Pembunuhan Bersiri, Wanita Racun Kawan-Kawan Sendiri Apabila Diminta Hutang! Memang melampau dan kejam apabila sanggup membunuh rakan-rakan sendiri dengan racun apabila tak mahu membayar hutang dan wang dipinjam.
Seorang wanita yang didakwa kerana meracuni mangsanya, berdepan 14 pertuduhan membunuh, kata polis Rabu lepas dalam kes pembunuhan bersiri antara paling kejam di Thailand.
Racun Mangsa Guna Sianida
Sararat Rangsiwuthaporn dituduh menipu wang mangsa-mangsanya berjumlah ratusan ribu baht sebelum meracuni mereka dengan menggunakan sianida.
Dia ditangkap minggu lalu kerana kaitan dengan sembilan kematian mencurigakan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun polis kini memperluaskan siasatan mereka.
Suaminya yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut berdepan dakwaan penyelewengan berkaitan pembunuhan bersiri tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn Rabu lalu.
Bunuh Apabila Minta Hutang
Surachate berkata, Sararat memperdaya 15 orang supaya mengambil kapsul sianida yang kononnya pil herba, namun seorang daripada mereka terselamat.
“Dia meminjam wang daripada ramai kenalan kerana mempunyai banyak hutang kad kredit. Sararat mula membunuh mereka apabila mangsanya meminta wang dikembalikan.
“Kami masih menyiasat jumlah wang yang diterima daripada mangsa-mangsanya,” kata Surachate kepada pemberita.
Kedua-dua Sararat dan suaminya menafikan tuduhan terhadap mereka.
Hamil 4 Bulan
Sararat yang sedang mengandung empat bulan, berdepan 14 tuduhan melakukan pembunuhan terancang dan satu dakwaan cubaan membunuh, namun polis masih menyiasat tiga lagi kes berkaitan.
Pada minggu lalu, pasukan penyiasat meluaskan kawasan siasatan melibatkan lima wilayah dengan kebanyakannya terletak di barat Bangkok
Polis pada awalnya mengesyaki wanita itu membunuh seorang rakannya di wilayah Ratchaburi, barat Bangkok pada pertengahan April lalu.
Media tempatan menyatakan bahawa mangsa rebah di tebing Sungai Mae Klong selepas melepaskan ikan dalam satu upacara agama Buddha.
Selepas menyoal siasat suspek, polis mengaitkannya dengan kes keracunan sianida yang lain.
Mesti Baca:PINJAM Duit Suami Tak Diminta Bayar Balik, Isteri Bahagia Umpama Dapat ‘Hadiah’
Baca Lagi Di Sini:DJ Lin Kongsi Pengalaman Pinjamkan Duit, Namun Liat Nak Bayar Hutang “Moga Allah Gerakkan Hati Dia Untuk Bayar Balik”
Artikel Menarik:MEMINJAM DUIT, Jangan Sampai Orang Mengemis Duit Sendiri, Bayarlah Hutang!
Mingguan Wanita: Kejamnya, pembunuhan terancang dan sanggup meracun rakan sendiri apabila tak nak pulangkan wang yang dipinjam.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI