Malah sejak tiga tahun lalu, Nur Aizat Binti Mohd Rosli seronok kerana dapat berganding bahu dengan rakan-rakan senasibnya bekerja sebagai barista di sebuah kedai rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks.

Di kedai yang menggunakan Bahasa isyarat yang terletak di Bangsar Village, Kuala Lumpur ini sesiapa sahaja yang membeli minuman mahupun makanan di sini akan dilayan oleh barista yang rata-ratanya pekak dan bisu.

Menurut Nur Aizat, dirinya telah mencapai sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya untuk dilakukan apabila bekerja sebagai barista yang berilmu.

“ Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah pengiktirafan sebagai Coffee Master kerana pensijilan ini amat mencabarkan dan susah.

“ Selain itu, kita juga ditugaskan untuk melatih rakan-rakan pekak yang baru dan ini memberi amalan bertanggungjawab dan etika kerja yang amat penting.

“ Kadang-kadang, kita juga akan membantu rakan-rakan biasa memperbaiki bahasa isyarat mereka dengan berlatih bahasa isyarat atau mengajar mereka mengenai bahasa isyarat yang lebih mendalam.

IKLAN

“ Pencapaian yang saya tidak akan lupakan ialah kejayaan saya untuk menyediakan seni latte kopi saya yang pertama. Saya rasa perkara-perkara yang kecil pun adalah pencapaian yang sangat membanggakan,” ujarnya dalam Bahasa isyarat yang diterjemahkan oleh Rose Ng, penterjemah daripada Society of Interpreters For The Deaf, Selangor and Wilayah Persekutuan (SID).

Pekak & Bisu Tetapi Barista Ini Ada Sijil Coffee Master. Hebatkan!
Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat

Mahu Jadi Yang Terbaik

Memiliki kerjaya sendiri telah mengubah nasib Nur Aizat. Jelasnya banyak perubahan telah berlaku dalam hidupnya.

“ Pada mulanya, ketika belajar jadi barista saya amat takut sebab untuk mengendalikan peralatan dan mesin membuat kopi. Takut juga melakukan kesilapan dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Seiring dengan masa dan semakin banyak saya melakukan latihan, saya mampu bekerja dengan pantas dan baik.

“ Sebagai coffee master, cabaran paling hebat adalah apabila perlu menghidu pelbagai jenis kopi yang mempunyai bau dan aroma yang berlainan . Kemudiannya kita perlu menerangkan apakah bau tersebut. Itulah paling susah yang pernah saya perlu buat. Bagaimana saya mahu menerangkan bau yang saya hidu itu kepada orang lain?”

IKLAN

Walaupun sukar itu tidak mematahkan semangat Nur Aizat untuk menjadi yang terbaik.

Sabar Dan Fokus Pada Kerja

Nur Aizat seronok bekerja sebagai barista kerana dapat bertemu dengan ramai pelanggan yang berbeza pada setiap hari.

“ Saya dapat lihat usaha sesetengah pelanggan yang berusaha untuk berkomunikasi dengan saya menggunakan Bahasa isyarat. Paling seronok dapat melayan pelanggan yang mahu membeli barangan yang dijual di sini.

“ Selain itu ada juga pelanggan yang terdiri daripada mereka yang pekak dan bisu datang ke sini kerana tahu pekerja di sini juga pekak dan bisu seperti mereka. Itu membuatkan saya seronok. Saya berasa gigih untuk bekerja dan tidak pernah putus asa untuk berjaya.

IKLAN

“ Walaupun betapa sibuknya dalam melayan pelanggan, saya belajar untuk bersabar serta fokus terhadap kerja saya.”

Pekak & Bisu Tetapi Barista Ini Ada Sijil Coffee Master. Hebatkan!
Barista OKU dan normal berganding bahu kerja bersama

Nasihat Nur Aizat kepada OKU yang mahu bekerja dalam kerjaya yang sama seperti dirinya, dia amat menggalakkan mereka untuk melakukannya.

“ Ia adalah satu pekerjaan yang sangat menarik kerana anda boleh belajar tentang kopi dan perkhidmatan pelanggan melalui perspektif seorang pekerja yang pekak.

“ Kita dapat belajar semua latihan dan persiapan latihan yang diperlukan untuk pekerjaan sehingga hari ini. Di sini, kita bukan sahaja diberi peluang pekerjaan tetapi juga memberi peluang perkembangan kerjaya kepada rakan-rakan pekak.”

“ Inisiatif Starbucks yang pentingkan golongan orang kelainan upaya sangat memberangsangkan dan bagi saya, inilah kelebihan Starbucks berbanding dengan syarikat yang lain. Sebab inilah saya memilih untuk bekerja sebagai barista di sini,” ujar Nur Aizat lagi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI