Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal menjelang tidak lama lagi. Jadi, persiapan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut sudah semestinya perlu berada pada tahap maksima dan menuju landasan terbaik bersedia menduduki peperiksaan tersebut.
Bagi duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique, kedua-duanya menekankan soal kepentingan pelajaran.
Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah.
“Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.
“Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.
Menurutnya, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.
Ads
“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma, agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.
“Jadi, saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.
“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.
PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.
Ads
Bagi MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.
“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk pelajar juga terlalu banyak.
“Pelajaran amat penting, kalau boleh putar masa, saya akan..”MK
“Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting. Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.
Ads
“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.
“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.
PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.
Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.
Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ptti.com.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Misteri kehilangan seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, pengesahan itu dibuat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.
Hasil risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.
“Pasangan yang ditahan di Chemor, Perak telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,
“Siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya.
Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.
“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,” katanya lagi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.
Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.
Suami mangsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35 juga sebelum ini berikhtiar pelbagai cara mencari isterinya yang juga ibu kepada tiga cahayamata termasuk hebahan di media sosial namun menemui jalan buntu.
Anggota Tubuh Dipotong & Disumbat Dalam Tong Sampah
Ketika itu, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.
Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.
Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.
Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.
Hampir lapan bulan keluarga menantikan kepulangan cikgu Istiqomah, khabar duka pemergiannya turut dikongsi oleh sahabatnya di beberapa akaun laman sosial. Menerusi beberapa perkongsian oleh sahabat Allahyarhamah, mereka menzahirkan rasa hiba dan menyampaikan takziah kepada keluarganya.
Menerusi perkongsian seorang guru, beliau mengharapkan nasib menimpa Allahyarhamah menerima pembelaan sewajarnya.
“Tiada kata mampu diungkap, kau pergi dalam keadaan syahid… Insya-Allah syurga buatmu. Menurut perkongsian kenalan lain, Allahyarhamah Istiqomah cukup dikenali sebagai insan yang sangat disenangi dengan peribadi baiknya.
Bahang Ramadan dan Aidilfitri semakin terasa apabila pelbagai pilihan busana Raya sudah mula berada di pasaran. Duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini melancarkan program RR Royalty sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula pada 1 Mac akan datang.
Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, program itu adalah hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama RR by Rizman Ruzaini.
“Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif RR by Rizman Ruzaini.
“Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya.
“Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties,” katanya.
RR Royalty Program
Menurutnya, selain diskaun 25 peratus untuk koleksi Raya RR 2024, dengan setiap pendaftaran RR Royalty secara automatik membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian item RR by Rizman Ruzaini.
“Setiap perbelanjaan yang dibuat akan diganjarkan dengan pengumpulan mata. Setiap RM1 bersamaan 10 mata yang terkumpul. Mata ini boleh ditebus sepanjang tahun dengan had minimum 20,000 mata pada setiap penebusan.
“Tidak hanya itu, banyak lagi keistimewaan yang akan dinikmati apabila bergelar RR Royalty, seperti undangan eksklusif untuk menghadiri pertunjukan fesyen,” katanya.
Menurut Rizman lagi, RR Royalty juga akan menerima hadiah ulang tahun kelahiran berupa 1000 mata pada tarikh lahir.
Berkongsi lanjut, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.
Seramai 26 muses diperkenalkan, mereka terdiri daripada nama-nama malar segar dan baru antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.
Untuk menikmati diskaun 25 peratus itu, anda hanya perlu menyertai RR Royalty Program dengan mendaftar di laman web jenama milik pereka fesyen duo ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
Guna Tukul Besi
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...