
Isi Kandungan
TogglePaut lengan suami orang tanpa rasa bersalah semasa bergambar, wanita ini dikecam netizen kerana bertindak luar batas.
Bayangkan jika isteri lelaki itu mengetahui hal sebenar, apa perasaannya. Sudah tentu dirinya rasa terhina dan kecewa dengan tindakan wanita ini.
Paut Lengan Suami Orang Tanpa Rasa Bersalah
Aksi seorang wanita yang mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang menerima kecaman netizen dengan ramai yang mengutuk tindakan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang pada asalnya dimuat naik dalam aplikasi TikTok, wanita tersebut kelihatan memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.
“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.
“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan,” tulis keterangan dalam video itu.
Wanita Ini DiKecam Netizen
Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.
“Kalau cantik, takkan dapat suami orang. Tidak laku dalam kalangan lelaki bujangkah?” komen seorang netizen.
“Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen seorang lagi. – Agensi
Baca Juga Di Sini :
Kalau SUAMI Tak Jaga Ikhtilat Dalam PERGAULAN, Memang WAJIB Isteri Rasa Insecure
Bila Sudah Jadi SUAMI Buat Cara Macam Beristeri, Pergaulan Kena JAGA
Jaga BATASAN Pergaulan,Dengan Siapa Kita Beri Masa, SELALU Akan Datang Rasa Sayang & Cinta
“Berkawan” Dengan Suami Orang Bila Dah Tersuka, Dilamun Cinta, Terus Dikatakan Jodoh!
Mingguan Wanita : Sebagai seorang wanita yang masih bujang, jagalah tidak laku dan adab dalam pergaulan. Jangan melebihi batas, apatah lagi dengan suami orang.
Sumber : Kosmo Online
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakaman CCTV Lelaki Nigeria Orang Terakhir Keluar Dari Rumah Siti Kharina

Isi Kandungan
ToggleLanjutan tragedi penemuan mayat Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin,40 yang ditemui dibunuh di sebuah kondominium yang disewa mangsa di Cyberjaya, polis telah menahan lelaki Nigeria di sebuah kafe di pusat beli belah Cheras Sentral, petang semalam.
Berdasarkan siasatan awal polis di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, suspek berkenaan adalah individu terakhir yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keluar dari kediaman mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek dilaporkan bertindak agresif dan cuba melepaskan diri sehingga berlaku pergelutan dengan pihak polis sebelum dia dapat ditahan.
“Pihak polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek hari ini,” katanya.
Rakan Kepada Suspek Yang Ditahan
Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pada masa ini, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek, Aliwajuwom Gilbertalowonle @ Juwon, 36, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sepang.
“Suspek ialah rakan kepada seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria yang ditahan polis awal pagi tadi.
“Ketiga-tiga suspek ini sering berhubung antara satu sama lain. Mereka ialah rakan perniagaan serta memiliki sebuah kedai menjual telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Kes Masih Dalam Siasatan
Ditanya sama ada Siti Kharina ialah rakan perniagaan kepada semua suspek, Noor Azam berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
“Polis sedang menjalankan siasatan dari semua aspek. Kita sedang siasat macam mana hubungan mangsa dengan suspek dan bagaimana mereka boleh mengenali antara satu sama lain.
“Berdasarkan siasatan awal polis juga mendapati mangsa mempunyai dua rumah sewa.
“Malah, keluarga dan rakan mangsa juga tidak tahu bahawa mangsa turut menyewa rumah di Kondominium Third Avenue,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, polis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga tidak hilang.
“Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat termasuk kemungkinan mangsa dirogol,” katanya.
Dengan penangkapan suspek ketiga ini, kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamarudin, berkemungkinan dikategorikan selesai.
Ditemui Pemilik Rumah Sewa
Terdahulu, menurut Noor Azam, mayat Siti Kharina ditemui pemilik rumah sewa berkenaan semalam, selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu.Beliau berkata pemilik rumah itu datang untuk memeriksa rumahnya, dan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa di kondominium itu.
“Mangsa ditemui tidak lengkap berpakaian, dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala dan siasatan awal kami mendapati ia adalah Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian telah menjumpai beberapa keterangan fizikal berkaitan kes ini,” katanya.
Dilaporkan Hilang
Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada jam 4 petang, Rabu minggu lalu.Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY 1361.
Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya untuk bertanya mengenai keadaannya
Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami Mohd Udzir Khalid, 40, dan tiga anak mereka Khairin Uzma, 14, dan pasangan kembar berusia 10 tahun Khairin Daima Hana dan Khairin Damia Hasya.Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jenazah ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
MW: Salam Takziah buat keluarga mangsa dan semoga diberi kesabaran menghadapi ujian ini. Semoga pelaku segera dikenakan hukuman dan mendapat pembalasan yang setimpal.
Sumber:Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Siapa Boleh Baca Isi Hati, Jika Ada Rasa Sayang Tunjukkanlah

Isi Kandungan
ToggleSungguhkan, isi hati setiap orang cuma empunya diri saja yang tahu. Hendak diteka-teka pun kadangkala bukannya betul.
Sebab itulah saranan Ariff Ismail ini agar tunjukkan lah rasa sayang itu pada orang yang dekat dengan anda. Misalnya isteri mahupun ibu ayah.
Jangan dipegang ketat-ketat ego diri sehingga akhirnya merosakkan emosi sendiri. Malah, memberi kesan duka juga ada pasangan. Jadi, ‘show some love’ ya.
Tunjukkanlah Rasa Sayang Itu
SHOW SOME LOVE
Hello guys..hari ni I just nak share something yang simple tapi ramai dari kita terlepas pandang. Tajuk macam nak cerita cinta kan? Tidak ye ini bukan kisah cinta. Bosan la asyik cinta slot drama pon dah banyak pasal cinta.
Hari ini I nak kongsi sedikit kisah perhubungan, skop yang lebih luas dari cinta. Kita bercakap tentang perhubungan sesama manusia. Kadang kadang ini juga asbab kita ke syurga dan neraka.
Dewasa ini, cewahh nampak tak penggunaan bahasa sastera tinggi. Jom kita berbalik pada topik hari ini, dewasa ini banyak kan terpampang di dada dada social media berkaitan isu murid biadap dengan cikgu, suami kejam dengan isteri, anak abaikan mak ayah, bos buli pekerja dan banyak lagi lah.
Tak tahu lah kan apa nak jadi dengan dunia ni, semua perasan tak apa sebab semua isu di atas terjadi?
Semua nya related dengan hubungan. Sebab tu hubungan ni asas pada kebahagian. Jangan ingat cinta tu yg menjadi kan bahagia itu nyata. Bercinta bagai nak rak pon kalau hubungan tak jadi tetap porak peranda jugak jadi nya.
Adoiii mukadimah je dah panjang, I share some tips hari ini untuk korang ada hubungan yang indah dan bahagia. Macam mana nak ada hubungan yang sweet hingga ke akhir hayat gitu. Bila bercakap pasal tips nak ada hubungan yg baik ni satu benda paling penting “HATI”.
Sukar Mahu Menjaga isi Hati
Hati ni sesuatu yang paling sukar untuk dijaga, hati suka bercakap sendiri kan? Hati juga senang tersakiti kan? Macam lagu Amir Masdi : ( sila nyanyi )
“Ku bukannya untuk kau sakiti, Ku juga punya perasaan dan hati, Bukannya dunia Yang ku pinta dari mu ,Hanya untuk kau menjaga hati ku”
So tips pertama jaga lah hati sendiri dan hati pasangan, ehh hati mak bapak no syahtu kena jaga. Sebab hati yang terluka susah untuk diubati.
Simple je nak jaga hati ni, buat benda yang gembirakan kita, gembira kan hati pasangan, hati mak ayah, hati sesiapa lah yg termaktub dalam hubungan. Panjang pulak nak taip kan. Pokok pangkal dia pelihara lah hati anda dari sebarang titik hitam.
Baca : Awas! Suami Jenis Susah Lepaskan Gajet, Jangan Sampai Isteri Malas Layan
Buang Ego Dalam Diri
Okay, lets move to tips kedua, ” BUANG EGO ” kita ni sedara bila bercakap pasal EGO puncak tertinggi di dunia pon kalah. Masing masing ada EGO tak nak kalah. So untuk memiliki hubungan yang baik buang lah ego kalian, tak nak buang pon rendahkan lah. Ini dengan mak bapak pon korang nak EGO, tak takut ke pintu neraka ternganga menanti kita?
Haa sentap kan? Kita beralih ke tips terakhir, “SHOW SOME LOVE ” hahaha tajuk jadi tips terakhir untuk jaga hubungan. Kita ni tuan puan kadang kadang alpa sampai terlupa nak tunjukan kasih sayang dalam hubungan.
Ada ayah yg kejung nak tunjuk kasih sayang, ada pasangan yang rasa ” I PROVIDE EVERYTHING” apa lagi kau nak? Ada anak yang rasa ” MY PARENT IS NOT GOOD FOR ME ”
Tiada Siapa Boleh Baca Isi Hati
Kesimpulan dia, macam mana kita sayang pon dalam perhubungan tak ada sesiapa ada kuasa magic boleh baca isi hati. Tunjuk kan lah kasih sayang tu, bukan nak 24 jam, tapi gunakan masa sesuai tunjukan kasih sayang dalam perhubungan.
Untuk pasangan wish ” good morning ” ” I Love You ” pon dah boleh buat pasangan kita tersenyum. Dalam hubungan anak beranak call mak bapak tanya khabar pon dah kira tunjukan kasih sayang.
Benda semua mudah je, tapi sebab ada hati dan ego itulah yang menghalang hubungan jadi lebih baik. Okay lah sekian celoteh i pada hari ini. Saya akhiri penulisan saya dengan serangkap pesanan.
” Jagalah hubungan sebelum hubungan menjadi semakin JAUH ”
Sumber: Arep Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahuakbar! Tangan, Jari Sebiji Ibu ”. Kepulangan Ayash Hadiah Dari Allah

Isi Kandungan
Toggle“Allahuakbar! Tangan, jari sebiji ibu ”. Menurut Shuib, kepulangan Ayash hadiah dari Allah SWT setelah lebih satu bulan berada di hospital.
Kepulangan bayi Ayash tentu memberi sinar baru buat keluarga kecil ini setelah pemergian arwah Siti Sarah.

Kepulangan Ayash Hadiah Dari Allah
Setelah sekian lama bayi ini berada di hospital, kini telah tiba masanya dia pulang ke rumah. Shuib berkongsi rasa gembira ini di akaun instagramnya. Apatah lagi kepulangan Ayash Affan dianggap hadiah daripada Allah SWT.
“Syukur Ya Allah, besok birthday ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, insyallah sekejap lagi sudah boleh balik dah….

Baca Juga Di Sini :
Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator, Berat Naik & Sudah Mulai Minum Susu Ibu
Alhamdulillah Ayash Affan Diberi Susu Ibu, Shuib Pilih Sepupu Sendiri Jadi Ibu Susuan Anaknya
Allahuakbar! Tangan, Jari Sebiji Ibu
Allahuakbar, tangan, jari sebijik tangan ibu… Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini… Terima kasih semua, syukur ya allah di atas rahmat mu…
Lahir Tidak Cukup Bulan
Sebelum ini, bayi ini ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, setelah dilahirkan tidak cukup bulan pada 6 Ogos lalu.
Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19.
Sebelum itu Siti Sarah telah menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash Affan ketika kandungannya berusia lapan bulan.
Selain bayi ini, arwah Siti Sarah turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin yang kini berusia 6 tahun.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga urusan Shuib sekeluarga dipermudahkan. Insyallah.
Sumber : Instagram Shuib
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI