Peluk Pun Tak Nak, Rupa-rupanya Anak Dah Besar! Satu Masa Semua Mak Ayah Akan Lalui Situasi Ini

Share

Situasi anak dah besar memang sekelip mata, tak akan sedar kalau kita pula jenis sibuk dengan urusan mencari rezeki setiap hari.

Dengan rutin yang sama, tahu-tahu kita rasa sunyi sebab anak tak ada depan mata macam dulu. Haaa… sebab itulah kita kena hargai waktu-waktu ‘buas’ anak, jangan mengeluh walau kadang nak bertukar jadi tarzan. Untuk renungan bersama, baca perkongsian Nur Firdaus

ini…
Bila tengok anak-anak tidur, sedih je ingat apa yang mereka lalui siang tadinya.

Kadang-kadang kena marah, kadang-kadang kena jerkah. Tapi mereka stay cool. Lepas 1 minit, happy semula.

Esoknya, loop yang sama berlaku lagi. Mereka main, menyanyi, berlari, melompat dan sebagainya. Kadang-kadang kita marah lagi, jerkah lagi.
Loop ini berterusan sehinggalah sampai 1 hari, dia tidak lagi menyanyi-nyanyi depan kita.

Tak lama lepas itu, tidak lagi melompat-lompat atas sofa dan katil.


Dan tak lama lepas itu, tiada lagi berlari-lari 2 beradik dari ruang tamu masuk bilik masuk dapur sampai jatuh bunga kita.

Rupa-rupanya mereka dah besar. Peluk pun tak nak dah. Tak nak dah dicium puas-puas seperti dulu. Rimas dah didukung-dukung seperti dulu. Segan dah nak diajak baring dipangku sambil kita baca-baca.

Tiada lagi memory hancurkan bilik air. Tiada lagi budak kecil habiskan syampu dan shower cream sebotol. Tiada lagi kes berus gigi semua dimasukkan dalam bowl.

Apabila masa itu tiba, kita pula yang rindu.

Saya pun sama, kadang-kadang rindu pula moment2 Uwaees sikit-sikit nak letak pipinya dengan pipi saya.

Alhamdulillah dia masih setia minta saya pegang tangannya selalu.
Nanti bila dah sekolah, duduk pula asrama, mesti lagi sunyi kan..

Published by
Nadia