Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Ditemui Meninggal Dalam Kereta Bertutup Kanvas

Share

Pelajar perempuan tingkatan 4 ditemui meninggal dalam kereta bertutup kanvas. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Tidak pernah tercepat sesaat atau terlewat seminit, ianya pasti terjadi dalam kehidupan manusia.

Sebagai hambanya, kita disarankan sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan husnul khatimah agar di hadapan Allah kelak, urusan kehidupan kita dipermudahkan.

Penemuan pasangan remaja perempuan berusia 16 tahun dan teman lelakinya berusia 20 tahun di dalam kereta perodua Kancil ditutup kanvas di i Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok China, di sini pagi tadi nyata menggemparkan masyarakat sekeliling.

Pelajar perempuan tingkatan 4 ditemui meninggal

Memetik laporan Harian Metro, mayat lelaki dan perempuan berusia 20 dan 16 tahun itu ditemukan orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada jam 9.25 pagi.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi dan menemui kereta terbabit dalam keadaan ditutup kanvas di kompleks itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai mangsa lelaki di tempat duduk pemandu dan perempuan di penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa ditemukan lengkap berpakaian.

“Kedua-dua mangsa dipercayai pasangan kekasih dan mangsa perempuan berusia 16 tahun itu dihantar oleh rakannya ke Japerun ini untuk bertemu dengan lelaki terbabit pada jam 4 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kita percaya pasangan itu meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida. Kita juga percaya mereka sengaja menutup kereta milik bapa si lelaki dengan kanvas bagi mengelak kenderaan ditemui,” katanya ditemui media di lokasi di sini hari ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Hiba Remaja Meninggal Disaksi Ibu Yang Sedang Sakit, Rakan Sekolah Ditahan

Muat Naik Status Tentang AKHIRAT Di Whatapps, Remaja Meninggal Dunia Selepas SELAMATKAN Orang

Remaja 15 Tahun Meninggal, Dianggap ‘Wira’ Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran

Razali berkata, pasangan itu berasal dari Kuala Sungai Baru dan Lubuk China dengan lelaki tidak bekerja manakala perempuan adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, polis sedang mengumpul maklumat lanjut daripada kedua ibu bapa si mati bagi mengetahui status hubungan mereka.

“Siasatan dijalankan menyeluruh termasuk kemungkinan spekulasi cinta tidak direstui antara kedua mangsa.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS KOYAK JANGAN DIBUANG, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
almaswa Haji Che Ros