Elok dah ada anak-anak, baru gigih nak cari kesalahan pasangan? Bukan baru 5 tahun kahwin tetapi selepas berpuluh tahun berumah tangga.
Agaknya kenapa situasi ini berlaku? Sengaja mencari silap atau baru kenal pasangan? Tetapi secara logiknya, jawapan itu ada dalam perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Sengaja Cari Kesalahan Pasangan
“Dah 15 tahun, dah 20 tahun kahwin, dah tak boleh buat apa dah…”
Expectation terhadap pasangan, apa yang kita harapkan dari dia, apa yang kita nak dia jadi, semuanya dalam 2,3 tahun pertama perkahwinan.
Ads
Masa ni masih boleh dibentuk, masih boleh berharap. Masa ni, kita belum terlambat lagi untuk ubah seseorang atau pun membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan hidup kita.
Tapi bila dah 15 tahun, dah 20 tahun, baru nak tanya macam mana nak buat, maka tengok balik perjalanan tu. 15 tahun, 20 tahun dia tak jadi macam yang kita nak, tapi boleh je kita stay, boleh je kita kekal.
Ads
Kenapa… Apa alasannya.
Kenapa selepas 20 tahun baru nak cakap semua ni. 2,3 tahun pertama ketika mula-mula berkahwin, tak nampak semua ni…?
Ads
Dia tak solat. Dia panas baran. Dia tak faham. Dia selalu lebihkan kawan-kawan. Dia tak penah bantu buat kerja rumah. Dia tak prenah bagi nafkah dan sebagainya.
Tetapi Kenapa Selepas Bertahun Berkongsi Hidup?
Kenapa mesti dah 20 tahun baru nak cakap, nak tanya apa nak buat. Elok berpisah ke tak, anak dah berderet-deret baru nak fikir ke?
Please la… Please… Tolong tentukan hala tuju dan masa depan hubungan anda pada beberapa tahun awal perkahwinan anda. Jangan letak harapan tahun demi tahun untuk dia berubah. Habis tahun ni, dia tak berubah, dalam hati kata, “tak apa bagi setahun lagi”. End up, dah 20 tahun, anak dah 6, dah 7, pastu tanya “apa yang saya perlu buat?”
Memang speechless la nk jawab…sebab dah TERLALU LAMA!!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah pasti pasangan berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga sehingga ada segelintir yang sanggup ikhtiar dan mula percaya dengan perkara mitos.
“Orang kata kalau tengah usaha nak dapatkan zuriat boleh cuba berendam dalam tasik Dayang Bunting,” itulah ungkapan yang sering diucapkan.
Dalam Tasik Dayang Bunting
Perkongsian seorang pengguna di pengguna media sosial, Malissa Ali menasihatkan pasangan berkahwin untuk tidak sewenang-wenang percaya dengan benda yang memesongkan agama.
Wanita itu berpendapat ia adalah merupakan satu kenyataan yang mendorong kepada khurafat sehingga boleh menggoyahkan iman seseorang individu.
“Syirik kalau percaya benda sebegitu, kalau mengandung itu asbab dari Allah bukan sebab Tasik Dayang Bunting,” komen seorang pengguna.
“Jaga-jaga takut kita tergolong dari golongan syirik,” tulis pengguna lain.
Mingguan Wanita : Mengandung atau tidak segalanya bergantung kepada Ketentuan Allah. Jika ada di kalangan kita yang mengandung selepas berendam di situ, mungkin ianya hanyalah kebetulan.
Gangguan dasim, suami isteri hati-hati dengan iblis yang tak suka tengok perkahwinan bahagia, elak kena kacau. Berselisih faham dalam rumah tangga itu perkara biasa. Jika setiap masa, anda dan pasangan bila bertentang mata asyik bergaduh sahaja, sudah pasti ada yang ‘menganggu.’
