“Pemergian Allahyarham Siti Sarah Membuka Mata Orang Supaya Tidak Mudah Menilai Artis” Nabil

Share

“Pemergian Allahyarham Siti Sarah membuka mata orang supaya tidak mudah menilai artis,” benarlah ungkap selebriti serba boleh Nabil Ahmad yang sememangnya sebagai insan kita tidak tahu niat seseorang itu dan kita tidak layak menilai orang lain.

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Membuka Mata Orang, Tidak Mudah Menilai Artis

Seperti yang diketahui, Nabil sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. Malah Nabil juga menerangkan apabila melihat selebriti berubah ke arah kebaikan, niat seseorang itu diibaratkan seperti seekor semut hitam, di atas batu hitam, di dalam cahaya malam.

 

“Maksudnya kita tak tahu niat seseorang itu dan kita tak layak untuk menilai orang lain.

“Bagaimanapun saya rasa, pemergian Allahyarham Siti Sarah membuka mata orang supaya tidak mudah menilai artis.

“Kalau tak dulu orang nampak semua artis sama, buat duit, hidup senang, hidup dalam lagha, tetapi saya kira persepsi itu sudah berubah.

“Saya harap dengan impak yang ditinggalkan arwah, dapat kurangkan orang berkata-kata buruk tentang sesiapa sahaja dalam media sosial,” katanya BELI DI SINI seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.

Hijrah Farah Nabilah, Tampak Ayu Berhijab “Terima Kasih Peminat Yang Sentiasa Mendoakan Saya”

Mungkinkah Kesan Pemergian Arwah Siti Sarah Jentik Hati Selebriti Berhijab? Hidayah Itu Milik Allah

Amalan Bersedekah Pengurus Dedah Arwah Siti Sarah Bantu Dalam Diam, Tidak Suka Dihebahkan

Penghijrahan Tidak Semudah Disangka

Bapa kepada tiga orang anak ini juga akui proses penghijrahan tidak semudah disangka. Malah dirinya sendiri juga berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk kekal istiqamah.

“Tidak dinafikan apabila kita memilih untuk berubah ke arah kebaikan, ujian terbesar adalah untuk kekal istiqamah.

“Permulaannya, saya memang rajin beribadah, cukup solat lima waktu. Bagaimanapun perlahan-lahan ada beberapa perkara yang membuatkan saya solat lewat, kadang-kadang ada tertinggal solat.

“Tidak terhenti di situ, saya mula rasa semua orang salah, ada sahaja perkara yang saya nak tegur. Contohnya dengan isteri saya, ada saja benda yang tak kena yang membuatkan saya rasa nak tegurnya.

“Bagaimanapun perlahan-lahan saya belajar cara terbaik untuk menegur dan lebih bersangka baik kerana bukan semua orang sempurna, termasuklah diri saya sendiri,” terang Nabil.

Ramai Terjebak Berubah Ke Arah Kebaikan

Dirinya berasa sangat bersyukur tatkala melihat ramai kawan-kawannya terjebak untuk berubah ke arah kebaikan.

“Saya buat satu kelas agama secara Online dengan ustaz saya dan rakan-rakan.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana tak ada yang menjauh bila saya mula berubah. Sebaliknya yang dulu menjauh, kini semakin mendekat,” jelasnya yang akan tampil dengan sebuah program animasi bersama Astro tidak lama lagi.

Sumber : SinarPlus

Sumber Foto : Instagram Nabil Ahmad

Mingguan Wanita : Semoga Nabil Terus Istiqamah.

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh