Aturan jodoh tak siapa yang tahu. Siapa sangka selepas 21 tahun bercerai, jodoh pasangan ini bertaut semula dan bernikah kembali sebagai suami isteri buat kali kedua.

Takdir memisahkan pasangan ini hampir 21 tahun lalu dan takdir juga menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri pada April lalu.

Perkahwinan Pertama Terlerai Jun 2002

Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.

Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Peluang Kedua, Takdir Jodoh Bertaut Kembali Selepas 21 Tahun Bercerai

Ads

Tak Pernah Berhubung Selepas Bercerai

Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.

“Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.

“Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Peluang Kedua, Takdir Jodoh Bertaut Kembali Selepas 21 Tahun Bercerai

Ucapan Takziah Di Facebook

Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.

Ads

“Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.

“Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.

“Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya,” katanya.

Harap Perkahwinan Kekal Hingga Akhir Hayat

Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.

“Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.

“Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami,” katanya.

Ads

Mesti Baca : Pernah Berkahwin & Berpisah, Takdir Jodoh Cinta Berputik Kembali Selepas 44 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Pernah Berpisah, Namun Jodoh Kuat Satukan Kembali Pasangan Ini
Artikel Menarik:Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Mingguan Wanita:Alhamdulillah Tahniah di atas pernikahan ini. Siapa sangka jodoh bertaut kembali selepas 21 tahun berpisah. Semoga perkahwinan berkekalan hingga ke syurga.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI