Berita

Pelajar Malaysia Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Kotak Bijirin, Sumbat Dalam Beg Pakaian

Share

Pelajar Malaysia sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian.  Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.

Pelajar Malaysia Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Kotak Bijirin, Sumbat Dalam Beg Pakaian

Menurut maklumat daripada Crown Prosecution Service (CPS) dan dilaporkan oleh BBC, Teo yang sedang belajar di Coventry University didapati menyembunyikan kehamilannya dan bertindak menyimpan bayi tersebut dalam sebuah kotak bijirin selepas melahirkan, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian.

Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini didakwa melahirkan bayi itu pada 4 Mac di bilik sewanya di Raglan Street, Coventry.

Sebaik bayi tersebut dilahirkan, Teo meletakkannya ke dalam kotak bijirin yang kemudian dibungkus dalam plastik sebelum diletakkan dalam beg pakaian.

Bayi tersebut dilahirkan hidup dan mempunyai peluang untuk hidup. Bagaimanapun tindakan Teo meletakkannya di dalam kotak bijirin telah menyebabkan kematiannya.

Sepanjang perbicaraan di Mahkamah Warwick Crown, Teo mendakwa dia mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut.

Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaannya. Lebih mengejutkan, Teo tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini sehingga dua hari kemudian, apabila dia tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.

Teo pada mulanya menafikan telah melahirkan bayi, apabila ditanya oleh kakitangan hospital.

Selepas didesak, dia akhirnya mengaku melahirkan bayi itu dan menyatakan rasa takut jika keluarganya di Malaysia mengetahui perkara tersebut dan bimbang ia akan menjejaskan pelajarannya.

Teo juga enggan mendapatkan bantuan perubatan sebelum bersalin, malah menyorok keadaan ini daripada rakan serumahnya.

James Leslie Francis dari CPS menjelaskan bahawa Teo telah tiba di UK dengan mengetahui dirinya sedang hamil, namun dia memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi itu sendirian.

Beliau turut mendakwa bahawa Teo berpeluang untuk mendapatkan bantuan, tetapi sebaliknya, dia membuat keputusan untuk meletakkan bayi tersebut dalam kotak bijirin yang akhirnya membawa kepada kematian.

Polis West Midlands yang terlibat dalam penyiasatan kes ini turut mengesahkan bahawa Teo tidak memberikan lokasi bayi tersebut sehingga dua hari selepas kejadian.

Mahkamah menolak alasan halusinasi yang diberikan oleh Teo dan sebaliknya menekankan bahawa tindakannya adalah disengajakan.

Sumber: BBC.com

Baca artikel lain juga: Buat Pembedahan Buang Ketumbuhan, Doktor Terkejut  jumpa Bayi Dalam Perut

Wanita Lahirkan Bayi Paling Besar Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Anak Saya Lahir 4.8 Kg

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

Published by
Has