Pelajar kecewa ingatkan dapat ayam goreng McDonalds, rupanya roti. Keriangan pelajar menerima sekotak McDonalds selepas terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh jabatan Pendidikan negeri XXX bertukar kecewa bila mendapati di dalamnya sebuku roti dan satu air kotak bukan ayam goreng McD seperti disangka-sangkakan.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang guru kaunselor di SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee di fbnya bila dihubungi oleh penjaga kanak-kanak berkenaan.
“Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang dicapati,” tulis guru ini di laman sosialnya.
Memetik laporan Kosmo, Guru tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku.
“Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.
“Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak.
“Harap penganjur ambil iktibar. Sebak Paksu bila anak cerita pasal kawan dia tadi,” kata penjaga itu berdasarkan mesej WhatsApp dihantar kepada Abdul Muiez.
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai, malah guru itu juga menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan.
“Saya dah mesej PIC seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya ‘bluetick’,” kata Abdul Muiez.
Dalam pada itu, selepas beberapa jam ia disiarkan, kes ini mendapat perhatian dari orang ramai yang memahami betapa kecewanya rasa hati seorang murid yang mungkin berharap untuk menikmati ayam goreng McD berkenaan.
Jika kita sebagai orang dewasa pun tahu erti kecewa, apa tah lagi seorang kanak-kanak.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pencinta Ayam Goreng Jelajah 24 Negara Selama 18 Tahun Demi Mencari KFC Terbaik Dunia
Cara Buat Ayam Goreng Crispy, Guna 2 Bahan Saja, Ranggup Macam Ala KFC
Resipi Ayam Goreng Sedap, Garing Di Luar, ‘Juicy’ Di Dalam, Anak-Anak Gerenti Suka!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.