Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

Pemanis mulut ada banyak jenis termasuklah kategori pengat dan bubur. Rasanya yang lemak dan manis, pasti membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya tersenyum gembira. Ramai yang pasti menggemari hidangan pemanis mulut. Kalau tak menikmatinya, seolah-olah tak lengkap sajian yang dimakan.

 BUBUR BUAH DELIMA

Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

BAHAN-BAHAN:

100gm biji buah delima

250gm santan pekat

450gm air

100gm gula atau secukup rasa

1 1/2 sudu teh tepung jagung

1/2 sudu teh garam

1 helai daun pandan – simpul

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
  2. Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
  3. Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik. Boleh dimakan sejuk atau panas.

Lagi resipi di sini:

Uniknya Manisan Tradisional Melayu

Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT

Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

BAHAN-BAHAN:

2 biji pisang nangka  – bentuk bunga

1 keping mi siput

100gm gula pasir atau secukup rasa

50gm gula merah/melaka

250gm santan

650gm air

1 helai daun pandan

1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
  2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI 

Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

BAHAN BEBOLA PULUT:

100gm tepung pulut

50gm kelapa parut

30gm gula merah/melaka

Sedikit air

Garam secukup rasa

1 sudu makan minyak masak

1 sudu teh tepung jagung

BAHAN UNTUK DOH:

1 helai daun pandan

100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus

1/2 sudu teh garam

UNTUK KUAH:

250gm santan pekat

100gm gula pasir

50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya

650ml air untuk merebus

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti kelapa;  Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam  kuali dan kacau.  Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
  2. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
  3. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
  4. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
  5. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.