Berita

Peguam Tawar Khidmat Nasihat Pro Bono Pada Netizen Jika Kena Saman Dengan Abang Bas, “Bukan Ini Caranya Nak Tutup Mulut Masyarakat…

Share

Peguam tawar khidmat nasihat pro bono pada netizen jika kena saman dengan abang bas, “bukan ini caranya nak tutup mulut masyarakat. Keluarga Abang Bas nak saman mana-mana netizen atau selebriti yang mengecam adik mereka  di media sosial berikutan  tiga pertuduhan dihadapinya iaitu melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik selepas penahanan pemandu bas ini kerana konten di media sosialnya.

Menurut peguam yang menjaminnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, pihak mereka sudah sudah mengenal pasti mereka. Ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman.

“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam tanpa belas ihsan,” katanya pada hari abang bas diikat jamin.

 

Peguam Tawar Khidmat Nasihat Pro Bono Pada Netizen Jika Kena Saman Dengan Abang Bas

Dalam pada isu soal saman ini mewarnai dunia maya, seorang peguam Fatihah Jamhari dari Tetuan Farah & Co menawarkan khidmat nasihat percuma (pro bono) pada mana-mana netizen atau selebriti yang bakal disaman oleh keluarga abang bas.

“Bukan ini caranya nak menutup mulut masyarakat yang prihatin dengan isu child  grooming ini. Mungkin hari ini hal (seksual)  belum berlaku tetapi ia bermula dari hal yang sekecil-kecilnya dan boleh menjadi besar jika tidak dikawal dari awal.

Fatihah Jamsari dari Tetuan Farah & Co menawarkan khidmat nasihat percuma pada mana-mana netizen atau selebriti kalau disaman keluarga abang bas

Menurut Fatihah, penawaran khidmat nasihat secara percuma darinya bukan baru bermula tetapi sudah banyak dilakukannya sebelum ini pada mana-mana individu yang disaman.

“Bagi saya, masyarakat hari ini sudah celik ilmu. Maksudnya terdedah dengan banyak ilmu dan info. Bila kita suarakan hal ini (maksudnya dalam isu child  grooming ini), itu tandanya kita prihatin dan tidak mahu hal begini terus terjadi dalam masyarakat.

“Saya sendiri membaca kes setiap hari baik laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis dan lain lagi. Ia bermula dari hal kecil tetapi ada bapa yang merogol anak, pak sedara yang buat pengliwatan dan lain lagi.

“Jadi bila kita bertindak mengecam perlakuan ini kerana tidak setuju dengan video disiarkannya, jadi menyaman untuk menutup mulutnya adalah tindakan tidak tepat. Kanak-kanak berhak dilindungi dan ada akta mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Fatihah lagi,  menyaman mana-mana individu yang memberi komen di media sosial khususnya dalam mendidik masyarakat adalah satu bentuk ugutan yang tidak seharusnya terjadi.

“Boleh saman netizen kalau komen itu berbentuk jelik atau menyentuh hal-hal peribadi tapi kalau sengaja nak saman sebab mahu mendiamkan orang memberi kritikan, ulasan dari masyarakat akan isu sosial yang dibangkitkan bagi saya ia harus dibantu pada mereka yang disaman.

“Pertamanya, jangan ingat hanya dirinya atau keluarga mampu melantik peguam dan orang lain ditakutkan dengan komen sebegini.

“Setiap saman boleh dibalas dan ada pembelaannya. Ada ramai lagi peguam yang akan bersama-sama dalam hal ini kalau netizen atau selebriti disaman dalam isu ini bukan hanya saya saja.

“Secara jujurnya saya sendiri melihat video-video dikongsikan oleh pemandu bas ini menjurus kepada perlakuan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pakcik atau pekerjaan dilakukannya.

“Isu ini sudah menjadi isu masyarakat. Sebagai content creator kita bertanggungjawab atas apa kita siarkan dan kita juga harus memahami implikasi undang-undang di sebalik semua video kita siarkan.

“Saya tak melihat komen masyarakat menjurus kepada fitnah tetapi seperti saya katakan, kalau keluarga mereka mahu saman, saya akan tampil memberi khidmat nasihat percuma kepada mana-mana individu disaman berkaitan hal ini,” katanya ketika dihubungi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!

Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros