Berita

Pelajar Vokasional Meninggal Dibelasah, Tular Screenshot Pembuli “Siap Pakaikan Baju Sekolah Pada Arwah..”

Share

Pelajar vokasional meninggal dibelasah, tular screenshoot pembuli  “siap pakaikan baju sekolah pada arwah…

Pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional, di sini, awal pagi tadi.

Pelajar Vokasional Meninggal Dibelasah

Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.

Dalam pada itu, tular di media sosial satu screenshoot bahawa selepas kejadian pukul itu berlaku, pembuli didakwa telah memakaikan arwah pakaian sekolah lengkap berstoking yang menampakkan seolah arwah sedang bersiap ke sekolah dan agar perbuatan buli itu tidak kantoi dilakukan mereka.

Tular Screenshot Pembuli “Siap Pakaikan Baju Sekolah Pada Arwah..”

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

“Bertindak di atas laporan yang dibuat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej berkenaan dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan penemuan mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa,” katanya.

 

Beliau berkata, sehingga kini, polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

“Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Dr Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Lebih 30 Peratus Doktor Dibuli Di Hospital. Ia Jejas Kualiti Kerjaya & Mental!

Ini Yang Buat Ayah Mangsa Buli, Zulfarhan Sujud Syukur Di Mahkamah

“Hentikan Body Shaming & Jangan Buli Pelajar”, Ibu Kongsi Anak Menangis Diejek Guru Kerana Bentuk Fizikal

Tempat Parkir OKU Dihalang Bas Rapid, Bekas Pensyarah Kanan Kesal Dibuli Pemandu Tak Bertanggungjawab

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros