Bila tiba hari raya, mak-maklah biasanya yang paling sibuk nak pastikan semua persediaan serba sempurna, termasuklah bab baju raya. Kalau boleh nak warna sedondon, cantik dan selesa.Paling penting mesti dalam peruntukan ‘bajet’ seisi keluarga.
“Cuba bayangkan SEKELUARGA dapat melaram dengan rekaan eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie secara PERCUMA raya nanti ?”
Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali dapat bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Bahagianya rasa hati!
Gaya Raya Bersama TOP
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air.
Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya LIMA KELUARGA bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear bernilai keseluruhan RM30, 000 berserta tajaan produk TOP.
Ads
Cepat rebut peluang untuk menangi baju raya rekaan eksklusif Jovian Mandagie, sempena lebaran ini! Manalah tahu ada rezeki, jimatlah sikit ‘bajet’ peruntukan baju raya sekeluarga tahun ni nanti.
Cara Sertai peraduan ini dengan TIGA LANGKAH mudah.
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25.
Ads
Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.
Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian dan hantar menerusi SALAH SATU cara berikut;
1. POS
Pos ke alamat:
Ads
PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2. WHATSAPP
Hantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.
3. INSTAGRAM
Upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’.
SYARAT & MAKLMAT PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019.
Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona.
Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona
Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aisyah Aziz berhijab. Tahniah diucapkan buat adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz yang kini sudah berhijab. Akui penyanyi yang berasal dari Singapura itu lagi dirinya mula berubah sejak setahun lalu apabila belajar memantapkan solat. Sejak itu, dirinya mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.
Pemilik nama sebenar Nur Aisyah Aziz, 30 turut meluahkan dirinya tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.
Aisyah Aziz Berhijab
Sempena tahun baru 2024, Aisyah meluahkan dirinya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan hidayah.
“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.
“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa,” ungkapnya seperti mana dikongsi menerusi Instastory miliknya.
Erti Kesederhanaan & Tidak Mengejar Duniawi
Aisyah turut menyatakan sejak proses itu dirinya lebih mengerti tentang kesederhaan dalam hidup dan tidak lagi mengejar duniawi.
“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.
“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun.
“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” kongsi Aisyah yang cantik berhijab.
Dalam meraikan keterujaan hari bahagia, jangan sengaja ingkar SOP yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi apabila majlis dilakukan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan. Sebolehnya, kebenaran melakukan majlis pernikahan dilakukan seringkas boleh, dengan jemputan yang cukup minimum.
Dilaporkan pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka ditahan dan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Taman Nilam, Langkawi Rabu lalu.
Rakam Gambar Berkumpulan
Dalam kejadian 6.30 petang itu, pengantin lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya 24 tahun, berserta 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon ditahan polis ketika merakam gambar secara berkumpulan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian itu. Seramai 19 individu berusia di antara 18 dan 27 tahun ditahan.
“Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam.
“Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dikompaun RM1,000 Setiap Orang
Shariman berkata, hasil siasatan mendapati kesemua individu terbabit kebanyakannya beralamat di Taman Nilam dan mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp yang berdurasi 23 saat memaparkan rangkuman aktiviti sekumpulan individu termasuk pasangan pengantin berpakaian sedondon ditahan polis.
MW: Pesanan buat bakal pengantin, patuhilah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. Lakukan majlis pernikahan seringkas mungkin, dan elakkan berkumpul beramai-ramai yang boleh menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun.
Baca banyak lagi artikel-artikel menarik di www.mingguanwanita.my
Mahu mengambil tong sampah, tanpa sengaja pekerja pembersihan ini jumpa bayi perempuan masih bertali pusat.
Malangnya bayi yang ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar, sedihnya mengenangkan bayi sekecil itu yang baru mengenal dunia diperlakukan sebegitu rupa.
Mahu Mengambil Tong Sampah
Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 5.50 petang.
Pekerja Pembersihan Jumpa Bayi
“Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.
“Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat
Beliau berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mingguan Wanita : Biar apapun alasan yang diberikan, mak dan ayah kepada bayi tersebut tetap bersalah. Meragut nyawa bayi kecil yang tak berdosa. Semoga pesalahnya dapat ditangkap dengan segera.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...