Pelumba Basikal Trek Negara, Shah Firdaus Berjuang Sehabis Daya “Takdirnya, Belum Rezeki. Maafkan Saya Malaysia”

Share

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 25 begitu bersungguh dan berusaha sehabis daya namun apakan daya dirinya gagal layak ke separuh akhir acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Shah Firdaus menamatkan perlumbaan kedua suku akhir dengan berada di tempat keenam daripada enam pelumba, kurang 24 jam selepas mengalami kemalangan bersama pelumba Great Britain, Jack Carlin.

Walaupun tercedera namun Shah Firdaus menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlumbaan namun perjalanan di temasya Sukan Olimpik sulungnya itu terhenti di suku akhir.

Pelumba Basikal Trek Negara, Shah Firdaus Berjuang Sehabis Daya

Seperti mana yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Shah Firdaus berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberi sokongan.

“Terima kasih Malaysia untuk semua doa dan sokongan yang telah menjadi kekuatan kami. Tamat tugas di Tokyo. Bukan persembahan yang terbaik seperti yang diharapkan. Saya rasa cukup bersedia pada hari pertama keirin, secara fizikal and mental.

“Namun, dalam perlumbaan ada perkara yang kita tidak boleh kawal, walau sekuat mana kita berusaha. Kalah menang adat bertanding. Tiada siapa yang datang ke pentas sukan sebesar ini untuk kalah atau sekadar jadi “average”. Begitu juga saya.

Raih Pingat Perak, Azizulhasni Awang Sujud Syukur, Rezeki Berganda Isteri Hamil Anak Ketiga!

Sabar Adik Bongsu Azizulhasni Awang Jaga Ayah Stroke, Tersentuh Hati Dibuatnya

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Chong Wei Mahu Tebus Hutang Bulan Madu

“Maafkan Saya Malaysia”

“Sudah lebih dari 5 tahun persiapan yang dilakukan hanya untuk berada di sini, di Olimpik. Jangan ditanya soal perngorbanan, anda juga tau jawapannya. Sedaya usaha saya lakukan untuk cuba menghasilkan sesuatu buat negara yang tercinta. Walaubagaimanapun, takdirnya, belum rezeki saya kali ini. Maafkan saya Malaysia.

“Saya masih percaya dan sedikit pun tidak tercalar kayakinan bahawa saya mampu. Cuma, saya perlukan sedikit masa untuk hadam pengalaman kali ini. Antara pelajaran terbesar yang saya lalui dalam karier. Sekali lagi, terima kasih Malaysia.

Semangat Kesukanan Yang Tinggi

“Tidak lupa, terima kasih untuk sistem sokongan kem basikal trek Malaysia. Tanpa anda saya tiada di sini. Terima kasih buat keluarga tersayang. Kepada semua atlet bertanding tahniah dan syabas untuk semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan yang hebat.

“Untuk idola Malaya, tahniah @azizulhasniawang anda adalah anugerah dan inspirasi buat Malaysia,” luah Shah Firdaus.

Mingguan Wanita: Kami sangat berbangga dengan semangat juang yang dipersembahkan oleh para atlet negara!

Sumber / Sumber Foto : Instagram @shahfirdaus95

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Norhayati Binti Suboh