Sama ada anda perasan atau tidak, dalam rumah tangga ada ketika serba tak kena, kadang-kadang rasa nak marah tak tentu pasal. Terjadi juga situasi sama ada isteri mahupun suami, kerap berprasangka buruk pada pasangan. Isu yang kecil pun boleh menjadi isu besar.
Gangguan Dasim, Suami Isteri Hati-hati Dengan Iblis Yang Tak Suka Tengok Perkahwinan Bahagia
Pandang wajah pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim.”
Perlu Tahu Mengenai ‘Dasim’
1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
2.Selalunya kes rumah tangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!
3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang itu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.
5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
Pergaduhan dan perselisihan didalam rumah tangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.
Elak Kena Kacau
ENAM TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM:
1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIGHFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.
2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.
3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.
4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil dan selimut akan membuatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab itu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur dan kerapkan juga solat dan berzikir di dalam bilik-bilik yang tidak berpenghuni itu. Buka pintu.. biar bila azan/zikir/mengaji al-Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong itu.
5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah. Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumah tangga.
6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun boleh. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita!
Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina itu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek terlolong! Kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!
Selamatkanlah rumah tangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis.
Moga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bertuahnya menjadi ibu kepada Uwais Al Qarni.Nama anaknya ini disebut-sebut oleh nabi, lelaki berasal dari Yaman yang soleh, baik berbakti pada ibunya, mustajab doanya serta yang dicari-cari oleh para sahabat.
Uwais Al Qarni, satu nama yang cukup sinonim dengan sikapnya yang sangat mentaati ibunya.Dalam keadaan dirinya yang mempunyai penyakit sopak, hatinya sempurna memuliakan seorang ibu.Beliaulah hamba Allah yang dikatakan tidak dikenali di bumi akan tetapi cukup masyhur dalam kalangan penduduk langit.
Satu nama yang menggetarkan hati kerana membaca kisah betapa taatnya beliau kepada ibunya, yang ramai anak-anak kini tak mampu lakukan untuk berbakti sebegitu.
Kisahnya menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa taat berbakti pada ibu dan berusaha menggembirakan hatinya walau sukar bagaimanapun keaadaannya.
Pikul Ibu Beratus Kilometer
Kisah pemuda soleh Uwais Al Qarni ini yang menjadi sebutan, apabila dia sanggup menggendong ibunya yang lumpuh beratus kilometer, demi menunaikan hasrat ibunya untuk mengerjakan haji di tanah suci.
Memandangkan dirinya miskin dan tidak berkemampuan untuk membeli unta sebagai pengangkutan ke tanah suci, Uwais telah membeli seekor anak lembu dan menggendongnya setiap hari turun naik bukit selama hampir 6 bulan.Sehingga beliau dianggap kurang waras atau gila oleh orang ramai ketika itu.
Sebenarnya Uwais melakukan sedemikian kerana cinta dan sayang pada ibunya yang terlalu mendalam. Ia sebagai persediaan membina kekuatan fizikal dirinya, berbekalkan tulang empat kerat untuk menggendong ibunya ke tanah suci kelak bila tiba musim haji.
Cinta Pada Ibu
Beliau juga sempat hidup pada zaman Baginda, namun beliau tidak tergolong dalam kalangan sahabat kerana tidak sempat bertemu dengan Rasulullah semasa hayatnya.
Juga kerana cintanya kepada ibunya, beliau sudahpun tiba di rumah Rasulullah untuk bertemu Baginda, namun kerana pada ketika itu Rasulullah tiada, beliau terpaksa pulang kerana memikirkan ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.
Beliau merupakan insan yang tidak dikenali pada ketika itu, namun kerana dirinya yang sangat teguh berbakti kepada ibunya maka Allah telah mengangkat darjatnya sehingga menjadi sebutan penduduk langit.
Jadi buat mak-mak, berdoalah kita agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah memiliki akhlak yang terpuji dan mulia sebaik Uwais Al Qarni.Taat berbakti dan berusaha membahagiakan hati ibunya walau dalam keadaan yang sukar. Amin
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...