Perkara pertama yang bermain-main dalam kepala bakal pengantin, tentu-tentulah pelamin, baju sanding, goodies untuk tetamu, jurugambar, catering dan sampailah sekecil-kecil perkara akan difikirkan. Semua itu melibatkan kos. Zaman sekarang kalau tak ada RM20 ribu memang payah nak dapat majlis perkahwinan yang diidamkan.
Walaupun kosnya besar, kerja kahwin tetap perlu diteruskan. Sebab nak kena beritahu juga saudara mara yang kita sudahpun dimiliki. Dari awal mengumpul wang untuk belanja kahwin. Carilah butik-butik pengantin nak buat tempahan pelamin, mekap, baju bagai.
Tup-tup, bakal pengantin terkebil-kebil tengok harga. Ya ampun.. mulalah tawar menawar dengan tokey butik. Bila dah diterangkan kenapa harga sekian-sekian. Keluar pula kenyetaan “Kenapa mahal sangat? padahal semua barang recycle je? Harga macam tak munasabah je?”
Nak tahu munasabah ke tak munasabah, silalah dengar penjelasan Afeer Wedding Planner, Mohd Firdaus Abd Razak ini.
Pelamin ini mempunyai kelebaran 30 kaki, ketinggian backdrop 15 kaki. Lokasinya di markas Taman Melewar Gombak.
Berikut adalah senarai harga bagi barangan yang boleh di recycle.
Karpet 8 keping RM1600 Kerusi RM1500- RM2500 Bunga RM1k – RM1.5k Pasu RM1.2k – RM1.5k LED spotlight RM1.8k Stages RM400 Kain backdrop RM250 Lampu lilin RM1200 Aksesori RM1500 Jack set RM1200 Red carpet RM200 Walk way RM800 Kerawang RM2500
Ads
Berikut adalah list yg perlu dikeluarkan.(pakai buang)
Span RM30 Upah lori RM400 Upah staf RM600 Minyak transport staf ke lokasi RM40 Tol RM3.60 Duit makan staf RM40 Cable tight RM10
Senarai barang yang tetap tersebut, hanya boleh dipakai 10-12 kali pakai bukan bermakna sekali beli boleh pakai seumur hidup. Sekiranya barangan tersebut rosak awal dari yang masa sepatutnya seperti pasu pecah atau spotlight kena air, risikonya atas kami sendiri.
Jadi kami berbaloilah harga untuk sesuatu pelamin dewan kami caj RM3k ke atas atas customer. Tolak, bahagi purata untung untuk satu pelamin tak sampai RM1k pun..
Ads
Keputusan Anda…
Keputusan semua di tangan anda (customer), kalau anda rasa membazir maka anda boleh memilih jalan lain untuk berjimat seperti DIY dan sekiranya rasa tetap membazir, jangan bersanding. Buat mana yang wajib jer..
Jangan la argue kenapa pelamin ni mahal, atau minta pelamin yang kononnya simple dan nak murah.
Mengikut senarai harga yang saya bagi tu, bayar lori pun dah RM400, staf RM450. Anda pula minta RM1k jadi apa untung untuk kami butik-butik pengantin ni.
Sebelum Pilih Jenis Pelamin Kena Fahamkan Ini
Ada pengantin yang memilih ‘mini’ pelamin nikah untuk majlisnya. Tapi majlis itu nanti diadakan dalam dewan besar. Akan timbul masalah jika bakal pengantin membuat keputusan sebegitu…
Hadam 5 Fakta ‘Mini’ Pelamin Nikah Dan Ulasannya
1) Mini pelamin nikah bersize 10-12 feets
2) Kerusi yang simple (selalunya tak bersandar)
3) Tidak terlalu sarat dengan aksesori dan bunga.
4) Ada bantal nikah dan meja nikah.
5) Selalunya dibuat di rumah.
Ini Jadi Kalau Salah Pilih
1) Kalau pelamin tersebut dibuat besar sampai 30 feets, ia tidak dinamakan ‘mini pelamin nikah’. Itu namanya ‘pelamin nikah’. Dan harganya bukan la mini (kecil).
Ads
2) Kerusi yang simple untuk pelamin nikah bagi membezakan pelamin nikah dan sanding. Selalunya Afeer akan berikan kerusi yang tanpa penyandar.
3) Tidak terlalu sarat dengan bunga dan aksesori bagi memudahkan untuk pengantin dan keluarga bergambar. Kerana pelamin bersize mini ini selalunya dibuat untuk bergambar sekeluarga. Kalau terlampau sarat dan sizenya yang kecil akan menyukarkan proses bergambar.
4) Bantal nikah pastinya perlu untuk tok kadi dan pengantin lelaki. Meja nikah adalah mengikut trend masa kini selain memudahkan proses akad tersebut.
