Senang bila mak-mak boleh buat sendiri cucur ayam crispy ini untuk keluarga. Bahan utamanya pun cuma guna 5 bahan saja. Bak kata pemilik resepi ini, Cik Dayang Zuhaila, bila dah makan tak cukup sepinggan.
Resipi ayam crispy yang dikongsikan ini juga boleh dijadikan cucur frozen. Haa.. bolehlah simpan di tempat peti beku. Tahan lebih lama, bila nak jadikan sarapan anak-anak boleh keluarkan dan goreng.
Kongsinya, “Alhamdulillah. Semalam pakat ramai nak resepi ni kan. Malam ni hampa boleh try buat tau. Tak cukup sepinggan aih lagu ni. Malam ni kan santai-santai lagu ni pekena cucoq
ayam ranggup kat luaq juicy kat dalam. Fuhhhhh ketaq pala aih.Cucoq ayam Crispy ni hanya guna 5 bahan saja utama. Senang cepat mudah sedap lazat menjilat uii.
Resepi ni cikdyg bagi step by step kat gambaq nah. Kalau rajin buleh terus buat. Kalau tak bopa nak rajin hampa share dulu nanti-nanti pon buleh buat.
BAHAN-BAHAN :
Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.
Kemudian masukkan carrot, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.
Seterusnya masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengam garam, gula mengikut citarasa masing-masing.
Jemputkan mengikut saiz kesukaan. Guna camca buleh tangan buleh. Kaki ja yang tak buleh.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
Cari MINYAK MASAK di sini : https://invle.co/cldcq2k
Kalau nak buat Frozen. Goreng api slow saja. Bukan half cook. Betpi betpi cook. Cuma jangan caring. Simpan freezer. Nanti nak makan goreng semua bagi garing atau boleh guna air fryer saja.
Cik Dayang juga berkongsi pelbagai resepi di sini : https://t.me/CikDayangZuhaila
Sumber/Foto : Cik Dayang Zuhaila