Pelajar pergi sekolah naik helikopter, kejadian dirakam penduduk perumahan di Shah Alam. Dah tak perlu bangun pagi-pagi sangat tunggu pakcik van datang depan rumah atau tak perlu tumpeng mak ayah hantar anak ke sekolah. Tapi kali ini lebih advance di mana seorang pelajar sekolah rendah menaiki helikopter ke sekolah.
Ia menjadi tumpuan netizen hingga ada bertanya,bapa kepada pelajar ini bekerja apa hingga anaknya mengecap kemewahan luar biasa berbanding rakan sebayanya.
Pelajar Pergi Sekolah Naik Helikopter
Beberapa penduduk di Shah Alam terkejut selepas sebuah helikopter dilihat melakukan penerbangan dendah dan mendarat di kawasan lapang di sebuah kawasan perumahan.
Menerusi video yang dikongsi seorang penduduk kepada FMT, sebuah helikopter dilihat berlepas dari sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Shah Alam itu.
Sekeping gambar turut menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat. Penduduk itu, yang minta tidak dinamakan, mendakwa kanak-kanak itu kemudian memasuki pintu belakang sebuah sekolah.
Dia mendakwa ini kali kedua sebuah helikopter mendarat di situ, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama.
Ads
Penduduk itu, yang minta tidak dinamakan, mendakwa kanak-kanak itu kemudian memasuki pintu belakang sebuah sekolah.
Dia mendakwa ini kali kedua sebuah helikopter mendarat di situ, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama.
“Pada 5 Mei, saya timbulkan hal ini dengan pihak sekolah menerusi Facebook, bukan sahaja untuk mengadu tentang isu helikopter ini tetapi juga menyuarakan kebimbangan tentang ibu bapa meletak kenderaan di tepian jalan di kawasan perumahan kami,” katanya.
Dalam pada itu, kes ini menjadi perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat selepas ianya tular di media sosial.
Polis akan membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas sebuah helikopter dilihat mendarat di sebuah kawasan lapang di Shah Alam, dikatakan untuk menghantar seorang kanak-kanak ke sekolah.
Ads
Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada CAAM untuk siasat sama ada pengendali pesawat itu memiliki permit sah apabila ia mendarat di kawasan perumahan itu pada 17 April lalu.
“Kita belum terima sebarang laporan tentang kejadian itu,” katanya.
Shuib ingin bawa Watie & keluarga bertemu arwah isterinya, Siti Sarah satu hari nanti. Allahu, min doakan semoga majlis walimatulurus Shuib dan juga Watie akan berjalan dengan lancar pada 23/6/2023 nanti ya.
https://fb.watch/l8UFlrqBKN/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada pelbagai resipi sambal belacan yang mak-mak boleh cuba.Jumlah bilangan cili padi, cili merah, belacan dan asam jawa yang digunakan memang memainkan peranan untuk menghasilkan sambal belacan yang sedap serta warnya menarik.
Boleh cuba resipi mudah sambal belacan sedap yang dikongsikan oleh Bulan Indah ini sebagai rujukan;
Dekat umah menu wajib ada siang atau pon malam. Warna sambal belacan ikot pada kuantiti cili,lebih cili kecik hijau lain warnanya,lebih cili merah besar jugak lain warnanya.
Dan warna sambal belacan tumbuk ni jugak ikot jenis belacan. Kalau kat Kedah ni banyak jenis belacan serta warnanya. Pilihan saya belacan keluaran Tanjong Dawailaa. Saya tak suka belacan bakar,saya lebih suka dia ori.
Sini saya sertakan video cara tumbuk nak kasar boleh nak halus pon boleh..ikut semampu mana larat menumbuknya.
Bahan-Bahan:
Cili Padi (ikut kepedasan)
2 biji Cili padi Merah (Besar)
6,7 Biji Cili padi Hijau
1/2 sudu teh garam
Belacan
Asam Jawa
Sedikit Air
Cabai ikot kuantiti nak banyak mana. Nak pedas boleh lebihkan cili hijau kecik, cili padi lagi aummmmm, nak kurangkan pedas lebihkan cili merah besar tu. Garam secukup rasa..setengah sudu teh cukup, cili hijau 6,7 biji dan cili besar 2 biji saiz sedang ja. Ini penting kalau nak sambil nampak menarik atau kaw!.
Belacan dan asam jawa jangan kedekut. Belacan saya lebihkan dari ibu jari saya.. belacan lebih nanti jadi macam sambal saya tu.
Cara Membuat:
Satukan semua dan tumbuk. Nak mesin pon boleh,tapi kejap jaa tak best kalau halus sangat. Air pon agak-agak ja masa nak mesin tu,cair sangat pun tak best.Jangan risau tak sakit perut pun.
Ada orang kata, biar tiada elektrik jangan tiada air. Sebab air ini satu keperluan penting untuk semua orang. Jadi, bila berhari malah kerap kali diuji masalah air, alangkah gundahnya hati.
Lagi-lagi isirumah yang ada orang tua sakit, anak-anak kecil, ahli keluarga ramai. Resahnya menunggu air tiba itu, Allah saja yang tahu susahnya macam mana.
Terkenangkan kesusahan orang ramai yang berdepan masalah air di Selangor, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew cuba membantu sedaya usahanya demi meringankan beban mereka.
Usahanya membeli dua lori air untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves ini sesuatu yang wajar dicontohi oleh orang lain.
Beli Air Dua Lori Bantu Kawasan Masalah Bekalan Air
“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan.”
Bagi memenuhi keperluan orang ramai yang terkesan ini, Ustaz Ebit mula keluar rumah sejak malam tadi. Malah, sampai ke pagi ini beliau masih berada di lapangan.
Kongsinya, “Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.”
Dan ini yang menggerakkan hati Ustaz Ebit mahu memberi bantuan.
“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.”
Sebelum ini, Ustaz Ebit juga turut turun padang menyediakan pengangkutan bas untuk membantu mahasiswa yang terjejas untuk pulang ke kampung akibat pandemik Covid-19. Malah, turut membuka pasaraya mampu milik yang memudahkan belian barang harian untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Ustaz Ebit Bantu Semua Orang, Tak Bezakan Kaum
Dan kerana, kerendahan hati inilah Ustaz Ebit Lew disayangi ramai. Malah, mereka yang pernah menerima bantuannya tahu Ustaz membantu siapa saja tanpa mengira siapa pun. Jika Allah gerakkan hatinya.. itulah yang akan Ustaz Ebit bantu.
Kata-kata Ustaz ‘Allah sayang kita’ itulah yang selalu disebut-sebut setiap kali ustaz jumpa siapa pun. Dalam tak sedar, kata-kata itu melekat sikit demi sedikit di hati kita. Untuk lebih berbuat baik kepada siapa pun. Kerana, Allah sayang kita.
Kelahiran anak-anak merupakan satu anugerah bagi mak ayah tak kiralah baik dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, kerana yang Maha Esa dah aturkan yang terbaik buat kita.Apa yang penting anak yang dilahirkan sihat, normal dan dapat membesar seperti anak-anak lain.
Alhamdulillah berita gembira, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, pelawak terkenal Nabil Ahmad,35 dan isteri Zira Ayub,30 selamat menimang cahaya mata ke-3.
Perkara tersebut itu diumumkan oleh pihak MeleTop di laman Instagram. Difahamkan bayi dan ibu kini berada dalam keadaan stabil, hanya menunggu untuk dibawa pulang ke rumah.
Harap Anak Lelaki
Terdahulu, pelawak tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anaknya ketika di dalam kandungan kerana mahukan elemen kejutan. Nabil juga pernah menyuarakan hasrat untuk memperolehi anak lelaki selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun. Malah secara bergurau mahukan sekurang-kurangnya 8 orang cahaya mata.
Namun demikian, walaupun dikurniakan anak perempuan lagi, jelas kelihatan rasa kesyukuran dan kegembiraan di wajah pengacara Meletop ini dengan kurniaan cahaya mata baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.Malah lengkap 3 orang anak dara Nabil dan isteri.
Umum Nama Anak Di Meletop
Difahamkan juga, Nabil akan membuat pengumuman nama anak ketiganya secara eksklusif di set MeleTop untuk episod minggu hadapan.
Dedah Wajah Comel Anak
Sementara itu, tidak seperti kebanyakan pasangan selebriti, tidak berkongsi gambar bayi baru lahir, Nabil dan isteri terbuka mendedahkan wajah comel, puteri ketiga yang baru dilahirkan di laman Instagram. Ramai yang memuji kecomelan anak ketiga nabil ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak mereka.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil sekeluarga, semoga kelahiran bayi comel ini rezeki bertambah berlipat kali ganda, membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah menyenangkan hati kedua mak ayah.Walaupun tak dapat anak lelaki, yang penting baby sihat!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.