Syukur ke hadrat Allah, seorang pelajar Malaysia di Mesir yang disahkan hidap meningitis, sempat jumpa mak ayah sebelum meninggal dunia di sana.
Pada mulanya gadis ini disyaki dijangkiti Covid-19 namun selepas melalui pemeriksaan, keputusannya negatif. Rupanya gadis yang bernama Siti Aishah disahkan mengidap meningitis.
Pelajar Malaysia Di Mesir Hidap Meningitis
Seorang penuntut Malaysia di Alexandria University, Mesir sempat bertemu ibu dan ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi waktu tempatan semalam di Hospital Iskandariah.
Siti Aishah Mohd Dani, 20, yang merupakan tahun ketiga jurusan perubatan pergigian sebelum itu menerima rawatan selama sembilan hari selepas disahkan menghidap meningitis iaitu jangkitan kuman dalam otak.
Abangnya, Muhammad Afiq, 29, berkata, Siti Aishah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik sebelum itu disyaki dijangkiti Covid-19 namun selepas menjalani kuarantin dan beberapa siri ujian, adiknya disahkan negatif.
Namun, katanya, Siti Aishah kemudiannya mengadu sakit dada dan pening kepala sebelum rakan menghantarnya ke hospital.
Ads
Sempat Jumpa Mak Ayah Sebelum Meninggal
Menurutnya, ayah mereka, Mohd Dani Md Ali, 59, dan ibu, Nabiha Omar, 56, ditemani dua adik lelakinya berlepas ke Kaherah, Mesir pada awal pagi 26 November lalu dan sempat bertemu dengan Siti Aishah pada sebelah petang.
“Doktor memaklumkan pada pagi Khamis, Siti Aishah berdepan dengan serangan jantung tetapi kembali stabil selepas diberikan rawatan kecemasan.
“Walaupun tidak sedar, adik saya tetap kuat mungkin untuk menunggu ketibaan ibu dan ayah. Alhamdulillah ibu dan ayah sempat jumpa walaupun sebelum itu doktor memaklumkan tiada harapan lagi buatnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Muhammad Afiq berkata, jenazah Siti Aishah dikebumikan di Perkuburan El Manara, Iskandariah Mesir.
Bercerita mengenai peribadi satu-satunya adik perempuan dalam keluarganya, Muhammad Afiq berkata, Siti Aishah merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
Ads
“Di universiti juga, dia merupakan antara pelajar yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Dia juga merupakan adik kesayangan kami kerana dialah satu-satunya adik perempuan yang kami ada.
“Kami reda dengan apa yang berlaku. Saya bersyukur, ibu dan ayah dapat bertemu dengan Siti Aishah sebelum dia dikebumikan,” katanya.
MW: Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian kehilangan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Di samping itu semoga Allah menempatkan allahyarhamah Siti Aishah di kalangan para solihin dan mengampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah.
Hebat ujian pelawak, Shuib Sepahtu ini. Memaklumkan perkembangan terbaru isteri, kata Shuib, Siti Sarah ditiarapkan bagi membolehkan oksigen dan paru-parunya boleh bekerjasama.
Selepas melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya, Siti Sarah masih belum sedarkan diri. Dekat 30 jam Sarah koma selepas dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM.
Memandangkan ketika dimasukkan ke ICU, Sarah kena jangkitan Covid-19. Keadaan itu membuatkan paru-parunya banyak terkesan.
Jantungnya juga sudah lemah, berkemungkinan jantungnya banyak bekerja ketika proses mengeluarkan bayinya semalam.
Siti Sarah Ditiarapkan, Ada Sedikit Darah Beku Di Paru-paru
Ketika ini, apa yang mereka harapkan adalah paru-paru Siti Sarah dapat kembali normal dan membekalkan oksigen dalam badan.
“Difahamkan ada sedikit darah beku pada paru-paru.” Doktor juga tidak boleh berbuat apa-apa padanya buat masa sekarang. Kerana Sarah baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayinya.
Tentunya perkembangan ini sedikit sebanyak mengundang resah di hati Shuib. Sehinggakan apabila ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali dia menjadi takut.
Tapi jika tak dijawab, bimbang itu panggilan dari doktor yang mahu memaklumkan perkembangan isterinya.
Rindu Ini Menyakitkan
Tak mudah bagi Shuib yang ketika ini berada di rumah bersama tiga orang anak-anaknya. Sukar baginya untuk melalui setiap saat tanpa kehadiran isterinya itu.
Maka itulah perkongsiannya, ‘rindu ini menyakitkan, Allahuakbar’ Dan tanpa Sarah membuatkan hati menjadi rindu dan sayu.
“Apabila rindu datang, jadi sakit.” Membuatkan jadi sukar untuknya hadapi. Setiap sudut ada bayangan isteri. Jadi teringat-ongat.
