Walaupun sesuatu peraturan itu adalah satu kewajipan, namun ketika situasi tertentu perlu juga ambil perhatian atas sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa.
Seorang wanita mati kesejukan selepas dihalau keluar dari bas di satu kawasan terpencil dengan suhu negatif 20 darjah Celsius hanya kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang 25 Hverna (RM3.70).
Lawat Ibu Sakit
Mail Online melaporkan, Iryna Dvoretska, 21, pelajar perubatan, menaiki bas untuk melawat ibunya yang sakit di sebuah hospital di Olevsk, utara Ukraine.
Bagaimanapun, pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Oleg Zhelinskiy mengarahkan wanita itu turun pada jam 4 pagi selepas dia tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.
Ads
Selepas turun dari bas, Iryna berjalan seorang diri di kawasan perkampungan yang sunyi dan sejuk sebelum mengambil jalan pintas dengan melalui kawasan hutan.
Mayat Beku
Wanita itu dipercayai tersesat ketika di dalam hutan dan terjatuh di dalam longkang di mana mayatnya ditemui sudah beku.Bapa Iryna yang juga seorang renjer hutan menemui mayat anaknya itu dalam keadaan beku selepas mangsa hilang selama dua hari.
Kakak Iryna yang dikenali sebagai Natalia berkata, ibunya dirawat di hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru dan keadaannya semakin teruk.
Ads
“Iryna mengambil bas paling awal ke Olevsk. Dalam keadaan tergesa-gesa Iryna tertinggal beg duitnya,” katanya.
Ibu saudara mangsa, Nadiya Typchuk memberitahu, ketika ditemui, mata Iryna dalam keadaan terbeliak seperti dia takutkan sesuatu.
Ads
Akibat Hipotermia
Sementara itu jurucakap polis, Alla Vashchenko berkata, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat hipotermia dan organ dalamannya juga di dapati beku.
“Kami membuka kertas siasatan jenayah terhadap pemandu bas itu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun sekiranya didapati bersalah,” katanya.
MW: Kasihannya nasib wanita ini. Hajat bertemu ibu sakit tidak kesampaian, malah diri pula mati terkorban. Pesanan juga buat kita, dalam apa juga perkara pertimbangkan sifat kemanusiaan, empati dan bertimbang rasa pada orang lain.
Ina Naim sahkan nikah 8 November ini, “Tak heboh tentang majlis, hormat perasaan mak, ayah.” Kisah perkahwinan kali kedua Ina hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Ina Naim Sahkan Nikah 8 November Ini
Terbaru, memetik Harian Metro, Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.
“Tak Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah”
“Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.
“Majlis kami hanya dibuat kecil-kecilan. Jadi, makanan sangat terhad. Bukan kedekut tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya.
“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.
“Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.
Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
“Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.
Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.
“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.
“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.
Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak beberapa minggu ini, banyak sungguh laporan kehilangan wang di bank dilaporkan di media sosial. Wanita ini, Marlia Ramli juga pernah menerima transaksi 1 USD yang meragukan.
Biarpun nilainya kecil iaitu kira-kira RM4.55 saja. Namun, dari nilai yang kecil inilah pemilik akaun perlu lebih ‘alert’ dan ambil peduli. Segera ambil tindakan, hubungi pihak bank dan minta tukar kad bank segera.
Wanita ini berkongsi tip apa yang perlu dilakukan jika berdepan hal meragukan melibatkan wang di bank anda. Pesannya sentiasalah semak transaksi kewangan di bank setiap 2 ke 3 hari.
SENTIASA PANTAU
1) Masa orang heboh-heboh duit hilang di akaun bank, akak pun lalui jugak. Cuma cara akak, settle dulu baru bunyi.
2) Bukan hilang di akaun simpanan. Tapi ada kecurigaan transaksi kad kredit sebanyak 1 USD. Amaun kecik tetapi aneh.
3) Bila masa Kak Lopa buat belian 1 USD melalui kad kredit? Akak tertanya-tanya. Mai mana transaksi seciput 1 USD?
4) Jadinya akak bertenang. Call centre bank “tut”. Bank ni pun satu hal, lembab. Tiga kali call baru berjawab.
5) Kali ketiga of course akak dah mood tak baik. Akak komplen la nape susah sangat nak jawab call?
6) Tergagap-gagap officer minta maaf. Akak pun maafkan gitu je. Yelah, Nabi ampunkan umat apalagi kita kan?
7) Officer yang jawab terus bantu buat termination kad kredit. Jammed kejap! Akak ni orang business, bila tak de kad kredit ibarat tak de talian hayat. Jammed.
8 ) Akak terus cakap kalau replacement kad tak sampai dalam tempoh 10 hari akak terminate terus. Akak akan guna kad kredit bank lain.
9) Gelabah beliau. Dalam 5 hari kad kredit replacement dah sampai. Berserta notification di SMS dan email yang akak sekadar baca tapi tak reply sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan Pernah Anggap.. ‘Alah 1 USD Je Pun..’
10) Moralnya? 1 USD hanya RM4.55 je pun. Bagi orang bussiness anda mungkin tak perasan. Atau anda fikir “alah! 1 USD je pun!” Adapehal nak bising-bising kan? #apeni?
11) Tapi kalau fraud transaction dibiar, staff bank cakap ianya cuma trial. Scammer akan buat deduction lagi besar lepas tu. Dengan credit limit akak yang tinggi memang naya kalau kena.
12) Sebagai wanita yang cerewet soal duit ringgit akak memang sentiasa semak transaksi bank setiap 2-3 hari sekali. Setiap inci. Biar berhati-hati daripada makan hati.
13) Jangankan duit kat bank. Transaksi kad kredit pun berisiko tidak selamat. Jadinya SENTIASA PANTAU aliran keluar masuk wang anda.
Mingguan Wanita : Jangan pernah meremehkan apa-apa perubahan kecil sekalipun yang berlaku di bank. Sentiasalah ambil tahu dan ingat agar tidak terjebak untuk menekan mana-mana pautan link yang mencurigakan.
Isteri pertama abang Tesla muat naik video lagu sedih, menulis coretan “akan sentiasa terlihat kuat”. Sejak semalam, ramai lelaki terkena “tempias” bebelan para isteri yang seakan tidak boleh menerima tindakan abang Tesla berkahwin dua dan memadukan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.
Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua semalam. Lebih mengejutkan, dirinya memuat naik video bersolat Subuh dengan isteri pertama tiga jam sebelum akad nikahnya berlangsung.
Isteri Pertama Abang Tesla Muat Naik Video Lagu Sedih
“Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.
Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak! Saya tidak akan membelakangi isteri saya.
Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.
Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada suami dan menjaga maruah suami.
Selesai akad nikah kedua saya terus cari isteri pertama untuk pastikan dia tidak emosi.
Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina dimata manusia,” tulisnya.
Di sebalik kebahagiaan baru yang dikecapinya, di akaun Tik Tok isterinya, @kakmaj58, dirinya memuat naik gambar-gambar kenangan bersama suami. Dan bagai menyuarakan isi hatinya, semua video kenangan itu diiringi lagu-lagu sedih yang mungkin menggambarkan perasaan dialaminya.
Menulis Coretan “Akan Sentiasa Terlihat Kuat”
Menulis, tagline, “Hanya ingin berkongsi rasa semangat kepada Kak Maj. Semoga Kak Maj kuat, Nurmajdina membuat naik banyak video termasuk gambar pernikahan mereka, gambar honeymoon, dihadiahkan kereta dan banyak lagi namun kebanyakan lagu berbaur sedih.
Malah dirinya turut memperkenalkan wajah madunya, Syafiqah Hanafi.
Dalam satu video lain dimuat naiknya, Nurmajdina memuat naik video perkahwinan dirinya dan suami yang berlangsung pada 2019 namun katanya, pada 2023 sekali lagi diijabkabulkan cuma bukan kita tapi mereka. Dan tulisnya lagi, “alhamdulillah, bertahan hingga kini. Pasti kamu lebih kuat dengan dua wanita memimpinmu.
Biarpun sudah lima tahun berkahwin, namun pasangan ini belum dikurniakan anak.