Pelajar darjah 1 ditolak kawan hingga terpaksa tiga kali jalani pembedahan, ibu kecewa kes anak didiamkan. Saat anak memasuki darjah satu, perasaan teruja ini pasti dirasai oleh semua ibu bapa.

Ini kerana saat ini bermulalah proses pembelajaran secara formal untuk anak-anak menimba ilmu hingga dewasa kelak.

Melihat kepada ragam anak-anak khususnya di darjah satu, ramai ibu bapa sentiasa menitipkan pesan kepada anak masing-masing agar berkawan baik-baik dan lain-lain lagi kerana ada ratusan pelajar dengan pelbagai ragam dan kelaku.

Ternyata keterujaan seorang ibu menghantar anak sulung masuk ke sekolah berakhir dengan kekecewaan seperti diluahkannya di media sosialnya.

Ibu ini, Saadiah Johari dalam perkongsian mendakwa anaknya, Nur Aisyah Adriana Mohd Rohaizad, ditolak kawan dari tingkat satu beberapa bulan lepas. Kesan tolakan itu mengakibatkan kepala anak kecil ini terhentak, tulang belakang cedera manakala buah pinggangnya bengkak sebelum satu pembedahan terpaksa dilakukan.

Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak Didiamkan
.

Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak Didiamkan
.Dalam perkongsiannya, Saadiah ada menjelaskan mengapa anaknya berkeadaan begitu di mana perlu menjalani pembedahan buat kali ke tiga.

Ads

Menurut ibu dua anak ini, anak sulungnya, Nur Aisyah Adriana jatuh tangga dari tingkat satu di sekolah kerana ditolak rakan.

“Sebenarnya sudah tiga kali pembedahan dibuat. Kali ketiga sebab ada jangkitan pada buah pinggang menyebabkan buah pinggang Nur Aisyah bengkak dari saiz yang sebelum ini. “Setiap pembedahan akan ada risiko dan ini salah satu risiko yang anak kena tanggung,” jelasnya.

Lebih menyedihkan Saadiah sudah mengambil cuti tanpa gaji dan cutinya juga sudah memasuki bulan ke empat dan jika keadaan sedemikian dirinya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya itu. Lebih menyulitkan, buat masa ini suaminya berada di Lubnan kerana bertugas di sana.

Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak Didiamkan
Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak Didiamkan

Ads

Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak DidiamkanNamun dalam kes ini, apa yang lebih dikesalkan oleh ibu ini ialah tiada pembelaan buat kes anaknya walau anaknya perlu bertarung nyawa menghadapi pembedahan demi pembedahan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ajar Anak Darjah 1 Guna Wang, Tip Selebihnya Boleh Follow Sini

Tip Anak Pandai Urus Sendiri Buku, Kerja Sekolah Dari Darjah 1

Ads

Dalam satu luahan hatinya, Saadiah Johari yang merasa risau kerana anaknya selalu demam tinggi secara tiba-tiba hingga memaksa dia memandu pada jam 3 pagi menghantar anak ke hospital menulis :-

“Kesan anak ditolak di sekolah. Jatuh dari tingkat 1. Sampai pengsan. Tanpa belas kasihan cikgu. Sampai hari ini aku hanya mampu meraih tindakan pihak berwajib. Tapi apakan daya. Disebabkan kejadian dari bulan 4 cuti tak bergaji. Anak sakit. Sekolah dan guru kelas sekali pun tak pernah nak tanya keadaan anak aku. Laporan polis dibuat pun tak boleh nak ambil apa-apa tindakan. Mana kebenaran. Terlalu kejam dan rasa dianiaya untuk aku dan anak aku. Kenapa pesalah tak dihukum. Anak aku sampai hari ini menderita. Hari ini kena operation mana tanggungjawab seorang guru?? Soalnya.

Luahan hatinya mendapat perhatian dari pendakwah Ustaz Zamri yang menubuhkan tabung untuk membantu pelajar ini. Bahkan sejak luahan hati ibu ini tersebar, ada banyak pihak yang mengadakan bacaan Yaasin untuk kesembuhan anaknya. Selain itu dibantu oleh individu lain yang bersimpati dengan nasib anaknya itu. Sumber: Saadiah Binti Johari

Pelajar Darjah 1 Ditolak Kawan Hingga  Terpaksa Tiga Kali Jalani Pembedahan, Ibu Kecewa  Kes Anak Didiamkan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI