Pemeliharaan aib dan pelakuan jenayah, perkongsian tulisan mantan menteri agama Dr Zulkifli dipuji . Antara menjaga aib keluarga dan berkongsi kepada awam melibatkan jenayah bukan isu mudah. Pendedahan seorang pelakon bahawa dirinya dianiayai bapa hingga membawa kepada penangkapan malam semalam membawa kepada satu isu yang harus diteladani dengan sebaik-baiknya.
Anak barangkali terdedah kepada trauma berpanjangan hingga dirinya mampu mengingati setiap perkara hingga dirinya remaja dan perkongsiannya kepada umum mendapat reaksi berbeza dari masyarakat. Ada mendakwa ianya mendedahkan aib keluarga tetapi jika difikir dari sudut lain, jenayah dan aib adalah dua isu berbeza.
Baca sudut pandangan Mantan Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai isu ini.
Seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil. Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.
Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara yang lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah. Apakah respon mereka?
Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak sama ada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.
Masyarakat juga perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.
Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.
Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.
Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya.
Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.
Ads
Bapa pelakon sudah ditahan seminggu
Bapa kepada pelakon remaja, Puteri Balqisyang ditangkap petang semalam akan direman selama seminggu sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan polis.
Hal ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat yang memaklumkan, selain menahan lelaki berusia 43 tahun itu, polis turut merampas telefon bimbitnya.
“Barang rampasan itu akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa bagi membantu siasatan polis,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang telah dibuat oleh pelakon remaja itu dua hari lalu di Subang Jaya.
Ads
JEANS KOYAK JANGAN DIBUANG, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam kaedah rawatan perubatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Salah satunya doktor terpaksa memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada wajah wanita sebagai satu prosedur sebelum pembedahan boleh dijalankan.
Xiao Yan, 23 tahun, daripada Longjing, China dilahirkan dengan tanda lahir besar di wajah, yang juga dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus. Ia dialami 1 daripada 100 kelahiran.
Semakin lama tanda lahir pada wanita ini mula menjadi sel kanser dan terpaksa dibuang dengan segera oleh beberapa doktor pakar di Shanghai Ninth People’s Hospital, China.
Walaubagaimana pun, prosedur membuang kanser ini bukanlah perkara yang mudah. Doktor perlu memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada bawah wajahnya untuk menjadikan kulitnya tegang, serta tisu kulit baru dapat dihasilkan. Ia sebagai sebahagian daripada prosedur pembedahan untuk membuang tanda lahir tersebut.
Xiao Yan mula rasa sakit pada tanda lahir tersebut sejak Mac lepas. Setelah melakukan pemeriksaan , doktor mendapati tanda lahir tersebut menunjukkan wujudnya sel-sel kanser yang merbahaya.
Selain, terpaksa memasukkan 4 belon pada wajah, Xiao Yan juga terpaksa menghadapi 5 proses pembedahan lain yang amat menyakitkan demi meyelamatkan nyawanya.
Buat masa ini, Xiao terpaksa menggunakan topeng untuk berjalan dikhalayak umum dengan wajahnya yang sebegitu.
Congenital Melanocytic Nevus merupakan sejenis tanda lahir yang selalunya berada di kepala mahupun leher. Tanda lahir ini akan semakin membesar dan selalu menjadi lebih tebal seiring peningkatan usia. Ia dipercayai berlaku berpunca daripada mutasi sel pada tubuh ketika diawal proses kehamilan.
Kasihannya.Semoga pembedahan wanita ini berjaya. Semoga cepat sembuh.Macam-macam jenis penyakit ada, tanda lahir pun boleh menjadi sel kanser.
Wany Hasrita nafi sudah bergelar isteri. Ketika bersua wajah dengan penyanyi itu, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah terkejut dan turut menafikan khabar angin tentang dirinya yang didakwa sudah bergelar isteri Sabtu lalu.
Penyanyi yang bakal tampil dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah tidak lama lagi itu juga memberitahu jika benar dirinya mahu berkahwin sudah tentu tidak akan sembunyikan berita gembira tersebut.
Wany Hasrita Nafi Sudah Bergelar Isteri
Ditebak soalan panas itu, Wani yang ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Armani Entertainment di Hotel Hilton, Kuala Lumpur memberitahu dirinya akan berkongsi dulu berita kemudian baru berkahwin.
“Mana dengar cerita ni?
“Saya belum berkahwin, belum masanya lagi.
“Hari Sabtu lepas saya sibuk di RTM kerana terlibat dalam program Borak Dulu Baru Buka sebagai pengacara.
“Setiap orang mempunyai perancangan untuk berkahwin, begitu juga dengan saya. Bagaimanapun bukanlah dalam masa terdekat ini.
“Bila segalanya sudah ada ketetapan dan tiba masanya, saya akan berkongsi kepada semua.
“Jangan risau, saya akan kongsi dulu, baru kahwin,” jawab Wany.
Fasa Main-Main Sudah Berlalu
Meneruskan perbualan, Wany yang berusia 30 tahun menyatakan dia tidak mahu membuang masa dan mahu terus membawa perhubungan yang terjalin kepada perkahwinan.
“Kita berkawan niatnya memang nak menuju kepada perkahwinan.
“Dalam usia 30 tahun ini, fasa main-main memang sudah berlalu. Sekarang kena betulkan niat untuk berkahwin.
“Saya juga lega apabila impian untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang bukan dalam industri hiburan bakal menjadi kenyataan,” sambung Wany yang tidak menolak kemungkinan bakal berkahwin pada tahun ini.
Hormati Semua Pihak
Wany yang enggan berkongsi lebih lanjut tentang perancangan perkahwinannya meminta biarlah perkara itu disimpan bersama keluarga.
“Perkara ini masih baru dan saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih bagi menghormati semua pihak.
“Soal merisik bertunang dan sebagainya itu biarlah saya simpan sendiri bersama keluarga.
“Namun soal nikah kahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua,” kongsi Wany.
Suka Suasana ‘Intimate’
Wany juga akui dirinya tidak mengimpikan majlis perkahwinan yang besar-besaran memadailah segalanya secara sederhana.
“Saya tidak mengimpikan majlis mega, tapi cukuplah sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.
“Walaupun sudah masuk ke peralihan ke fasa endemik, saya rasa kita masih perlu menjaga diri dengan pematuhan SOP.
“Lagi pun kalau untuk majlis pernikahan, saya suka suasana yang ‘intimate’, namun akan jemput pihak media bersama,” akhiri Wany.
Menerusi ruangan komen salah satu hantaran sebuah foto menerusi akaun Instagram Wany, ramai warganet yang memuji kecantikan Wany dan tidak kurang juga yang mengusik agar dijemput jika bernikah kelak.
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas menikam ibu saudaranya dengan sebilah pisau di Flat Jalan Perai Jaya di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di bahagian perut sebelah kiri dan kini dirawat di hospital.
Remaja Perempuan 14 Tahun Tikam Mak Saudara
“Kita menerima maklumat mengenai kejadian lalu bergegas ke lokasi kejadian. Siasatan mendapati, suspek tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu berikutan mempunyai masalah keluarga.
Kejadian berlaku di sebuah flat di Perai pada pagi Jumaat.
“Bagaimanapun, ketika berada di ruang tamu rumah berkenaan, telah berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek. Ia berlaku selepas suspek memberitahu mangsa untuk tinggal semula dengan ibu kandungnya namun mangsa menghalang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah Helmi, ketika pertengkaran tersebut, suspek tiba-tiba menikam mangsa dengan sebilah pisau.
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di rumah mangsa di Flat Jalan Perai Jaya selepas kejadian berlaku.
“Suspek yang sudah tidak bersekolah telah ditahan manakala mangsa sedang dirawat di hospital.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.