Menyesal dengan perkahwinan terdahulu dan sukar untuk menerima hakikat, hinggakan serik untuk menerima cinta kali lagi, sementelah perkahwinan kedua. Namun, tiada siapa tahu, perkahwinan kedua ini mungkin boleh memperbaiki lagi kelemahan sebelum ini dan mencipta bahagia. Sejauh manakah perkahwinan kedua ini mampu memperbaiki dan membina kembali hidup baru. Kupasan lanjut bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh.
Sesuatu pengalaman yang pahit atau memberi kenangan penyesalan akan membuat seseorang itu serik untuk menempuh pengalaman baru. Ini kerana ia akan menimbulkan sesuatu ketakutan atau mengalami perasaan ngeri yang tidak diduga. Takut perkara yang silam diulangi adalah satu sebab ketakutan itu menghantui diri.
Walau bagaiamanapun, tidak semua pengalaman itu sama. Pengalaman yang berulang adalah disebabkan oleh kesilapan sendiri kerana tidak mempelajari daripada kesilapan lalu. Sering kali kesilapan itu boleh dimaafkan jika perasaan cinta itu kuat di antara pasangan. Jika cinta itu rapuh sudah pasti ia tidak akan bertahan lama dan akan mencari jalan keluar.
Tidak semua inginkan perpisahan. Tetapi bila ada perpisahan, barulah ada penyesalan dan ingin kembali kepada pasangan masing-masing dengan alasan anak, tidak mahu bergelar ‘janda’, hilang tempat bergantung, sukar untuk mendapat pengganti dan sebagainya.
Melalui cara berkahwin semula pada pasangan yang sama adalah perkara biasa dan keadaan ini berlaku kerana:
Setiap pasangan perlu memperbaiki diri setiap masa untuk:
Cinta dan kasih sayang tidak boleh dijual beli, ia lahir daripada perasaan yang murni, tidak berpura-pura dan tidak dibuat-buat. Bagi menyemarakkan cinta, ia perlu ada ciri-ciri hormat sesama sendiri, mempercayai pasangan, memberi peluang untuk memperbaiki kesilapan, memberi kasih sayang, cinta yang tidak berbelah bagi dan ikhlas dalam apa segi perbuatan. Memberi pandangan yang jujur, layanan yang istimewa dan sentiasa bersama.
Tidak dinafikan, sesiapa sahaja akan terasa tertekan dan mengalami trauma yang tidak diingini sehingga terus berlaku sebuah mimpi yang ngeri dan ditakuti. Perkara beginilah sering dielakkan oleh setiap pasangan
Di dalam menjaga keharmonian perkahwinan pertama, pasangan perlulah memahami di antara satu sama lain, sering berkomunikasi dan bertolak ansur demi menjaga kebahagiaan, tidak boleh ambil kesempatan dan mempergunakan peluang sesuka hati.
Memaafkan diri masing masing dan pasangan serta berkerjasama untuk membina penghidupan bersama tanpa curang dan curiga. Setiap pasngan perlu belajar dari kesilapan dan memberi sepenuh perhatian kepada rumah tangga