Buah Durian sememangnya mempunyai bau yang agak kuat. Jika tak biasa bau ‘Raja Buah’ ni memang boleh sebabkan loya dan muntah. Di negara kita dan kawasan Asia, makan dan bau durian merupakan perkara biasa.Namun berbeza dengan penduduk di kawasan Eropah.
Kasihan sungguh dengan seramai 12 pekerja pos di Jerman yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Schweinfurt, di sini. Ia kerana mereka dikatakan menerima rawatan perubatan kerana loya setelah menghidu bau kuat daripada bungkusan berisi durian kelmarin.
Curiga Bau Asing
Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian dipanggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.Polis mengarahkan semua penghuni bangunan keluar, termasuk 60 pekerja sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.
Kekecohan bermula selepas seorang kakitangan pejabat pos itu curiga kerana terhidu bau yang amat asing.
Ads
“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.
Kiriman 4 Biji Durian
Setelah siasatan dibuat, bungkusan terbabit mengandungi empat biji durian dari Thailand yang dikirim seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.
Ads
Polis berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya, manakala enam yang lain pula dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.
Ads
Sebelum ini, program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta. Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan. – AGENSI
MW: Kasihannya, gara-gara durian huru hara jadinya. Mungkin di Asia durian jadi kesukaan ramai, namun berbeza bagi negara Eropah. Apa pun memang rugilah jika tak makan dan menikmati durian. huhu
Kata pelakon Abby Abadi dia tak kaya mana pun. Biasa-biasa saja. ‘Dapat habis.. dapat habis.. jual rempeyek je pun’. Dan dia bukanlah menjual bayi-bayi sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam forum bincang di internet.
Panjang lebar Abby terangkan macam mana prosedur dia dan suami nak menguruskan bayi-bayi yang kemudiannya diserahkan pada mak ayah angkat. Dia tolong urus, berurusan juga dengan pihak berkuasa. Bukannya dia jual bayi tu dan kaut kekayaan.
Paling banyak membantu memudahkan urus bayi-bayi itu tentulah suaminya, Muhammad Faizal Zakaria yang lebih dikenali Jai Ezzany. Betapa baiknya suami, tenang saja uruskan bayi-bayi itu.
Kerana Suamilah Saya Dapat Uruskan Bayi-bayi Ini
“Terima kasih suami tolong azankan baby-baby ni.. Semoga ALLAH balas kebaikan suami dengan sejuta rahmatNYA.
Seorang yang sangat baik, tenang. Kurang nak bercakap dengan orang-orang yang tak kenal… Marah pun diam je.. Kalau dengan saya je buleh sembang semua benda.. Dan kerana suami juga saya mampu menguruskan baby-baby ini dengan baik.
Selalu bila saya jadi perantara je, saya kenalkan & akan suruh Mak Pak angkat jumpa sendiri dengan Mak Baby. Saya tolong dealkan awak apa yang perlu dan tak perlu. Dan kemudiannya mereka akan berjumpa sendiri bagi jadi.
Cuma sejak payah nak ke mana-mana ni beberapa kali saya dan suami tolong uruskan semua sekali termasuklah untuk 2 baby Kelantan /Terengganu ni.. Kami turun padang dari awal sampai habis. Salah satu sebab besarnya adalah kerana PKPB. Lagi sebabnya adalah kerana Mak Ayah angkat serba tak tahu. Terangkan pun tak faham-faham juga sampai nak register surat beranak pun tak tahu juga… jadi saya bincang dengan suami. Suami kata ok. Dia rajin nak bawak kereta ke situ sana sini, sambil cari makan katanya.. Tu sebab kami gigih ke Kelantan /Terengganu ini. Tak cerita awal sebab segan kalau tak lepas atau gagal.
Saya Tak Kaya Pun, Jual Rempeyek Je..
Masa ke Balai di Kuala Lumpur, siap dah surat, tinggal nak cop dapatkan kebenaran je.. Saya dah bincang dengan suami kalau tak lepas, baliklah semula ye sayang. Mak Ayah angkatlah kena uruskan sendiri. Suami ye kan je.. Dpt lepas Alhamdullillah. Tak lepas, tolong dari jauh jelah.
Dipendekkan cerita.. Luluss. Polis terus cop je. ALLAH permudahkan. Polis yang bertugas tak tanya banyak. Cuma tanya ada urusan apa, sebut anak angkat, terus dia kata ok, baca sebab musabab yang kami senaraikan & sign. Tak tanya pun kenapa, mengapa & bagaimana.. ALLAH Maha Berkuasa atas segalanya.
Takyah jeles-jelaslahhh.. Saya tak kaya pun. Biasher-biasher je. Dapat habis, dapat habis. Jual Rempeyek je punnn.. Tengah tunggu orang kaya yang takde waris datang cari & bantu saya. Tinggalkan harta lagi baik hahahaa InshaALLAH Saya akan gunakan sebaik-baiknya harta dia untuk bantu mereka yang memerlukan. buleh camtu. Bulehlahhh.. besar pahala.”
“Ini contoh bil swasta yang saya bayar untuk ambil Darda. Yahudi sungguh kan? Tapi takpelah.. sebab bil tinggi semua tak nak, dapat pada saya. Rezeki sungguh sebab bertuah sangat anak ini. Sangat membahagiakan kami.. comel, baik & bijak.
Ada lagi tuduhan pada saya. Dia tulis kat forum tu kata baby saya tak kasi pilih… aii ingat ikan ke nak pilih-pilih? Nak baby biar ikhlas. Terima seadanya. Yang saya uruskan pun untuk beri pada mak ayah angkat. Saya pastikan sihat sempurna. Nak yang begitu begini, putih, hidung mancung, kaki panjang.. kalau beranak sendiri pun takkan dapat ikut kehendak kita kan?
Tapi tulah bila kata saya tak kasi tanya apa-apa langsung.. menipu sangat. Saya cerita je semua background mak ayah baby. Sah ke tak sah ke, warganegara ke, bukan warganegara semua saya bagitau awal. Cuma orang kita ni sebahagiannya jenis yang banyak cekadak, rasist. Bila kita senang hati nak bantu, dia nak treat kita macam orang suruhan dia pulak. Yang tu saya reject awal.
Saya Usaha Uruskan Bayi-bayi, Tak Jual Ye.. – Abby Abadi
Saya ni tak sempat nak bercerita semua benda. Walaupun nampak macam saya rajin sangat bersembang dalam ni kan? Tapi sebenarnya banyak lagi yang tak sempat cerita sebab saya banyak buat kerja lain juga. Yelah.. cari rezeki nak bagi makan anak-anak, nak bayar bil lagiii.. celah mana tah dorang menilai saya kaya.. ikut sedap tekak je buat fitnah. Tak takut mati kaaaa ni?
Penat tau.. nak menjawab fitnah-fitnah macam ni.. Saya sehabis baik tolong semampu saya dan saya beruntung ada suami sejenis yang sangat rajin membantu & sangat supportif. Cukuplah menfitnah. Saya tak larat nak cerita semua benda. Lepas ni saya tolong dari jauh je ye sebab ramai yang dengki, dorang nampak saya macam jalan-jalan time PKPB ni padahal saya berurusan dengan pihak berkuasa juga.
Apapun terima kasih semua pihak yang percayakan saya & sudi memudahkan urusan saya. InshaALLAH, kalau ada permintaan, saya usaha uruskan. Saya tak jual ye. Saya uruskan saja. Sekian.”
MW :Sampai hati mereka yang buat fitnah pada Abby ini. Punyalah dia usaha tolong bayi-bayi itu. Sampai jumpa mak ayah angkat yang jaga mereka dengan baik. Beri kehidupan baik-baik pada bayi tu.
Macam-macam ‘challenge’ yang pelik-pelik menjadi ikutan ramai di media sosial. Kemunculan pelbagai ‘challenge’ yang viral di laman sosial menyebabkan ramai yang mahu mencuba namun tidak semua cabaran tersebut selamat untuk dilakukan.
Ada antara cabaran tersebut membawa maut seperti ‘momo challenge’ tidak kurang juga yang mendatangkan bahaya seperti ‘birdbox challenge’ dan sebagainya.
Terkini, muncul pula ‘vacuum challenge’ juga dikenali sebagai ‘Bin Bag challenge’.Bagi melakukan cabaran ini, peserta perlu memasukan badan ke dalam plastik sampah hitam dengan hanya bahagian kepala kelihatan untuk membolehkannya bernafas.
Pembersih hampagas (vacuum cleaner) kemudian digunakan untuk menyedut keluar semua udara dari dalam plastik tersebut. Ia menyebabkan plastik ‘mengecut’ lalu membalut ketat tubuh.
Dalam beberapa video, kelihatan peserta yang masuk ke dalam beg plastik sampah dalam posisi duduk, jatuh tergolek sebaik udara disedut keluar.
Trend terbaharu ini ternyata boleh mendatangkan kecederaan namun semakin ramai kanak-kanak dan juga golongan dewasa yang tidak mahu ketinggalan mencuba cabaran ini.
MW: Pelik-pelik sungguh ‘cabaran’ yang dicipta ni. Tak perlu lah kita nak mengikutnya, silap-silap ‘memperbodohkan’ diri dan mengundang bahaya pula.
Kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella akhirnya terbela apabila Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan
pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30 di akhir kes pendakwaan.
Pada 28 Oktober lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lepas.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguambela, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di ibu negara antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...