
Isi Kandungan
TogglePelakon yang aktif menghiasi kaca TV menerusi karya-karya drama lakonannya, Idris Mat Diah telah meninggal dunia. Arwah yang popular dengan watak ‘Pak Andak’ menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 pagi pada usia 61 tahun di kediamannya di Persint 9, Putrajaya.

Seperti mana yang diberitahu kepada Mingguan Wanita menerusi Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, anak Allahyarham, Alia menerangkan ayahnya disedari tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan setengah jam kemudian.
Tiada Selera Makan
“Sejak dua tiga hari lalu, arwah tiada selera makan, sebelum tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi,” katanya.
Dalam pada itu, Alia juga turut memaklumkan agar kenalan bapanya untuk menghubungi pihak waris, sekiranya arwah ada berhutang.
“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” ujarnya.
Dikenali Menerusi Drama TV
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Allahyarham cukup dikenali menerusi drama TV dan sering memegang watak sebagai bapa yang penyayang.
Antara drama lakonannya ialah 7 Hari Mencintaiku, Menantu Bilal, Cucu Tauke Beras, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan lain-lain.
Sumber Foto: Seniman
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Komen “Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus” Sera Tak Pernah Ambil Hati

Isi Kandungan
ToggleKomen “Ada suami tak nak jaga badan, tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus” Sera tak pernah ambil hati.
Begitulah yang diluahkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera apabila ada yang memberi komen terhadap dirinya yang kini semakin kurus.
Malah Sera juga akui dirinya bukanlah mahu membuktikan apa-apa dengan penampilan terbarunya namun dek kerana kini dia punya masa untuk diri sendiri.
Paling penting dirinya tidak pernah fikir perkara negatif.
Komen “Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus”
Pemilik nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshafera seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menyatakan kini berat badannya 49kg.
“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg.
“Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.
“Saya nak jaga berat badan sebab sebelum bersalin berat saya 50kg, jadi masa itu badan rasa ringan. Bila turunkan berat badan ini saya rasa lagi bertenaga.
“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.
Sebelum Ini Shuk Sahar Suka Makan Malam
“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan susah.
“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.
“Saya buat ini juga untuk memberi semula keyakinan kepada diri tapi ia bukanlah untuk membalas dendam.
“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.
Tidak Ambil Hati
Sera juga tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.
“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.
“Bagi saya ia lebih kepada ketenangan. Bila kita tenang kita boleh kawal aktiviti seharian dan boleh atur hidup kita apa yang nak buat. Itu yang lebih penting.
“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” sambungnya yang kini menjadi wajah Inayah Beauty.
“Semoga Dikurniakan Kekuatan, Dipermudahkan Urusan” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Sera kuat.
Mingguan Wanita: Semoga Sera tabah ya harungi kehidupan bersama anak-anak.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Rossa Sera
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Hentilah “Kawal” Anak. Nak Kereta & Rumah Besar, Hakikatnya Anak Artkitek Tak Mampu Simpan RM100 Sebulan

Isi Kandungan
ToggleMak hentilah kawal anak. Nak kereta & rumah besar, hakikatnya anak arkitek tak mampu simpan RM100 sebulan. Dari dulu, mak sering bertindak sebagai “penasihat” anak dalam pelbagai perkara.
Ada banyak benda baik dan buruk dikongsikan. Itu menjadi pengajaran kehidupan dalam hidup anak-anak. Tapi ada juga sesetengah mak yang masih “mengawal” perbelanjaan anak khususnya dalam membeli kereta pertama atau rumah pertama jika anak masih bujang.
Mak Hentilah “Kawal” Anak. Nak Kereta & Rumah Besar
Alasannya, nak beli mesti yang terbaik, mesti yang mahal walau sebenarnya anak yang bunyi jawatannya nampak gah tapi sebenarnya tak mampu pun nak simpan RM100 sebulan.
Baca perkongsian dari perunding kewangan, Afyan Mat Rawi mengenai mak yang mengawal perbelanjaan kewangan anak.
