaitan dengan yang masih hidup tau yang telah meninggal dunia. Nur Amirah yang mengakui kesilapannya memberi jaminan tidak mengulangi kesilapan seperti itu. Malah dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

MW : Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua. Berhati-hatilah dalam mengejar ‘glamour’ di media sosial.

Sumber/Foto : Harian Metro, Mstar

Published by
webadmin