Pemikiran Orang Perempuan Ni Sebenarnya 10 Tahun Ke Depan

Share

Mungkin ramai yang beranggapan orang perempuan ni ‘akalnya pendek’ dan tak fikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan. Tapi sebenarnya orang perempuan ni berfikiran jauh, demi kesenangan dan kemudahan keluarga. Sesuatu yang dibeli pasti ada sebabnya bukan saja-saja.

Santai perkongsian daripada Cikgu Muhammad Yusof ini yang mungkin para suami terlepas pandang.

Walaupun ada orang kata kaum perempuan ni akal pendek dan tak fikir panjang tapi aku fikir benda ni tak berapa tepat. Kenapa aku kata gini?

Masa pergi Vietnam, dia borong telekung banyak. Aku kata buat apa beli banyak-banyak ni? Membazir je. Rupanya dia nak letak satu kat rumah, satu kat kereta, satu kat rumah mak dia. Rupanya senang nak pakai, solat tak payah kongsi-kongsi.

Lepas tu, dia kata nak main kutu beli iron mahal dan periuk Noxxa, aku kata buat apalah beli mahal-mahal, pakai je apa yang ada. Tapi bila dah ada rupanya aku yang banyak guna. Sungguh.

Lepas tu dia kata nak beli printer Epson, mahal sikit RM5 ratus lebih. Aku kata beli Canon jelah murah. Tapi bila dah ada aku pulak yang banyak print sebab mudah. Ink pun murah. Pakai henset pun boleh print. Mudah.

Bukan tu je. Dia beli Air fryer. Dia beli vacuum takde wayar. Dia beli mikrowave. Bukan semua beli cash tapi lebih kepada main kutu dan mengumpul. Aku macam biasa start dari awal membangkang, tapi itulah last-last aku yang banyak guna.

Lepas tu, aku tak berapa nak bangkang apa yang dia beli sebab aku tahu apa yang dia beli semua untuk memudahkan kerja dia dan juga kerja aku. Dan kat sini aku akui pemikiran perempuan ni sebenarnya 10 tahun ke depan.

Betul ke tak ni kaum hawa sekelian?

Baca Lagi Di Sini: ‘Me Time’ Yang Terbaik, Biar Isteri Ada ‘Quality Time’ Dengan TuhanNya

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Setuju sangat, kebanyakkan orang perempuan bila nak beli sesuatu memang sanggup kumpul duit, main kutu untuk capai kehendak yang diinginkan. Tak perlu nak susahkan suami. Walaupun harganya agak mahal, tapi sanggup beli asalkan ia berbaloi dalam memudahkan melakukan kerja-kerja rumah untuk keselesaan keluarga nanti. Bukan beli saja-saja, pasti ada sebabnya.

Sumber: Muhammad Yusof

Published by
Suhaidah Abd Wahab