5) Mini pelamin nikah selalunya dibuat di rumah. Sekiranya pelamin tersebut buat di dewan, ia dinamakan pelamin nikah dewan. Kerana size stages dewan lebih besar. Selalunya pengantin akan request size mini pelamin tapi bila time pasang family members akan komplen pelamin terlalu kecil, terlampau simple. Hal ini terjadi kerana pelamin bersize kecil ini dibuat di ruang yang besar. Jadi untuk mini pelamin nikah sabgat tak sesuai dibuat di dewan.
Konklusi
√ Bukan semua pelamin nikah adalah ‘mini’.
√ Pelamin nikah boleh diorak menjadi satu pelamin yang gah dan besar bergantung pada bajet anda.
Mira Filzah kongsi tentang ibadah,“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti).” Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi pengalamannya menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan daripada seorang pengikutnya berhubung pendekatan yang dilakukannya agar dapat menjaga solat lengkap lima waktu sehari.
Mira Filzah Kongsi Tentang Ibadah, “Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti)”
Ujar Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, sebagai insan biasa dia juga pernah terlambat atau tertinggal solat namun tetap cuba melunaskan kewajipan umat Islam itu sebaik-baiknya.
Mira Filzah mengakui masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna terutama soal melengkapkan solat lima waktu sehari.
“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.
“Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.
Menurut pelakon drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan itu, apabila menjadikan solat sebagai rutin wajib harian, seseorang akan berasa tidak selesa andai rukun Islam kedua itu ditinggalkan begitu sahaja.
“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.
“Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga aktif berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu dalam laman sosialnya terutama berkaitan keibubapaan serta isu semasa sejak memperlahan karier seni.
Imej yang ditampilkan oleh Mira juga mempamerkan peribadi selebriti berhijab yang sering dipuji. Pendek kata meskipun berhijab dan dalam masa sama berfesyen namun tetap menjaga aurat.
Isu aurat, PU Syed mohon maaf pada Caprice & Isteri. Hanya takutkan Allah. Sejak semalam media sosial disajikan dengan “pertengkaran” di antara Caprice dan pendakwah PU Syed.
Ia bermula dari rentetan peristiwa kes PU Azman yang didakwa menghadapi pertuduhan melakukan amang seksual. Ia kemudian berlarutan apabila PU Syed menegur Caprice agar menjaga bab aurat isterinya terlebih dahulu sebelum cuba terus mendedahkan DM yang didakwa melibatkan antara PU Azman dan remaja berkenaan.
Kesal kaitan isu aurat dan jenayah seksual yang dilihat isu berbeza, Caprice kemudian memberi masa kepada PU Syed agar membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan hal tersebut dalam tempoh 24 jam atau rahsia PU Syed terus didedahkan olehnya.
Berikutan ini, sebentar tadi PU Syed di fbnya telah memuat naik permohonan maaf kepada Caprice dan isteri. Masa yang sama katanya dia memulangkan kepada Carprice sama ada untuk terus mendedahkan apa yang dikatakan sebelum ini.
PERMOHONAN MAAF KEPADA SAUDARA CAPRISE DAN ISTERI
Ambe dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara caprise dan memohon maaf jika disana ada unsur² negatif dan menganggu kehidupan saudara caprise dan isteri.
Dalam masa yg sama ambe masih berharap agar sesuatu kes yang sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baru melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan kemuka pengadilan.
Manakala isu tentangg diri ambe yang Caprise cuba dedahkan, terpulang kepada saudara untuk terus dedahkan atau tidak.
Permohonan maaf ini bukanlah bermakna ambe nak pihak Caprise membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara.
Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya..InsyaAllah.
Kepada netizen terima kasih atas komentar berbaur kejian dan fitnah semoga kita semua akan beroleh taufiq dan hidayah dari Allah Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak #AmbeTakutPadaAllah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Buah Pinggang merupakan antara ‘organ berharga’ dalam tubuh badan. Tindakan menjual buah pinggang orang lain tanpa pengetahuan sangat tidak bertanggungjawab.Apatah lagi dilakukan oleh orang pasangan hidup sendiri.
Seorang wanita di Malkangiri, India terkedu selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya, empat tahun lalu, iaitu pada tahun 2018.
Ranjita Kundu, 31, kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.
Didakwa Ada Ketulan Batu
Rahsia itu terbongkar selepas Ranjita mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.
Mengingati kembali kejadian, Ranjita memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana dikatakan ada ketulan batu.
“Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius,” katanya.
12 Tahun Berkahwin
Ranjita memaklumkan suaminya seorang warga Bangladesh dan mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dengan memiliki dua anak.
“Lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.
“Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami,” katanya.
Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.
“Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan,” katanya.
Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan.
Mingguan Wanita: Tergamaknya suami buat macam ni pada isteri. Suka hati je jual buah pinggang isteri sedangkan isteri tak tahu menahu pun. Malah berbahagia kahwin lain dan abaikan isteri pula.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...