Orang Cerdik, Bukan Hanya Akademik Tapi Cerdik Uruskan Hidup, Berbanggalah!

Share

Bila tengok orang lain cerdik dalam akademik, kita tentunya rasa bangga atas kejayaannya. Mula tertanya-tanya bagaimana dia uruskan masa antara belajar dan masa terluang.

Begitulah kita. Kalau boleh kita mahu pun anak-anak cerdik dalam bidang akademik dan dapat anugerah yang hebat. Itulah menjadi kebanggan untuk mak ayah dan orang lain juga.

Bila cerdik dalam akademik, kita terbayangkan masa depannya yang cerah dengan kerja yang hebat dan gaji besar nanti. Bagaimana pula dengan orang yang tak pandai, mungkinkah sebaliknya terjadi pada masa depannya.

Selalunya begitulah tanggapan kita pada orang yang cerdik dalam akademik. Pasti akan hidup senang. Jangan terus beranggapan bahawa tidak berapa pandai tidak boleh cerdik dalam hidupnya.

Malah, mungkin yang tercicir dalam pelajaran masa dulu-dulu, kini hidup lebih baik daripada orang yang cerdik masa kita belajar dulu. Rezeki yang Allah telah tentukan.

Selalu dengar, orang yang cerdik ini, hanya mampu ‘makan gaji’ tapi orang yang tercicir masa belajar dulu, kini jadi ‘bos’ sebab dia hebat dalam mencari duit. Kita tak tahu.

Itulah yang dikongsikan oleh peguam ini, Hayat Muhamad tentang istilah cerdik yang bukan hanya pada akademik saja ye. Jadi, anda tergolong dalam cerdik yang mana?

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hiduplah Sederhana, Tak Perlu Nak Tunjuk Harta Semata-Mata Nak Bagi Orang Bangga

Jangan Terlalu Manjakan Anak LELAKI, Bimbang Bila Besar Tak Reti Jaga Keluarga

Info Lebih Menarik DI SINI

Cerdik Bukan Hanya Dalam Akademik

Cerdik ni dia ada banyak jenis.

1. Cerdik Akademik

Hanyalah salah satu kecerdikan. Dalam pendidikan, dia skor. Highest. Pointer 4.2 Sekolah dia paling pandai. Cikgu ajar 10 perkara, 10 perkara masuk dalam kepala. Kalau buka buku, halaman sebelah kena tutup, kalau tidak semua masuk sekaligus.

2. Cerdik Mengurus

Akademik mungkin tak berapa pandai. Tapi bahagian mengurus, dia nombor satu. Urus rumahtangga, kebun mahu pun urus kilang. Kalau kendalikan majlis kahwin, dia kepala. Sekolah dia tak pandai. Dia nampak step awal kena buat apa hingga selesai.

3. Cerdik Survival

Orang macam ni dia banyak perancangan. Kalau Plan A tak boleh, Plan B ada. Begitulah seterusnya. Dia boleh berfikir dari banyak segi. Dalam kepala dia banyak cara untuk capai matlamat dia. Tak ada kapak, pakai batu, tak ada batu, pakai kayu, tak ada kayu, hempas ke tanah.

4. Cerdik Hikmat

Orang macam ni dia banyak mutiara kata. Cakap pun tak banyak. Langkah dia pun perlahan. Tapi sekali dia bercakap, kata- kata tu panduan. Kena pada tempat. Terpanah di sudut hati. Orang macam ni biasa dekat dengan Allah. Afala tatafakkarun.

5. Cerdik Duit

Sekolah tak pandai tapi pandai buat duit. Bagi modal 50 jadi 100. Bagi 100 jadi 500. Nampak je idea nak jual apa. Gifted jugak. Mulut manis je. Jumpa orang ada je benda nak jual. Kalau campak ke mana pun, dia boleh hidup.

Mingguan Wanita : Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki dan jalan hidupnya. Paling penting nak capai semua itu, kena usaha.

Sumber: Hayat Muhamad

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora