Bila bergelar isteri, seluruh jiwa dan raga diserahkan segalanya pada suami yang disayangi dan kasihi. Sanggup susah senang bersama dalam meneruskan kehidupan berumahtangga.
Itulah pengorbanan yang dipertaruhkan bila bergelar isteri. Sanggup berkorban apa saja untuk suami dan keluarga.
Namun, jangan harapkan langsit sentiaas cerah, sebab kita tak tahu apa yang akan bakal berlaku pada masa akan datang. Kadang-kadang, boleh berlaku perkara yang tidak diduga.
Sebab itulah jangan sesekali ambil mudah apabila bergelar isteri. Inilah yang dikatakan oleh peguam syarie, Fahmi Ramli dalam perkongsian dan pengalaman yang dilalui semasa mengendalikan kes-kes di mahkamah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: KESUSAHAN Dalam Perkahwinan Lain ORANG Berbeza Kisahnya, Hanya Suami & Isteri SAJA Tahu
Suami ORANG Nampak Stabil Sebab Banyak BEBANAN DiTanggung Bersama ISTERI, Maka Jangan Ganggu
Info Lebih Menarik DI SINI
7 Perkara isteri perlu buat, tetapi, ramai yang ambil mudah
Bila nak bergelar isteri, masa tu banyak yang indah. Semua perkara berjalan dengan baik sebagai suami isteri. Jadi, sebagai isteri biasanya tak kisah untuk berkorban harta dan haknya demi rumahtangga.
Memang tak salah kalau nak bantu suami. Cuma, kita jangan ingat langit itu selalu cerah.
Banyak isu penganiayaan kepada isteri akan timbul bila isteri perlu buat perkara tersebut, tapi dia ambil mudah pada awalnya. Akhirnya dia merana dan menempuh ujian yang berat dalam rumahtangganya.
Ini perkara isteri perlu buat :
Bagi isteri anggota tentera, mungkin tiada isu sebab ada potongan wajib kepada isteri. Begitu juga bagi isteri yang dipoligami secara sah, akan ada perintah nafkah dirinya setiap bulan daripada Mahkamah.
Tapi, bagi kebanyakan isteri, anda tidak ada perintah Mahkamah dan juga potongan. Jadi, sejak awal kahwin sepatutnya anda sudah bagi ketetapan atau syarat, yang mana anda perlu dapat duit belanja nafkah setiap bulan ke dalam akaun bank supaya kelak mudah untuk anda buktikan kalau suami gagal beri nafkah zahir pada anda.
Tak salah kalau nak bagi pinjam. Dengan niat anda mungkin nak bantu. Tapi, anda perlu ingat hutang tetap hutang walau dengan sesiapa pun. Islam menganjurkan pengurusan hutang itu mesti ditulis dan disaksikan dengan saksi. Buat perjanjian bertulis yang formal. Jangan bagi dalam bentuk cash, sebaliknya ‘Transfer’ dan tulis suami pinjam.
Banyak isteri yang bagi pinjam duit, buat pinjaman bank, gadai barang kemas untuk dipinjamkan kepada suami, tak buat benda ni. Memang nampak remeh, tapi ingat, kalau sampai anda menanggung hutang yang tinggi kerana suami, susah kalau anda nak dapatkan balik duit anda jika berlaku perceraian kelak.
Banyak isu yang isteri buat pinjaman bank, kemudian bina rumah atas tanah milik keluarga suami. Jika, rumah itu dibina atas tanah milik suami, memang ada dalam geran suami miliknya, its ok. Sekurang-kurangnya anda boleh tuntut sebagai harta sepencarian kelak. Dan mudah untuk dijual jika disabitkan sebagai harta sepencarian.
Tapi, kalau rumah tu dibina atas tanah keluarga, memang akan ada masalah. Tanah itu nama orang bapa mertua, cuma rumah itu saja milik isteri. Jika berlaku perceraian, bagaimana nak proses tuntutan harta sepencarian? Nak jual pun susah. Siapa nak beli rumah yang ada isu pemilikan. Lebih baik beli rumah daripada buat rumah.
Ingat selalu berlaku. Biasanya bila saya tanya, kenapa puan kena pukul 2-3 kali sebelum ni, tapi tak buat report polis atau buat check up? Jawapan yang diberi, Sebab Kesian dan Fikirkan tentang Anak-anak. Ingat sikit, badan anda ini pinjaman sahaja wahai isteri. Allah amanahkan untuk jaga elok-elok, bukan untuk dipukul.
Kasihankan diri anda terlebih dahulu. Orang lain tak ada pun dipukul suaminya. Saidina Umar pun tak pernah pukul isterinya walaupun isterinya dikatakan seorang yang suka berleter dan Saidina Umar juga seorang yang tegas dan kuat. Jangan tunggu untuk buat laporan polis dan check up di klinik segera bila dipukul.
Tanggungjawab suami adalah menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isterinya. Ini wajib. Tak kisah beli atau sewa. Bukan tak boleh tinggal bersama keluarga sendiri atau mertua, tapi suami ini tak akan laksana tanggungjawabnya atau akan ambil mudah kelak.
Belum lagi ditambah dengan masalah mertua vs menantu yang selalu diceritakan. Ini semua akan menjadi punca perceraian bila ada isu tersebut. Ada sesetengah orang boleh tinggal bersama, tapi tak kurangnya dengan ramai perkahwinan yang gagal disebabkan pergaduhan mertua vs menantu. Lebih baik sediakan tempat tinggal berasingan sejak awal lagi. Belajar untuk berdikari. Isteri wajib minta suami sediakan rumah asing.
Kebanyakan isteri akan buat sebegini. Kalau isu suami isteri itu mungkin kecil, tiada masalah. Tapi, kalau dah sampai masing-masing carut-mencarut, tidur berasingan, pukul-memukul, dan macam-macam lagi, jangan pendam.
Adukan masalah anda pada ahli keluarga sekurang-kurangnya. Lagi bagus kalau anda buat aduan kepada Pejabat Agama untuk aturkan sesi kaunseling. Sekurangnya, ada usaha anda untuk selamatkan rumahtangga dan ada laporan bertulis daripada Pejabat Agama kelak. Jangan ambil mudah bab ini, kelak kesihatan mental anda akan terjejas kalau pendam diri.
Mungkin banyak orang akan anggap, mata duitan lah kalau nak ambil peduli pasal harta suami. Bukan macam tu. Buang jauh-jauh pemikiran kuno begitu. Kalau sebagai isteri anda tak ambil tahu tentang apa harta suami, apa password bank dan segala yang berkaitan dengan milikan suami, isteri perlu tahu.
Kalau tak ambil tahu, anda akan ada kesusahan bila suami meninggal. Kadang-kadang isteri terkapai-kapai minta bantuan keluarga suami, tapi keluarga suami pun tak tahu, dan ada juga yang nak ambil bahagian dengan abaikan hak isteri dan anak-anaknya. Jadi, jangan ambil mudah bab ini.
Kesimpulan
Saya rasa ada banyak lagi, tapi setakat dalam pengalaman saya, ini antara perkara yang sering isteri ambil mudah bila dah berkahwin. Ingat, hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah.
MW: Moga ia memberi manfat dan dijadikan panduan buat isteri-isteri di luar sana.
Sumber: Fahmi Ramli
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita