Bagi penggemar daging dan banyak stok daging bolehlah mencuba untuk membuat pekasam daging. Pekasam daging ini sedap dimakan dengan nasi panas. Tak kiralah waktu tengah hari walaupun malam, lauk kampung ini pasti akan membuka selera penggemarnya.
Perkongsian dari pemilik akaun Facebook MissAishah Omar boleh dijadikan panduan.
Menurut MissAishah Omar atau nama sebenarnya Aishah Omar, cara-cara membuat pekasam daging ini adalah hasil air tangan ibunya Baayah binti Yunus.
Berikut Adalah Bahan-Bahan Dan Langkah Demi Langkah Cara Membuat Pekasam Daging.
Bahan-bahan
Daging – ambil bahagian isi sahaja
Garam kasar – agak-agak, jangan banyak jangan sikit (kalau pek RM1 itu pun tak habis guna suku plastik)
1-Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan. Masukkan lapisan garam dulu. Lepas itu susun daging yang sudah dicuci. Kemudian masukkan garam. Buat lapisan demi lapisan, garam-daging-garam. Setelah siap lapisan garam dan daging itu, akhir sekali tabur garam di bahagian atas. Peram daging selama 3 hari.
2-Sementara itu, boleh buat proses sangai beras. Cuci beras dan toskan. Sangai beras sampai perang.
Tip: Bagi memastikan bau pekasam sedap apabila mahu digoreng, pastikan semasa beras disangai hendaklah beras itu kena betul-betul berwarna perang. Kalau warna beras itu tidak perang ia akan mengeluarkan bau tak berapa sedap.
Ads
3-Tunggu sejuk baru blend beras sehingga halus. Taburkan sedikit garam dalam beras hancur ini.
4-Setelah 3 hari, cuci daging tadi untuk buang air garam dan toskan. Dan bolehlah gaul dengan serbuk beras.
Ads
5-Cara buat pun sama. Selang-seli dengan serbuk beras-garam-daging (part ini mak saya masukkan serbuk banyak bagi menyaluti daging. Renjis air sedikit bagi lembab dan bagi proses masam. Jangan banyak pulak. Kemudian peram selama 7 hari.)
6-Boleh simpan dalam bekas. Tutup bekas dan balut dengan kain batik untuk elakkan lalat masuk.
7-Setelah 7 hari diperam barulah boleh dikeluarkan dan digoreng.
Tip: Untuk mereka yang mahu simpan pekasam di dalam peti ais bolehlah meletakkannya di dalam bekas plastik. Kemudian bungkuskan dengan plastik pembungkus.
Senang sahaja hendak buat sendiri santan segar. Paling penting ia dijamin bersih. Jika tak mahu diguna segera boleh juga disejuk beku di dalam freezer.
Ikut Cara Buat Sendiri Stok Santan Segar Yang Dikongsi Oleh Afy AL Habibi.
Stok Santan Segar
Cara Buat
1-Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji. Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik. Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2-Haa jangan susah-susah nak ramas dengan tangan. Jangan bazir tenaga. Penat tau nak buat. Cikgu dah pernah kena. Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on off.
3-Haa nampak penapis besi tu?Cikgu panggil penapis santan. Sediakan juga besen kecil. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4-Okay inilah tips yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar.Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti. Cuma ikut sahaja.
5-Ini hampas kelapa selepas santan diperah. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan. Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
Ini Lagi Cara Buat
6- Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah.Ngam-ngam pekat dan cairnya.
7-Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan. Boleh buat dua tiga kali.
8- Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik.
9-Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer. Jimat duit kan. Takdalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Antara tip yang disarankan untuk jimat penggunaan minyak adalah guna air fryer semasa memasak. Rupanya boleh menggoreng dengan air fryer ni.
Bagi pemakan tegar, ada yang kurang menikmati makanan yang dimasak dengan air fryer. Lagi-lagi apabila mahu dapatkan hasil ikan, ayam mahu pun bilis macam gorengan di dalam kuali.
Apa kata cuba tip menggoreng dengan air fryer yang dikongsikan Lia Suriati ini. Hasilnya macam goreng ikan bilis dalam kuali.
Tip Menggoreng Dengan Air Fryer
Nak menggoreng tapi nak jimat minyak
Rahsia dia pakai air fryer jeeerr
Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry
Jadi kerass kering tak best
Goreng dalam kuali jugak best
Okey lia share tips macam mana
Korang boleh menggoreng pakai air fryer
Boleh jimat minyak tapi hasil sama
Macam goreng dalam kuali
Caranya korang letak sikit minyak
Lepas tu gaul-gaulkan pada bahan yang korang nak goreng tu
Semasa Menggoreng Bilis
Dalam post ni lia tunjuk goreng bilis
So gaul minyak tu dekat bilis
Pakai 1-2 sudu minyak pon dah cukup
Gaul rata-rata lepas tu on la air fryer macam biasa
Berapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu
Nak pastikan bilis masak sekata
Korang bukak la air fryer tu check
Balik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik
Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak.
Lepas tu siaaaapppp
Haaaa tips ni boleh digunapakai jugak
Kalau nak goreng ayam dan ikan
Musim sekarang ni minyak masak mahal
Boleh la berjimat.
Mingguan Wanita :Haa.. boleh sajakan gunakan minyak untuk menggoreng dengan air fryer ini. Hasilnya tetap mantop!
Mana yang belum ada air fryer, dan tengah usha mencari air fryer tu. Apa kata cuba cari air fryer, AF Khind ini. Kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.
Selain biskut raya, rempeyek juga salah satu hidangan yang wajib ada bila tiba hari raya. Memang layan makan kudapan ini dan habis sebalang pun tak sedar.
Kali ini, perkongsian daripada Nur Athiya tentang cara buat rempeyek, resipi dari neneknya. Inilah kudapan yang wajib dia buat setiap tahun.
Bancuhan buat pada sebelah malam. Goreng dulu separuh. Tak tahannya, habis semua kena makan. Nanti lepas sahur, kita sambung goreng. Sebab dah tak ada orang makan, semua berpuasa.
Bahan:
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar – dikisar
3 sudu besar jintan manis – dikisar
3 sudu besar jintan putih – dikisar
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis – dikisar
1 biji telur
1 sudu kecil kapur makan
4 cawan air – bergantung pada kepekatan.
Garam secukup rasa
Ikan bilis
Kacang tanah
Cara Membuatnya:
Campurkan kesemua bahan di atas.
.
Kacau sebati untuk menjadi bancuhan.
Selepas itu boleh terus goreng.
.
Kalau tebal boleh tambah air.
Letak ikanbilis dan kacang sebelum menggoreng. (ikan bilis dan kacang mentah)
Siap.
.
.
Mingguan Wanita : Ralit sungguh kalu dapat makan ni. Tak tahannya, tak sempat habis bancuhan, yang bergoreng pun habis sama di makan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.