Sungguh ajal dan maut ketentuan tuhan. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan sekolah tanpa berkasut itu ditemukan terbaring di tingkat bawah bangunan sekolah tersebut.
Katanya, tiada saksi bebas yang melihat kejadian ketika mangsa terjatuh, namun ia disedari oleh tukang kebun sekolah yang melihat mangsa terbaring di atas jalan.
“Kita terima panggilan kecemasan daripada seorang guru terdapat seorang pelajar terjatuh.
“Kejadian itu dipercayai berlaku di tingkat dua berikutan terdapat kasut mangsa ditinggalkan di kaki lima bangunan berkenaan, ” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, siasatan pihak forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan khianat dalam kejadian itu, malah motif kejadian masih lagi dalam siasatan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Mesti Baca:Penunggang Ducati Jatuh Flyover Punya Keperibadian Mulia, Geng Rider Kongsi Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan
Baca Lagi Di Sini:Keluarga Basman Persoal Cara Kematian Anak Jatuh Bangunan Sekolah, Musykil 4 CCTV Rosak Satu Masa
Artikel Menarik:Menyayat Hati! Kanak-Kanak Lelaki, 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 14 Hotel
Mingguan Wanita: Salam takziah, semoga diberi kekuatan dan kesabaran buat keluarga mangsa dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.