Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Cik Petir’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya dalam hantaran berserta gambar.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.
Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Namun, pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.
Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.
Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik anak saudaranya Shahrulezad Mohammeddin.
Shahrulezad juga ada berkongsi khabar duka tersebut di Instagram beliau serta turut memohon agar disedekahkan Alfatihah serta mendoakan kesejahteran roh makcik saudaranya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Sumber:Hmetro, Instgram Shahrulezad
MW: Alfatihah buat allahyarhamah, semoga rohnya merahmati rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita