Peguam Nasihat Ahli Keluarga Hakiem Stopa, “Jangan Salah Tafsir Kasih Sayang Hingga Rosak”

Share

Peguam nasihat ahli keluarga Hakiem Stopa, “jangan salah tafsir kasih sayang hingga rosak”.

Baru ini, pempengaruh media sosial, Hakiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah wanita berumur 21 tahun  dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 292 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagaimana pun dirinya mengaku tidak bersalah.

Peguam Nasihat Ahli Keluarga Hakiem Stopa

Dalam pada isu ini tersebar luas di media sosial, kakak kepada Hakiem Stopa iaitu pemilik akaun TikTok, Ladyspaint86 mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi malah dia akan terus memberi sokongan kepada adiknya selain akan membongkarkan kebenaran tersebut.

@ladyspaint86 Sebabkan kebodohan kau,kau kena cenggini.Aku harap bnda ni jdi iktibar buat sume org.jangan trlalu syang kt pmpuan.bla ko trlalu syang ko akn jdi bangang giler babi faham x😌#ikonpermotoran #mysiblings❤️💜 #Halloween2022 #HadaLaboCantikGlow #EndlessJourney #BioessenceB5 #familylover ♬ bunyi asal – Lady Paint🫰

 Isu ini mendapat perhatian dari peguam terkenal Nor Zabetha dari Tetuan Chinna & Co yang sering menulis isu-isu menarik khususnya mengenai undang-undang di fbnya. Dan semalam dirinya berkongsi kes pendakwaan Hakiem Stopa dan memberikan nasihat agar ahli keluarga tidak salah tafsir makna kasih sayang itu sendiri sehingga merosakkan dan menjadi “kebal ” walau ada melakukan kesalahan.

 
Nor Zabetha
Baca perkongsiannya.
Kalau ahli keluarga salah tolong tegur dan jangan galakkan dia.
Saya betul-betul tidak faham jenis manusia yang membela keluarga sehingga menutup kesalahan. Bukan kita suruh membenci atau berhenti sayang ahli keluarga, kita suruh tegur dan jangan galakkan.
Saya semalam membaca kes Haqiem Stopa tentang dakwaan menyimpan gambar lucah bekas kekasih dan juga laporan yang berkaitan.

Saya pernah menulis tentang isunya ke sekolah. Jadi kadangkala, ada pembaca yang memberikan link isu-isu Haqiem Stopa ini melalui messenger. Jadi saya tahulah, sedikit isu-isu Haqiem Stopa ini.

Saya ada menonton satu video, dia berperang mulut dengan netizen. Bila dituduhnya dia lembut, dia naik angin. Kemudian, Haqiem dalam keadaan marah mencabar netizen “Bawa sini kakak kau tengok, nak tau jantan tak jantan aku, sampai koyak nanti belakang dia aku kerjakan!”. Ini memang terang-terangan kesalahan.
Ada video-video yang Haqiem ini memang meletakkan tahap wanita itu serendah-rendahnya. Pernah sekali dia buat dengan isyarat tangan tentang bahagian kemaluan wanita.
Video dia biadap begini ditonton orang ramai dan adakala sewaktu sesi live.
Malangnya tiada laporan terhadap Haqiem, sedangkan ianya kesalahan undang-undang misalnya bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Barangkali, kita pun sudah malas hendak melayan si Haqiem ini. Biarkan dia. Banyak lagi perkara yang kita boleh fokuskan.
Tetapi kadang-kadang saya cuba hendak faham, kenapa dia seolah-olah menganggap wanita itu sekadar tempat dia hendak tunjuk jantan. Kalau dia hormat wanita, saya rasa dia tidak akan mencabar untuk tunjuk kejantanannya begitu.
Semalam menonton video dari pihaknya yang membelanya. Kemudian disambut pula dengan blog-blog tulisan ‘Haqiem dianiaya’. Hmm..menukar naratif dari asalnya ada laporan polis dan dakwaan di mahkamah dan naratif kini bahawa Haqiem adalah mangsa keadaan.
Yang pasti, kes ini ke mahkamah kerana hasil siasatan polis bahawa Haqiem memang memiliki gambar lucah bekas kekasihnya itu. Barulah wujud elemen jenayah untuk didakwa bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. Kalau fitnah pakai mulut sahaja dan bila polis siasat, tiada gambar-gambar lucah yang didakwa, kes tidak akan dituduh di mahkamah.
Bukan mudah hendak aniaya orang dengan buat dakwaan palsu sehingga dia dituduh ke mahkamah. Dari sudut undang-undang adalah menjadi kesalahan menyimpan gambar-gambar lucah.

Jangan Salah Tafsir Kasih Sayang Hingga Rosak
Saya sentiasa dirujuk dan mengendalikan kes mangsa-mangsa seksual ini. Dalam kes jenayah seksual, kadangkala tidak tercapai dek akal, bagaimana ahli keluarga pelaku akan mempertahankan pelaku. Semua orang salah, bukan pelaku. Pelaku tidak salah merogol, pelaku tidak salah mencabul.
Kadangkala kasihan, bila mangsa pelaku itu kanak-kanak. Sudahnya, hendak ‘twist’ cerita, pelaku dan keluarga tukar naratif bahawa pelakulah yang mangsa.

‘Play victim’ itu memang mudah. Kalau kita kecam, kita juga disuruh merangkak di padang masyhar nanti. Nasib mangsa? Masa depan mangsa? Keadilan buat mangsa? Dituduhnya bulat-bulat walaupun mangsa itu masih kanak-kanak sebagai penyebab.

Bila lihat ahli keluarga yang membela pelaku ini. Itulah, kadangkala saya faham kenapa pelaku jadi ‘kebal’, jadi tidak rasa salah dan berdosa kerana banyak tukang bela dan membenarkan. Macam filem ‘Anakku Sazali’. Anak itu sentiasa betul, semua si bapa percaya cerita anak bahawa dia tidak salah, sampai rosak si Sazali itu.
Kalau sayang ahli keluarga, jangan sampai jadi buta. Jangan sampai mereka tidak boleh ditegur langsung. Jangan salah tafsir kasih sayang. Kerana sayanglah kita perlu selalu menegur dan jadikan dia lebih baik, bukan sehingga rosak dan tidak boleh berubah.

Oleh :- Nor Zabetha

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Published by
Almaswa Haji Che Ros