Pelbagai ujian hamil, penghujungnya dipermudahkan Nadya Syahera bersyukur. Tahniah diucapkan buat pelakon Nadya Syahera yang selamat melahirkan bayi ketiganya.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Nadya memberitahu bayi lelaki tersebut diberi nama Muhammad Barr Adam Bin Mohamad Hafizul dilahirkan pada 25 Mac lalu, jam 06:24 seberat 3.3kg.
Pelbagai Ujian Hamil, Penghujungnya Dipermudahkan
Bercerita pengalaman proses melahirkan bayi ketiganya, Nadya berasa bersyukur kerana Allah permudahkan. Sepanjang kehamilan dirinya berhadapan dengan pelbagai ujian. Namun Nadya tidak pernah putus doa untuk Allah mempermudahkan dirinya saat bersalin.
“BismillahiMasyaAllah. Allah Maha Baik. Allah sebaik-baik perancang.
“Dari awal mengandungkan baby nombor tiga ni, hari-hari mintak Allah permudahkan urusan bersalin.
“Walaupun pada peringkat awal sampai lah 3rd trimester macam-macam juga ujian, tapi penghujungnya sangat mudah.
Ads
Allah Izinkan Semua Permintaan
“Niat nak bersalin hari Jumaat, waktu subuh, tak nak sakit lama-lama, tak nak lama-lama dalam labour room.
“Allah izinkan semua tu. Bila pikir balik, termenung kejap. Macam tak percaya Allah hadiahkan semua tu.
“Start sakit pukul 1 pagi macamtu, tapi boleh layan lagi. Pukul 2 lebih tiba-tiba badan menggigil teruk, sejuk teramat.
“Pergi toilet, ada darah turun. Tapi still tak nak pergi hospital. Tahan punya tahan. Dalam 4:30am dah tak boleh tahan dangat dah. Pinggang sampai kaki macam hilang dah rasa. Terus ke hospital, lebih kurang pukul 5am macamtu masuk emergency.
“Bukaan dah 6cm. Keadaan baby dan jantung laju and saya demam 38.6 . Sempat makan panadol. Sakit dah 1 minit sekali.
“Tepat 6:00am masuk labour room dan 6:24am lahirlah seorang lagi anak lelaki ku ke dunia. Keluar je baby terus hilang segala sakit sblm bersalin td tu. Hebat perancanganNya.
Ads
Doakan Kami Segera Sembuh
“Alhamdulillah untuk semuanya. Sekarang saya dengan Baby masih lagi di tahan di hospital untuk pantauan.
“Doakan kami segera sembuh dan sihat. Dan terima kasih juga buat semua yg mendoakan i dan keluarga dari dulu hingga kesaat ini. Semoga Allah shja membalasnya,” tulisnya.
Pernah tak kita tengah sedap-sedap makan ke minum, tiba-tiba ada rambutlah, semutlah dalam order kita waktu menikmatinya di kedai makan. Lebih tak best, bila maklum pada pemilik, sebagai pelanggan kita tak disantuni dengan baik.
Frustkan rasa hati. Tentu-tentu kita takkan datang lagi ke kedai berkenaan. Dah hilang satu pelanggan. Inilah yang jadi ketika Amylia Aalankeluar makan-makan shell out dengan anak-anak di sebuah restoran.
Disebabkan, mereka tidak disantuni dengan hemah oleh pemilik kedai itulah akhirnya dia buat sendiri hidangan seumpama. Lebih berbaloi, dinikmati seisi keluarga dengan harga yang jauh lebih murah.
Resepi Shell Out Jimat & Puas Hati
“Kelmarin saya makan shell out di restoran. Katanya untuk satu kepala RM10. Tiga kepala makan RM39. So saya ambil yang untuk 3 orang makan. Bill RM51.10. Malangnya tengah makan ada sehelai rambut. Jadi saya beritahu tuan punya kedai.
“Dia ganti yang baru. Yang tak bestnya shell out yang baru tak serupa yang ada rambut. Yang ada rambut udangnya sampai 10 ekor. Yang baru 3 ekor saja. Bila tanya.. muka tuan kedai dah mula mencuka.
“Bila bayar tak pandang dah muka kita. Terima kasih pun tidak. First and last lah saya ke kedainya. Ni saya buat sendiri. Sangatlah berbaloi berbekalkan RM52.50, dekat 6 orang boleh makan. Anak-anak dan suami semua suka. Alhamdulillah.”
“Kalau kat luar ni, hidangan yang saya masak mungkin RM150++.”
Resepi Untuk Sos Shell Out Buat Sendiri
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering ikut suka pedas
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam ikut suka
3 sudu besar serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kalau nak sos tu hitam sikit tambah kicap manis sedikit
Caranya Macam Ni
1. Semua bahan saya kisar terus. Kemudian, tumis dan kuah rebus tadi boleh tambah bagi da berkuah sikit.
2. Tumis dengan butter.
Bahan-bahan Seafood
1. Rebus satu persatu
2. Lepas tu bolehlah campur dekat sos yang dah masak tadi.
Debar seorang suami bila helikopter dinaiki isteri terhempas di Brichang, Cameron Highlands. Seorang suami meluahkan kerisauan hatinya apabila mendapat berita helikopter yang membawa enam petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia terhempas di Hutan Brincang, Cameron Highlands.
Abdul Latif Ab Razak dalam perkongsian di fbnya sekitar jam beberapa jam lalu mengundang simpati ramai apabila memohon doa dari semua.
Tulisnya :- Helikopter yang dinaiki oleh wife saya & pasukan kesihatan terhempas di Cameron Highlands mohon doa dari semua.
Dan alhamdulillah, isterinya yang juga pegawai perubatan Dr Munirah diberitakan selamat bersama lima lagi kru lain. Hanya seorang dari mereka iaitu Stafnurse Asyikin patah tulang peha.
Dalam kejadian akibat cuaca buruk ini, helikopter jenis jenis Eurokopter AS 355 F2 yang membawa petugas kesihatan melakukan pendaratan cemas di Hutan Brinchang, Cameron Highlands petang ini.
Komander Operasi PgB Shahrulnizam Nasir, Ketua Zon 3 Pahang melaporkan seramai 5 orang mangsa termasuk Juruterbang didapati mengalami kecederaan ringan dalam kejadian terbabit manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan patah tulang peha menjadikan kesemua mangsa yang terlibat seramai 6 orang.
Mangsa yang tercedera telah diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikeluarkan ke tempat selamat. Operasi masih berjalan.
Dalam kejadian dilaporkan, mangsa yang terlibat terdiri dari Capt Pedro, Dr Munirah, Jururawat Masyarakat (JM) Hasilawati, penolong pegawai perubatan Azlan, pembantu am rendah Fazlan dan stafnurse Asyikin. Difahamkan, tiga darinya mengalami kecederaan iaitu, Dr Munirah – tak boleh bangun (boleh bergerak), JM Hasilawati – tak boleh bangun (hanya boleh bergerak) dan SN Asyikin yang mengalami patah tulang peha.
Sempena ulang tahun harijadi pelakon Ayu Raudah,38 pada 7 Disember hari ini, Zaquan Adha Abdul Radzak,36 ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tersayang.
Ucapan manis tersebut dikongsikan disamping video gambar-gambar isteri tersayang di laman Instagram Zaquan Adha sendiri.
“Selamat Hari Jadi Sayangku”
“I doakan Allah makbulkan segala doa you. You seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you..I love you till jannah sayangku.” jelasnya.
Ujian Kehamilan (UPT Test) positif
Namun perkara yang paling mencuri tumpuan apabila Ketua pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) ini turut berkongsi keputusan ujian kehamilan (UPT Test) positif. Sekaligus, memberi bayangan Ayu Raudah kini hamil anak ke-6 mereka.
“Pic last tu hadiah I yang tak seberapa untuk you,”
Murah rezeki pasangan ini dikurniakan anak-anak yang ramai. Memang meriah. Ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan tumpang gembira, akan berita yang dikongsikan tersebut.
Pasangan bahagia ini berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel,2.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.