Pemandu bas sekolah “crush” budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.
Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang juga penumpang diminatinya sebagai “crush” yang dianggap orang ramai sebagai seksual grooming berikutan tindakannya menangis di kandang tertuduh selepas didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.
Pemandu Bas Sekolah “Crush” Budak Sekolah Didakwa
Di Mahkamah Seksyen, tertuduh yang berusia 24 tahun berhadapan dengan dua pertuduhan. Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya.
Perbuatan itu dilakukan dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara 5 hingga 6 petang, April sehingga September 2024.
Bagi kesalahan ini, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat yang sama.
Ads
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang boleh dihukum di mengikut Seksyen 15 akta sama.
Menangis Di Kandang Tertuduh
Pada prosiding itu, dia yang masih bujang kelihatan tunduk sambil menitiskan air mata dari kandang tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.
Ads
Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan alasan kes ini mendapat perhatian seluruh negara hingga memberikan pelbagai gambaran serta gesaan supaya tindakan diambil terhadap tertuduh.
“Selain itu juga, kes ini kesalahan serta salah seorang mangsa adalah anak saudaranya dan mereka tinggal berdekatan.
“Justeru pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan perkara ini serta mengenakan syarat kepada tertuduh,” hujahnya.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Ads
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding ini.
Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walau diuji bermacam kontraversi baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja dakwah dan membantu masyarakat setempat. Semalam, Ustaz berkongsi kisah seorang pakcik usia 75 tahun yang dah dua bulan tidur dalam kereta.
Kereta pula diletakkan di bawah jejantas. Boleh bayangkan kan macam mana sukarnya keadaan pakcik. Pakcik hidup sendirian dengan ditemani kucing-kucing yang setia berada di sisinya.
Simpati dengan kehidupan pakcik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pakcik selama ini. Dapatlah pakcik meraikan Hari Raya Aidil Adha ini dengan lebih selesa dan tak perlu lagi susah hati.
Pakcik 75 Tahun Tidur Dalam Kereta
Dan ini perkongsian Ustaz Ebit Lew,
Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.
Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.
Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil.
Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik.
Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.
Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.
Mingguan Wanita : Kadangkala ujian setiap orang itu tidak sama. Jika saling memahami dan ada rasa empati, tentunya lebih mudah untuk meniti ujian hidup yang amat mencabar ini.
A post shared by Kakifoto By Rashidee Azman (@kakifoto_) on
Kredit video: Kakifoto
Jejaka yang menjadi pilihan Shila Amzah bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.
Ok jom kita belek gambar tunang Shila Amzah dan bakal suaminya…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
13 Tahun Bergelar MUALAF, Adam Corrie SENTIASA MENUNGGU RAMADAN Belajar Berpuasa Sejak Usia 11 Tahun.
Menjalani ibadah puasa bagi mereka yang baru memeluk Islam tidak semudah orang Islam asal yang telah biasa berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun.
Majoriti umat Islam mula dilatih berpuasa seawal usia lima atau enam tahun, malah ada yang lebih awal, sama ada atas kehendak ibu bapa atau kanak-kanak itu sendiri. Ia mungkin bermula dengan puasa setengah hari dan dilanjutkan sehingga waktu Maghrib secara beransur-ansur.
Begitulah juga sewajarnya bagi mereka yang baru mendapat hidayah. Mungkin sukar bagi mereka untuk berpuasa kerana tidak biasa dengan amalan berlapar dan dahaga.
Menyelusuri kehidupan figura pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas dan usahawan bernama Adam Corrie Lee Abdullah, 51 ini hatinya cukup cekal sebagai seorang saudara baru.
13 Tahun Bergelar MUALAF
13 tahun bergelar mualaf iaitu pada tahun 2007 anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak pernah mempunyai masalah untuk menjalani ibadah puasa.
Akui suami kepada Fazima Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fazi dan bapa kepada Adam Fateh Lee ini, sejak usia 11 tahun dia sudah belajar berpuasa.
Bersama keluarga tersayang. (Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee)
“Sebenarnya saya sudah mula berpuasa ketika usia 11 tahun. Jadi selepas peluk Islam semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada yang susah.
“Syukur alhamdulillah, Allah berikan saya kelapangan untuk menyempurnakan ibadah ini dengan lancar. Saya juga rasa sangat bahagia apabila saya dapat berpuasa penuh bulan Ramdan.
“Apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan Fazima pada 21 November 2008 isteri dan keluarga mentua menerima saya dengan hati yang terbuka termasuklah kakak dan abang ipar. Jadi saya belajar sedikit sebanyak ilmu agama dengan arwah bapa mentua dan ibu mentua,” ungkap Adam Corrie yang sentiasa ceria disamping Fazima dan Adam Fateh.
Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee
Sentiasa Berdoa Dipertemukan Ramadan Akan Datang
Ditanya tentang pengalamannya setiap kali Ramadan menjelma, Adam Corrie akui dia bukanlah seorang yang cerewet.
“Saya jenis yang tak kisah dan bila masa sahur dan berbuka saya akan makan apa yang isteri masak. Bila sudah dikurniakan Adam Fateh Ramadan saya semakin seronok,” ungkap Adam Corrie yang jua memiliki butik di Busana Menara Mara, KL.
“Selepas saya balik fitrah saya setiasa menunggu Ramadan dan alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-13 saya jalani ibadah ini. Setiap kali apabila berakhirnya bulan penuh keberkatan ini saya akan berdoa semoga Allah pertemukan Ramadan akan datang.”
Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee
Tahun Pertama Jalani Ramadan Bersama Paling Indah – Fazima
Penulis juga sempat bertanya kepada isteri kesayangan Adam Corrie tentang pengalaman pertama kali ketika berpuasa bersama suami.
“Sudah tentu tahun pertama berpuasa bersama paling indah. Kami dapat bersahur, berpuasa dan solat terawih di masjid. Hingga kini kami masih lakukan rutin yang sama setiap kali menjelang Ramadan. Cuma tahun ini cukup berbeza dan kami lakukan terawih di rumah seperti mana umat Islam di Malaysia yang lain dalam tempoh PKP ini.
“Memandangkan suami saudara baru saya berusaha membimbing suami dengan cuba tingkatkat ilmu agama saya dan praktikan bersama-sama. Saya buat dulu, tunjukkan kemudian baru minta suami ikut secara perlahan-laham dan faham,” jelas Fazi yang turut akan memasak menu kegemaran Adam Corrie Ketam Masak Lemak Cili Padi ketika berbuka puasa.
Berpeluang sama-sama salurkan makanan laksa kepada hero-hero negara dan makanan kering kepada penduduk PPR cheras & PPR Rejang #adamcorrie #tukangagihkanje
Sumber Foto: Instagram @adamcorrielee
Betul ke mak ayah berbahasa kasar, anak boleh jadi degil? Ikuti penjelasan ini.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...