Saya pernah berjumpa dengan seorang arkitek muda yang bergaji besar tapi sesak setiap kali hujung bulan. Nak simpan 100 sebulan pun susah.
Antara puncanya ialah ibu bapa masih “mengawal” walaupun dah habis belajar dan mula bekerja.
Kereta yang dia beli, rumah yang dia duduk – mesti dapat rekomendasi oleh ibu bapa, terutama si ibu.
Dia yang baru grad beberapa tahun pernah mengadu dekat saya, apa yang perlu dibuat.
Hakikatnya Anak Artkitek Tak Mampu Simpan RM100 Sebulan
Nasihat saya mudah sahaja, berterus-terang. Mungkin ibu bapa melihat anaknya yang baru fresh graduate dan dapat gaji 3k adalah besar.
Walhal jika hidup di bandar besar, ia tinggi sedikit daripada tahap miskin bandar. Tapi orang tua sangka kita kaya raya.
Sejauh mana ia dilakukan saya tak follow up pula lepas itu.
Tak dapat dinafikan ada segelintir ibu bapa yang sebegitu.
“Nanti apa kata saudara mara / pakcik makcik /Pak Long Mak Ngah, Pak Lang kalau tengok anak mak / ayah pakai kereta kecil je”.
Kalau respon macam ni, jadi anak derhaka tak?
“Nanti saudara mara / pakcik makcik / Pak Long Mak Ngah, Pak Lang akan tolong bayar ke ansuran kereta lepas saya beli?”.
BACA ARTIKEL DI SINI :- Suami Jangan Biar Mak/Mak Mentua Jaga Isteri Dalam Pantang, Sebenarnya Itu Tugas Anda
Ibunya Beri Anak Makanan ‘MAGIC’ Ini, Kawal Virus HFMD Dari Berjangkit Teruk
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syarat Nikah Isteri Hafal 5 Surah ‘Al Fatihah, 3 Qul & Al-Asr’, Lepas 3 Bulan Lelaki Ini Kuasai Siap Terjemahan Versi Isyarat

Isi Kandungan
ToggleMajlis pernikahan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan bisu ini mendapat perhatian apabila Muhammad Hawari Hashim, 28, dapat memenuhi syarat nikah isterinya. Syarat nikah itu adalah menghafal lima surah iaitu Al Fatihah, tiga Qul dan Al-Asr dalam bahasa isyarat beserta terjemahan.
Sejak Sabtu lalu, video mereka telah tular di media sosial malah mendapat liputan umum yang meluas. Di sebalik usahanya itu, rupanya suami ini telah mengambil masa 3 bulan belajar al Quran sehingga mampu memenuhi permintaan isterinya, Safiyyah Tang Xie Li (OP Muallaf).
Bukan sekadar membaca, Muhammad Hawari juga dapat menjelaskan maksudnya dengan baik sebelum mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Sesi itu dipersembahkan sebelum majlis akad nikah versi isyarat. Yang mana hafazan itu dinilai oleh Ustaz Mohd Zaid dari FAQEH Training Consultancy dan dibantu oleh Cikgu Meeze, Pensyarah UKM sebagai jurubahasa isyarat.
Dalam majlis berkenaan, pengantin lelaki ini dinikahkan oleh ayah angkat Safiyyah, Hj. Norakyairee Mohd Raus dan disaksikan bapa kandung isterinya, Tang Beng Tee sekeluarga.
Acara berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai.
Isteri Peluk Islam Dan Hafal Surah Terlebih Dulu
Muhammad Hawari merupakan anak ketiga daripada 5 beradik. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang cukup istimewa. Akuinya, 4 orang daripada 5 beradiknya mempunyai kelainan upaya pendengaran.
“Saya bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang dari tahun 1997 hingga 2008. Isteri saya pula berasal dari Selangor dan pernah bersekolah yang sama dengan saya.
“Perkenalan selama hampir 10 tahun sejak dari bangku sekolah telah membawa kami ke jinjang pelamin pada 17 Mac lalu.”
