Pelajar cemerlang daftar universiti bawa barang guna guni dibantu, Menteri Pendidikan titip kata semangat “Fly High Stand Tall Rafida…”. Tidak semua anak-anak dilahirkan dalam keluarga kaya dan senang. Perlu melalui kesusahan hidup. Namun ramai berjaya mengubah hidup dan keluar dari kepompong kemiskinan dengan berjaya dalam pendidikan.
Kisah seorang pelajar cemerlang, Rafida Zaiddin yang menggunakan guni membawa barangan peribadinya ketika mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru ini mendapat perhatian dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Terkesan dengan kepayahan dilalui remaja berasal dari Sandakan, Sabah yang mendaftar ke universiti dengan hanya membawa barangan dalam guni sahaja, dirinya telah menghubungi sendiri Rafida dan berjanji akan membantu serta merta semua urusan kewangan dan keperluan remaja terbabit bagi meneruskan pengajian.
Menggelarkan dirinya YB Mom, dirinya berkongsi rasa kenapa mengambil sikap pro aktif terus membantu pelajar cemerlang berkenaan.
Di facebook rasminya, Fadhlina Sidek menulis, “bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti katanya yang memuat naik emoji menangis.
Tambah YB Mom ini,
“Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.
“Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat dihati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke Universiti.
Dalam pada itu, Menteri Pendidikan ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Cantik & Terpelajar, Anak Bongsu Dato M. Nasir Tamat Pengajian Kelas Pertama & Kini Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE