Pegawai polis cetus kekecohan ditahan, lepas hina anggota pangkat rendah kembali buat hal di parking kereta. Selepas tular satu video menghina seorang anggota berpangkat lans kopral di sebuah kedai makan, tular lagi video pegawai yang sama membuat hal di tempat parking kereta.
Pegawai Polis Cetus Kekecohan Ditahan
Dalam video yang tular di media sosial, jelas kelihatan pegawai polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ini dilihat telah memprovoke seorang wanita di tempat parking kereta pula.
Memetik laporan Kosmo Online, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu lagi kertas siasatan membabitkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis yang didakwa membuat kecoh di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini pada Jumaat lalu.
Lepas Hina Anggota Pangkat Rendah Kembali Buat Hal Di Parking Kereta
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu wanita berusia 27 tahun.
“Siasatan mendapati berlaku perselisih faham apabila suspek ingin meletakkan kenderaan di sebelah kereta mangsa, tetapi pintu kenderaan mangsa di bahagian pemandu dan penumpang belakang terbuka.
Ads
“Mangsa menyatakan neneknya sedang menukar lampin anak saudaranya ketika itu. Suspek yang tidak berpuas hati menekan hon dan menjerit serta memarahi mangsa dan ahli keluarganya.
“Suspek juga memperlekehkan pakaian mangsa yang kelihatan seksi sambil merakam video,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, perselisihan faham itu kemudiannya berlanjutan sehingga dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tindakan tatatertib dan kesihatan mental masih sedang dalam tindakan,” ujarnya.
Terdahulu, PDRM telah membuka dua kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang wanita dipercayai menghina anggota polis di sebuah kedai makan di Gombak. Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pagi Jumaat ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian pengacara dan personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman. Pada usia 61 tahun, beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi selepas menunaikan solat subuh.
Allahyarham meninggal dunia di sebuah hotel dekat Kota Kinabalu Sabah. Berita pemergian allahyarham ini turut disahkan oleh adik beliau, Ida Lokman.
Jenazah allahyarham kemudiannya diuruskan oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun memetik laporan Kosmo Online, ahli keluarga masih belum dapat memberikan perincian tentang punca kematian allahyarham.
Sempat Hantar Ucapan Selamat Pagi
Sebagaimana yang dilaporkan dalam Mstar Online, menurut sumber polis, Mahadzir telah mendaftar masuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu bersama rakan baiknya Datin Dr Maimunah bersama suami dan dua orang anak dengan bilik berasingan.
Allahyarham juga sempat menghantar pesanan ucapan selamat pagi kepada grup Whatsapp jam 5 pagi, Bagaimanapun, kira-kira jam 9,30 pagi, beliau tidak memberi sebarang respond ketika dipanggil kenalan rapatnya.
Membuatkan pihak hotel membuka pintu biliknya dan ketika itu beliau sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang untuk memberikan rawatan. Bagaimana pun, tiada unsur jenayah berkenaan kematian dan polis masih meneruskan siasatan.
Allahyarham Mahadzir Lokman Pernah Koma
Sekitar September lalu, pengacara yang mesra dengan panggilan Dale atau DD ini pernah koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat komplikasi buah pinggan dan paru-paru.
Penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama di TV3 ini memulakan kerjayanya pada tahun 1984. Malah pernah dipertanggungjawabkan menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.
Kelebihan beliau yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali, Sepanyol, Portugis dan Perancis menjadikan allahyarham berada dalam kelasnya yang tersendiri malah mendapat kepercayaan mengacarakan pelbagai majlis berprestij dalam mahupun luar negara.
Beliau juga dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis. Besar sekali jasa beliau dalam membawa nama Malaysia harum di pentas dunia.
Al Fatihah, semoga roh allahyarham Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Komso, Berita Harian, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syamsul lantik peguam buat Ira Kazar? Seperti yang diketahui semua, Mahkamah Sesyen sebelum ini telah membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Stories Puteri Sarah kembali menarik perhatian ramai apabila memuat naik posting rakannya yang menggunakan akuan di Instagram bernama Emi Anvepa yang mendakwa Syamsul telah melantik peguam buat isteri keduanya.
Syamsul Lantik Peguam Buat Ira Kazar?
Malah Emi yang juga dikatakan merupakan pengurus Puteri Sarah itu beranggapan tindakan Syamsul tersebut bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu.
“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab.
“Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana,” tulisnya.
Difahamkan terdahulu, Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Berbaki kurang dua minggu lagi, Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding berkenaan rumah tangga mereka. Jika Syamsul memberikan kerjasama yang baik dan setuju melafazkan talak pada 7 Mac nanti, maka perpisahan itu akan terjadi.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
UPDATE : Semalam Ain ‘Afini Latif disahkan bercerai dengan PU Abu dengan talak dua kali oleh Mahkamah Rendah Syariah pada petangnya. Akui Ain, sebelum ini bekas suaminya pernah menghubunginya untuk rujuk balik.
Katanya kesal dengan tindakannya dan mahu rujuk kembali. Dia mahu baiki kembali keretakan rumah tangga mereka. Bagaimana pun, permintaan suami itu sesuatu yang sukar untuk Ain terima buat masa ini.
Ain akui dirinya masih belum bersedia.
Semalam, pada hari ulangtahun kelahirannya, Ain terpaksa melalui detik yang paling sukar dalam hidupnya. Dua kali dia perlu hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai yang dihantar oleh suami menerusi aplikasi whatsapp.
“Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cerai yang dibuat itu memang dengan niat.”
“Namun akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz (PU Abu) menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam.”
Ain Redha, Tapi Belum Bersedia Rujuk Balik
Biarpun diceraikan ketika hamil, Ain bersyukur kerana kemelut rumahtangga mereka sudah pun berakhir. “Saya terima dengan redha. Dan yakin ada hikmah di sebaliknya.” ujar Ain.
Akui Ain, ketika di mahkamah dia agak malu untuk bertemu PU Abu. Lagipun, sejak kejadian tempoh hari, dia tak pernah lagi bertemu bekas suaminya itu.
Dia mahu kami rujuk kembali jika mahkamah memutuskan kami bercerai. Tapi Ain tak boleh menerimanya.
“Saya tak mahu lagi tekanan.” Malah ahli keluarganya juga bersetuju dengan keputusan Ain. Lagi-lagi Ain bakal melahirkan 10 Julai nanti.
Berentetan pergolakan itulah PU Abu melafazkan cerai menerusi aplikasi whatsapp kepada isterinya, Ain ‘Afini.
Kronologi Kes Mahkamah Melibatkan PU Abu dan Ain ‘Afini
Awal perkahwinan dahulu, PU Abu dan Ain pernah bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019. Dan rujuk semula pada Februari 2019.
Menurut penjelasan Sahabat Mahkamah Syariah, semalam terdapat 2 kes melibatkan PU Abu dan isteri.
Kes 1: Pengesahan lafaz cerai melalui whatsapp (lafaz kinayah). Kes ini tidak sabit kerana PU Abu bersumpah bahawa beliau tidak berniat untuk ceraikan isteri beliau.
Kes 2: Pengesahan lafaz cerai kerana PU Abu mengaku telah menceraikan isteri beliau di depan kawan beliau. Kes ini difailkan pada sebelah petang oleh PU Abu sendiri dan hakim yang mendengar kes ini mensabitkan jatuh talak berdasarkan pengakuan (iqrar) PU Abu. (Fakta ini muncul setelah kes pertama di dengar di mahkamah)
Kesimpulan: Perkahwinan antara PU Abu dah isteri disabitkan cerai dengan talak 2 kali kedua.