Peguam tak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan, “ada sebab-sebab tak dapat dielakkan.
Penahanan dan kes reman ke atas ibu bapa Ryan Zayyan baru-baru ini mencetuskan tanda tanya di kalangan orang ramai. Ramai yang bersimpati dan mengharapkan keadilan buat keluarga yang kehilangan anak syurga, Ryan Zayyan ini.
Namun hari ini, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.
Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Memetik laporan Harian Metro, Mahmud berkata, dirinya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.
Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI “-Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Langsung Tak Malu, Terima Seadanya..” Anak Istimewa Hadapi Masalah Sumbing & Diabetes Tahap 1