Perkara pertama yang bermain-main dalam kepala bakal pengantin, tentu-tentulah pelamin, baju sanding, goodies untuk tetamu, jurugambar, catering dan sampailah sekecil-kecil perkara akan difikirkan. Semua itu melibatkan kos. Zaman sekarang kalau tak ada RM20 ribu memang payah nak dapat majlis perkahwinan yang diidamkan.
Walaupun kosnya besar, kerja kahwin tetap perlu diteruskan. Sebab nak kena beritahu juga saudara mara yang kita sudahpun dimiliki. Dari awal mengumpul wang untuk belanja kahwin. Carilah butik-butik pengantin nak buat tempahan pelamin, mekap, baju bagai.
Tup-tup, bakal pengantin terkebil-kebil tengok harga. Ya ampun.. mulalah tawar menawar dengan tokey butik. Bila dah diterangkan kenapa harga sekian-sekian. Keluar pula kenyetaan “Kenapa mahal sangat? padahal semua barang recycle je? Harga macam tak munasabah je?”
Nak tahu munasabah ke tak munasabah, silalah dengar penjelasan Afeer Wedding Planner, Mohd Firdaus Abd Razak ini.
Pelamin ini mempunyai kelebaran 30 kaki, ketinggian backdrop 15 kaki. Lokasinya di markas Taman Melewar Gombak.
Berikut adalah senarai harga bagi barangan yang boleh di recycle.
Karpet 8 keping RM1600
Kerusi RM1500- RM2500
Bunga RM1k – RM1.5k
Pasu RM1.2k – RM1.5k
LED spotlight RM1.8k
Stages RM400
Kain backdrop RM250
Lampu lilin RM1200
Aksesori RM1500
Jack set RM1200
Red carpet RM200
Walk way RM800
Kerawang RM2500
Berikut adalah list yg perlu dikeluarkan.(pakai buang)
Span RM30
Upah lori RM400
Upah staf RM600
Minyak transport staf ke lokasi RM40
Tol RM3.60
Duit makan staf RM40
Cable tight RM10
Senarai barang yang tetap tersebut, hanya boleh dipakai 10-12 kali pakai bukan bermakna sekali beli boleh pakai seumur hidup. Sekiranya barangan tersebut rosak awal dari yang masa sepatutnya seperti pasu pecah atau spotlight kena air, risikonya atas kami sendiri.
Jadi kami berbaloilah harga untuk sesuatu pelamin dewan kami caj RM3k ke atas atas customer. Tolak, bahagi purata untung untuk satu pelamin tak sampai RM1k pun..
Keputusan semua di tangan anda (customer), kalau anda rasa membazir maka anda boleh memilih jalan lain untuk berjimat seperti DIY dan sekiranya rasa tetap membazir, jangan bersanding. Buat mana yang wajib jer..
Jangan la argue kenapa pelamin ni mahal, atau minta pelamin yang kononnya simple dan nak murah.
Mengikut senarai harga yang saya bagi tu, bayar lori pun dah RM400, staf RM450. Anda pula minta RM1k jadi apa untung untuk kami butik-butik pengantin ni.
Ada pengantin yang memilih ‘mini’ pelamin nikah untuk majlisnya. Tapi majlis itu nanti diadakan dalam dewan besar. Akan timbul masalah jika bakal pengantin membuat keputusan sebegitu…
1) Mini pelamin nikah bersize 10-12 feets
2) Kerusi yang simple (selalunya tak bersandar)
3) Tidak terlalu sarat dengan aksesori dan bunga.
4) Ada bantal nikah dan meja nikah.
5) Selalunya dibuat di rumah.
1) Kalau pelamin tersebut dibuat besar sampai 30 feets, ia tidak dinamakan ‘mini pelamin nikah’. Itu namanya ‘pelamin nikah’. Dan harganya bukan la mini (kecil).
2) Kerusi yang simple untuk pelamin nikah bagi membezakan pelamin nikah dan sanding. Selalunya Afeer akan berikan kerusi yang tanpa penyandar.
3) Tidak terlalu sarat dengan bunga dan aksesori bagi memudahkan untuk pengantin dan keluarga bergambar. Kerana pelamin bersize mini ini selalunya dibuat untuk bergambar sekeluarga. Kalau terlampau sarat dan sizenya yang kecil akan menyukarkan proses bergambar.
4) Bantal nikah pastinya perlu untuk tok kadi dan pengantin lelaki. Meja nikah adalah mengikut trend masa kini selain memudahkan proses akad tersebut.
5) Mini pelamin nikah selalunya dibuat di rumah. Sekiranya pelamin tersebut buat di dewan, ia dinamakan pelamin nikah dewan. Kerana size stages dewan lebih besar. Selalunya pengantin akan request size mini pelamin tapi bila time pasang family members akan komplen pelamin terlalu kecil, terlampau simple. Hal ini terjadi kerana pelamin bersize kecil ini dibuat di ruang yang besar. Jadi untuk mini pelamin nikah sabgat tak sesuai dibuat di dewan.
√ Bukan semua pelamin nikah adalah ‘mini’.
√ Pelamin nikah boleh diorak menjadi satu pelamin yang gah dan besar bergantung pada bajet anda.
Sumber/Foto: FB Mohd Firdaus Abd Razak via Mingguan Wanita