Safiyyah memeluk Islam kira-kira dua tahun lalu. Beliau telah diberi pendedahan mengenai selok belok agama Islam dan pengajian Al-Quran serta ibadah melalui usaha Yayasan FAQEH dan Kelab Sukarelawan Sahabat FAQEH USIM.
Terutamanya melalui keluarga angkat beliau sendiri (Hj Norakyairee Mohd Raus dan Zaharatul Sophia Mohamed Amir Abas).
“Jadi secara tak langsung, isteri saya yang telah mahir menghafal beberapa surah pilihan. Lalu dia menetapkan syarat nikah. Yang mana saya perlu menghafal 5 surah iaitu Al Fatihah, 3 Qul dan Al-Asr.”
“Sejak itu, saya mula belajar. Alhamdulillah mampu menguasai hafazan surah tersebut dan terjemahannya dalam masa 3 bulan melalui kaedah dan teknik khusus yang dibangunkan oleh Yayasan FAQEH.
Al Quran Tak Pernah Menolak Hak OKU
Akuinya beliau, semasa bertunang Safiyyah meletakkan syarat untuknya menghafaz 5 surah pilihan.
“Keluarga angkat Safiyyah juga mengajarnya mendalami Islam dan Al Quran berasaskan kekuatan dan kelainan upaya belajar dalam komuniti OKU Pekak.”
Keluarga angkat Safiyyah ini juga mengusahakan dan terlibat dalam kerja-kerja NGO Islam iaitu Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) yang bertempat di Nilai Impian, Negeri Sembilan.
“Saya dikenalkan dengan Ustazah Fathiyah Zakaria, Alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM yang juga mantan guru di Yayasan FAQEH.”
Beliau turut mengusahakan kelas pembelajaran Quran dan Ibadah bagi OKU Pekak di Akademi QurANIS al-Husni bertempat di Pusat Dakwah & Tarbiah Wadi an-Nasr (Penempatan sementara) beralamat, NO. 20, Kampung Sungai Seluang Bawah, 09600 Lunas, Kulim, Kedah.
“Di sini, saya dilatih untuk mengenal Quran, menghafaz menggunakan Kaedah Tahfiz Akhyar dan Penulis Wahyu, membaca Quran menggunakan Huruf Arab versi Isyarat dan menjelaskan maksud ayat menggunakan terjemahan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
“Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran, saya berjaya membuktikan bahawa Quran tidak pernah menolak hak OKU untuk mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.
“Cuma kadang-kadang masyarakat kita khilaf dan kurang meneroka keindahan Quran yang Allah janji pahalanya yang berganda dan memberi kelonggaran serta kemudahan untuk mempelajarinya. Sebagaimana jelas tuntutannya hingga diulang sebanyak 4 kali dalam Surah al-Qamar:54: 17, 22, 32 & 40.”
Kelas Agama Bagi OKU
Yayasan FAQEH turut membangunkan kurikulum khas iaitu QurANIS bertujuan memberi ruang dan peluang OKU Pekak dan Pembelajaran dididik menerima tuntutan Islam.
Ia turut memodelkan kelas agama bagi OKU dan menawarkan khidmat latihan dan konsultasi ke arah melahirkan sukarelawan Dakwah OKU dan guru berkemahiran yang mendidik dengan hati.
Yayasan FAQEH turut berkolaborasi dengan Pusat Penyelidikan al-Quran (CQR), Universiti Malaya dan Kluster Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia.
Kini, kurikulum QurANIS telah diaplikasi lebih 20 pusat pendidikan OKU di serata tanah air termasuk di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu Sabah sebagai rakan afiliasi.
“Justeru, mewakili komuniti senasib dengan saya, saya menyeru pihak berwajib khususnya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), untuk memainkan peranan aktif dalam membantu pusat-pusat pendidikan agama bagi OKU.
“Sama ada yang diusahakan secara sukarela dan menawarkan kelas atau sekolah agama bagi OKU sebagaimana wujudnya penawaran kelas KAFA dan Sekolah Agama Rakyat bagi golongan tipikal.
Sumber/Foto : Hawari Warie , Yayasan Pendidikan Al Quran Bagi Anak Istimewa (FAQEH)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI