‘Pecahkan TV, Terbalikkan Almari.. ‘ Saharul Ridzwan Gandakan SABAR Didik Anak Lelaki

Share

Memang mencabar besarkan anak lelaki zaman ini. Kena yang lasak kan main, mak ayahlah perlu bijak kawal keadaan. Bak kata pelakon Saharul Ridzwan, pantau dan sabar itulah kunci besar dalam mendidik anak lelaki sulungnya, Ali.

Antara tip penting lain; kawal percakapan depan anak. Benda yang tak elok jangan sebut. Sebab kata-kata mak ayah itu satu doa. Selebihnya Saharul kongsikan tip mendidik anak lelakinya, Ali agar membesar menjadi anak yang lebih baik pada masa hadapan.

Dalam Usia 3 Tahun, Macam-macam Karenah Ali

Anak lelaki kan.. macam ni lah!

Saya selalunya tanya Umi, “perangai abg chik macam Ali ke dulu?”. Jawapan Umi, “hmmm, lagi macam-macam! Ali tu kira sikit je tu”

Hahahaha. Ali dah 3 tahun ni macam-macam karenah dia. Macam-macam. Pecahkan TV, terbalikkan almari, terkepit tangan kat pintu kedai, lompat-lompat atas sofa, conteng dinding, tumpahkan air, bukak peti ais lepas tu tak tutup, apa lagi? Cakap je, mesti pernah buat. Kadang kadang buat kita tepuk dahi jugak. Yang selalu bertukar personaliti biasanya mummy @deenaemir. Selalunya bila sabar tu dah hilang, mummy pulak jerit “Baba!!!”. Tapi bila Baba masuk gelanggang, ada dua kesudahan je.

1. Anak nangis/senyap lari sebab takut.
2. Sambung main layankan anak, lagi huru hara rumah jadinya.

“Lepas Kawin, Ada Anak, Lepak Pun Jarang, Kena Gari Ke?” Saharul Akui Kena Gari Dengan Tanggungjawab

Jangan Sesekali Sebut Tak Elok Depan Anak – Saharul

Itu perangai budak. Nama lagi budak. Umur-umur macam ni dorang banyak explore benda. Kena faham, kena pantau, kena sabar. Tugas kita sebagai ibu dan ayah untuk mendidiknya. Jangan sesekali keluarkan perkataan tak elok pada anak kita, sebab itu adalah doa. Sebab tu mak ayah kita selalu guna “bertuah punya anak”. Alhamdulillah, berkat doa mak kita hari-hari dengan perangai kita masa kecik, kita “bertuah” seperti sekarang.

Anak lelaki ni lah yang akan menggantikan tempat kita sebagai ketua keluarga satu hari nanti. Nak anak lebih baik dari kita, diri sendiri kena tunjukkan sifat tu. Nak anak kita jaga kita waktu kita tua, kita jagalah ibu dan ayah kita sekarang. InShaaAllah. Circle of life.

Lain orang lain cara kan. Saya kongsikan untuk ingatkan diri sendiri siapa anak kita adalah hasil didikan dan doa kita pada dia. InShaaAllah. Semoga Allah terus melindung anak anak kita dan jadikan anak anak kita lebih baik dari kita. Amin Ya Rabb.

Saharul dan anak perempuan bongsu, Fateema Azzahra.

MW : Bagus cara Saharul dan Deena, bukan saja sweet couple malah penyayang dengan anak-anak mereka.

Sumber/Foto : Saharul Ridzwan

Published by
NETTY AH HIYER