Selepas pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, turut sama mengikuti team produksi drama Demi ke Inverness, Scotland adalah pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan.
Dia yang disapa sebagai Rayqa ke Scotland ditemani ibunya, Norinsyira Muhamad yang juga merupakan pengurusnya.
MW menghubungi ibu Puteri Rayyana, Norinsyira atau Syira bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkhabaran ini.
Ads
“Semalam kami melakukan ujian saringan Covid-19, dan pagi tadi kami dimaklumkan keputusan kami berdua positif.
“Sekembalinya dari Scotland, saya dan Rayqa menjalani tempoh kuarantin di rumah berdua sahaja. Dalam tempoh itu saya minta suami ke rumah ibu saya.
Ads
“Setakat ini kami berdua tidak mengalami simptom batuk, demam dan juga selsema. Cuma semasa di sana, Rayqa demam dua hari dan kembali pulih selepas itu,” jelasnya. Ketika dihubungi MW Syira sedang mengemas pakaian untuk bersiap-siap ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rayqa ketika melakukan ujian saringan Covid-19 semalam
Tolong doakan kami
Ads
Syira juga memohon orang ramai mendoakan dia dan anak tunggalnya itu diberi kesembuhan. Tambahnya lagi, mungkin ada sebab mengapa Allah memberinya ujian sebegini.
“Mungkin Allah ada sebab memberi ujian sebegini buat kami. Saya mohon orang ramai doakan kami berdua kembali pulih seperti sedia kala. Suami juga meminta kami jangan panik dan bertenang. Patuhi arahan seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM. Sebagai ibu saya mahu ditempatkan bersama anak kami, maklumlah dia satu-satunya anak kami,”luahnya.
MW doakan Syira dan puteri tunggalnya itu segera sembuh dan kembali sihat seperti selalu hendaknya. Kami yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti segala kaedah dan rawatan terbaik bagi memulihkan semua pesakit Covid-19 negara ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membataskan penghibur tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengambil inisiatif membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan wabak covid-19.
Justeru, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Dato’ Siti Nurhaliza juga akan menjayakan YouTube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran YouTube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Ketika dihubungi MW, usahawan dan penyanyi terkenal ini menjelaskan beliau terpanggil untuk menubuhkan Dana P.K.P Siti Nurhaliza ini kerana beliau tahu keprihatinan rakyat Malaysia.
“Dan saya mahu bersama-sama mereka menyumbang kembali kepada kita. Justeru saya menggunakan tagline Kita Bersama-sama Membantu Kita. Saya tidak mahu berseorangan kerana pada masa inilah kita semua harus berganding untuk memenangkan negara kita dari masalah Covid19. Apabila ada dana ini, orang ramai dapat sama-sama menyumbang dan ada platform rasmi untuk bantuan yang mahu disalurkan.”
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak covid-19 ini turut memberi kesan terhadap dirinya dalam kerjaya sebagai artis dan usahawan.
“Semua orang sedia maklum, aktiviti artis atau peniaga pastinya terbatas tetapi ini tidak menghalang untuk kita produktif. Saya berjaya merakamkan single Ramadan di rumah, memang satu perkara yang tak pernah saya lakukan, kerana biasanya di studio.
“Saya juga menjayakan Youtube Live untuk kempen Dana P.K.P dan orang ramai boleh menyumbang secara langsung menggunakan QR Code. Sebagai peniaga, saya dan pasukan kerja melakukan jualan atas talian dan saya juga banyak membuat tutorial solekan dan sebagainya.”
Jelas Siti lagi, beliau berharap dana yang dikumpul ini dapat membantu insan yang memerlukan.
“Ada 3 objektif saya dengan penubuhan dana ini dan setiap kategori iaitu Peduli. Kemanusiaan. Prihatin dan ada golongan sasar yang akan disalurkan bantuan. Saya berharap sedikit sebanyak usaha saya dan orang ramai yang menyumbang ini, akan dapat meringankan beban semua yang memerlukan.”
Sebagai langkah permulaan, beliau mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan
*Untuk kempen bencana alam dan kecemasan (seperti Covid-19), Kitafund tidak mengenakan caj 5% fi untuk platform. Fi yang perlu dibayar adalah fi payment gateway yang akan ditolak dari jumlah keseluruhan terkumpul kempen. Apabila seorang penderma menyumbang di kempen, payment gateway fees yang dikenakan adalah:
Razer (Molpay): RM1/transaction
Paypal: 3.9% + RM2/transaction
E-wallet (Grabpay, boost, TnG): 1.4%
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.
Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’. Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih popular dengan gelaran Shiera, 46 yang kini sudah mengenakan hijab sepenuhnya.
Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari dan juga ibu kepada lima orang anak ini menyatakan dia mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro Shiera juga berkongsi tentang niat mengenakan hijab timbul apabila dia sedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan dari Allah SWT.
“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai,” ulas Shiera yang mengakui dirinya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.
Shiera juga turut menyatakan sebelum ini kadangkala dia ada juga mengenakan hijab.
“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna,” katanya.
Shiera juga rasa sangat gembira dan bertuah kerana keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga,” sambung Shiera.
Pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang ramah ini mengakui ramai rakan-rakan yang memberi galakan dan memberikan hadiah tudung kepada dirinya.
Demi keselamatan bersama, kerajaan menolak keputusan sebelum ini yang mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Setelah menilai buruk dan baik segala segi, hanya penghantara e-hailing sahaja yang dibenarkan. Rata-rata menyambut baik keputusan ini bagi memutuskan rantaian Covid-19. Walaupun ramadan kali ini kurang meriah tanpa bazar ramadan, tetapi jika ini yang terbaik sudah tentu semua pihak akur dengan keputusan pihak berkuasa.
Kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, perkhidmatan e-hailing seperti sekarang boleh terus beroperasi ketika Ramadan.
Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.
Sumber: Harian Metro
MW: Inilah masanya mak-mak mengasah bakat memasak tanpa perlu ke bazar. Mungkin inilah juga masanya untuk kita berjimat-cermat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang pada bulan ramadan kali ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!