“Nak kawal sayu, tapi tak boleh.”
Keadaan itu membuatkan Shuib cuba bercakap dalam hati, kadangkala bercakap sendirian. Harapannya agar didengari isteri.
Sehingga ke hari ini, Shuib tak putus menerima kiriman mesej dan gambar baik dari orang persendirian mahupun anak-anak tahfiz yang membaca Yassin dan doa selamat untuk isterinya.
Akuinya, usaha yang mereka lakukan itu sentiasa mengharukannya malah berterima kasih untuk kiriman doa tersebut. “Ia satu rahmat terlalu besar buat kami.”
“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain.”
Mingguan Wanita :Mendoakan agar Siti Sarah kembali sedar dan bayinya dalam keadaan sihat. Semoga Shuib dan anak-anak dapat melalui ujian hebat ini dengan tenang dan dipermudahkanNya.
Hanya kerana salah faham, warga emas dibelasah hingga hilang nyawa dek kerana difitnah.
Bayangkan tindakan tergesa gesa sekumpulan anak muda akhirnya meragut nyawa warga emas tak berdosa ini.
Hanya Kerana Salah Faham
Seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh penunggang motosikal yang menuduh mangsa mencuri kenderaan yang dinaikinya, lapor laman berita Coconut News semalam.
Kejadian yang berlaku di Jakarta Timur pada hujung minggu lalu itu tular di media sosial selepas dimuat naik di laman Instagram.
Berdasarkan satu paparan video, sekumpulan belia yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang memandu Toyota Rush sambil menjerit ‘pencuri’.
Kumpulan belia itu berjaya membuatkan mangsa memberhentikan kenderaan sebelum menariknya keluar, membelasah warga emas itu hingga mati dan melarikan diri dari tempat kejadian.
Dua anggota polis yang mengikuti kejadian itu tidak berdaya menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.
Hingga Hilang Nyawa
Menerusi laporan polis, pihak berkuasa mengesahkan mangsa ialah pemilik sebenar kereta itu dan bukanlah seorang pencuri seperti yang didakwa.
“Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi.
Kini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapakah yang mencetuskan jeritan pencuri sehingga menyebabkan berlakunya insiden malang itu. – Agensi
Mingguan Wanita : Semoga kematian warga emas ini mendapat pengadilan sebaiknya. Sudahlah dituduh mencuri, dia dipukul sehingga meninggal dunia sebelum sempat jelaskan perkara sebenar.
Mak nak marah ke gelak bila anak balik rumah rupa dah macam “Venom”. Hal anak-anak sering membuatkan ibu-ibu menyimpan pelbagai perasaan saat menunggu mereka membesar dan berakal.
Ini kerana keletah anak-anak ketika kecil menjadi penghibur hati. Ada kala mak-mak rasa geram terutama part bergaduh dengan adik beradik. Itu belum part merajuknya atau cemburu. Tak kurang juga yang agak nakal dan lain lagi. Namun bila semuanya sudah meningkat remaja dan besar, semua memori indah itu takkan berulang lagi kerana masing-masing sudah matang.
Satu perkongsian dari seorang ibu, @ristyagustina mengenai anak perempuan yang balik dalam keadaan berlumuran lumpur hitam pekat telah membuatkan ramai terhibur hingga perkongsian di Tik Toknya mencecah tontonan 13.4 juta orang.
Ramai mengatakan rupa anak kecil yang hanya nampak mata putihnya itu seperti dalam filem Venom atau Sumpah Orang Minyak.
Dari reaksi ibunya sebaik anak ini berdiri di hadapan rumah mereka, iaitu perumahan muslim Vila Ilhami Balaraja yang terletak di Daerah Tangerang, Banten, Indonesia hanya perkataan astaga mampu diucapkan ibunya.
Barangkali sama sekali tak menyangka anak kecilnya berlumuran kehitaman dan hanya nampak mata putih saja. Bahkan ketika disoal bertubi-tubi oleh ibunya yang ingin tahu kenapa jadi begitu, sudah tiada serupa orang, dia hanya menyebut sudah terkencing di dalam seluar.
Hai la anak, memang buat mak-mak nak ketawa saja mengenang keletah mereka.
Tak hairanlah ramai yang tergelak menonton videonya dan ada mengatakan venom sudah datang ke universe kita selain ada mengaitkannya dengan filem Starwars Darth Vader. Bakan ramai simpati selepas mengetahui situasi sebenar keadaannya.
Ternyata selepas dibersihkan badannya, anak kecil ini memaklumkan dia terjatuh di dalam longkang di perumahan mereka tanpa sengaja. Longkang itu airnya hitam pekat kerana ibunya ada berkongsi video tempat anaknya jatuh. Mujur juga tiada apa kecederaan berlaku pada tubuhnya tetapi habis semua jiran-jiran keluar untuk melihat situasinya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...