Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Bagi orang Islam, kesempatan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah peluang yang sangat indah dan sangat diharapkan. Apatah lagi nyawa diambil saat menyeru orang lain mendirikan solat iaitu melaungkan kalimah azan.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila lelaki ini yang merupakan AJK Surau dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang melaungkan azan Subuh.
Menerusi perkongsian daripada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rayan, seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kerana azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara keadaan cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Ads
Meninggal Ketika Laungkan Azan
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Ads
Hari Ketiga Azan Subuh
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Ads
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
MW: Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Air mineral yang dahulunya berfungsi sebagai penghilang dahaga kini mungkin juga boleh diangkat sebagai simbolik status seseorang apabila dijual dengan harga sungguh ‘kayangan’.
Air mineral dengan isi padu 750 milimeter jenama Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani mungkin menjadi air paling mahal di dunia. Hal ini kerana, sebotol air mineral itu dijual pada harga AS$60,000 (RM254,431).
Sumber 3 Mata Air
Air mineral tersebut mahal kerana dihasilkan menggunakan tiga sumber mata air berbeza iaitu dari Fiji, Perancis dan Ireland.Ketiga-tiga sumber mata air tersebut disifatkan paling bersih di dunia, sekali gus menyebabkan air mineral berkenaan dijual pada harga yang tinggi.
Emas 24 Karat
Selain itu, botol kaca yang disadur emas 24 karat yang digunakan untuk mengisi air mineral berkenaan turut menyumbang kepada harga mahalnya. Botol air mineral itu juga direka oleh pereka botol terkenal dunia, Fernando Altamirano.
Lebih menarik, setiap titis air mineral itu didakwa mempunyai lima gram emas 23 karat dan taburan emas itu dikatakan memberi tenaga yang lebih banyak berbanding air mineral biasa.
Lahirkan bayi kembar lima secara normal, ibu hebat ini curi perhatian ramai kerana dia mampu melahirkan kesemua anaknya tanpa pembedahan walaupun kembar.
Allahuakbar memang hebat seorang ibu. Demi lima anaknya, dia bertarung nyawa melahirkan secara semulajadi. Syukur urusan kelahiran anaknya dipermudahkan.
Bagi mak-mak yang pernah lalui proses bersalin pasti kecut perut mengenangkan perjuangan ibu kepada lima kembar ini.
Lahirkan Bayi Kembar Lima Secara Normal
Seorang wanita di Arab Saudi mengundang perhatian orang ramai kerana melahirkan bayi kembar lima dalam kelahiran secara normal pada 12 Januari lalu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Proses kelahiran itu dibantu oleh pasukan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Raja Salman.
Wanita itu berjaya melahirkan lima orang bayi yang sihat dengan berat antara 950 hingga 1,100 gram setiap seorang.
Ketika usia kehamilan mencecah 28 minggu, wanita berusia 34 tahun itu bersama Kementerian Pertahanan Arab Saudi dilihat berkongsi mengenai kehamilannya menerusi ciapan pada sebuah akaun rasmi Twitter.
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Mejar Jeneral Attia Al-Zahrani turut menerima ucapan penghargaan daripada orang ramai atas kejayaan yang dicapai oleh pasukannya dalam membantu kelahiran luar biasa tersebut.
Hospital Angkatan Tentera Raja Salman adalah antara hospital terbesar di Arab Saudi dan dibina pada Ogos 1980.
Hospital itu menawarkan pelbagai perubatan khusus dan merupakan hospital kerajaan pertama yang menawarkan teknologi endoskopik di Arab Saudi pada tahun 1991. – Agensi
Mingguan Wanita : Anak seorang pun bagai putus nyawa meneran, apatah lagi lima orang. Memang salutelah, hebat!
Siapa sangka tandas awam lama yang terbengkalai, kini berubah rupa menjadi kedai kopi yang cantik. Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.
Tandas Awam Tidak Beroperasi Setengah Abad
Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.
Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.
Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.
Di Kenali Sebagai ‘The Attendant’
Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi.
Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan.
“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.
Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.
“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...