Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 9 Ogos sangatlah dirasai dan begitu dekat di hati semua.
Seluruh negara bersedih dan memanjatkan doa buat arwah yang ditidurkan dan berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Malah pemergian arwah Siti Sarah juga menemui Sang Pencipta sebenarnya adalah secebis kisah besarnya pengorbanan dan jihad seorang ibu ketika hamil dan melahirkan anak, yang kita sering terlepas pandang.
Rakan selebriti yang rapat dengannya, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina juga turut berduka dan akui pemergian sahabatnya itu memberi pelbagai kesedaran pada dirinya dan juga sahabat-sahabat lain.
“Bersama kita titipkan doa buat mereka yg telah pergi buat selamanya dan sangat di rindui.
“Sedar melakukan banyak kebaikan. Sedar agar sentiasa berbuat baik sesama manusia. Sedar agar tidak mencari musuh. Sedar agar tidak menjadi kaki gaduh. Sedar yang Allah itu Maha Kaya dan yang kita ni bukan siapa-siapa,” luah Elly menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Elly yang sedang sarat hamil enam bulan memberitahu dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan.
“Sekejap lagi doktor akan lakukan pemeriksaan tulang belakang. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat (bayi dalam kandungan). Alhamdulilah baby sihat (enam bulan),” tulisnya.
Terbaru Elly berterima kasih buat mereka yang bertanya khabar dan mengambil berat tentang dirinya.
“Terima kasih buat yang DM,whatsapp, call bertanya keadaan Kak Lina. Terima kasih ambil berat.
Shuib Tunai Hasrat Allahyarham, Siti Sarah Ingin Dikebumi Sebelah Arwah Ibu
Siti Sarah Selamat Dikebumikan, Anak-Anak Masih Belum Tahu Berita Sedih Pemergian Ibu Tercinta
SITI SARAH, Ikon Cerita Pengorbanan Ibu-Ibu Yang Biasa Kita Terlepas Pandang
“Alhamdulillah kak lina da boleh bergerak dan berjalan sendiri walaupun agak perlahan . Tapi syukur semuanya baik-baik saja. Baby pun sihat Alhamdulillah. Baby dah 6 bulan. Doakn kak lina ya,” kongsi Elly.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Mingguan Wanita : Semoga Elly Mazlein diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.